
George Town, Pulau Pinang, telah dinobatkan sebagai bandar paling sesak di Malaysia menurut TomTom Traffic Index 2024.
Bandar ini mencatatkan purata masa perjalanan selama 27 minit bagi setiap 10 kilometer, menjadikannya paling sesak di negara ini.
BACA: THROWBACK: Senarai Juara AJL Sejak Tahun 1986 Hingga Terkini!

Data yang dikeluarkan juga menunjukkan bahawa George Town berada di tempat ke-73 dalam senarai bandar paling sesak di dunia.
Selain itu, Kota Bharu, Kelantan, menduduki tempat kedua sebagai bandar paling sesak di Malaysia dengan purata masa perjalanan 23 minit bagi setiap 10 kilometer.
Ipoh, Perak pula berada di tempat ketiga dengan purata masa perjalanan 22 minit bagi setiap 10 kilometer.
Menurut laporan tersebut, data yang dikumpul merangkumi masa perjalanan, tahap kesesakan dan kelajuan yang diperoleh daripada perjalanan pemandu di kawasan bandar.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Selain KRI Nanggala 402 Dan Kursk, Ini 6 Kisah Kapal Selam Yang “Malang” Dalam Sejarah

Minggu lepas kapal selam yang hilang iaitu KRI Nanggala 402 milik Indonesia disahkan ditemui di dasar laut dekat perairan Bali dan mengorbankan 53 parajurit mengejutkan dunia. Kapal malang ini dikatakan terputus hubungan ketika tenggelam sedalam 700 meter di dasar laut, melebihi keupayaan aset itu untuk bertahan terhadap tekanan persekitaran.
Untuk pengetahuan korang, KRI Nanggala 402 bukanlah kapal selam pertama yang ‘malang’ berikut merupakan antara enam insiden terburuk kapal selam sepanjang sejarah.
1. Kursk
Kisah benar kapal Kursk ini pernah difilemkan pada tahun 2018 arahan Thomas Vinterberg. Merupakan tragedi terburuk dalam kemalangan maritim sepanjang sejarah dan mengorbankan seramai 118 kru. Hal ini juga disebabkan oleh kelambatan pihak Rusia yang berada di perairan Barents.
Kursk merupakan kapal selam berteknologi tinggi milik tentera laut Rusia yang tenggelam pada 12 Ogos 2000 ketika menjalani latihan menembak torpedo di perairan Barents.
Namun, hasil siasatan mendapati insiden berlaku disebabkan salah satu daripada torpedo di dalam kapal selam meletup dan telah mengorbankan seramai 118 kru.
2. USS Thresher
Pada April 1963, kapal selama Amerika, USS Thresher tenggelam di kedalaman 2,560 meter diketika sedang menjalani latihan di perairan Atlantik.
Dilaporkan ia mengalami gangguan yang menyebabkan letupan di dasar laut sehingga mengorbankan 129 kru.
3. Soviet K-8
Pada 8 April 1970, satu kebakaran berlaku di dalam kapal selam K-8 berkuasa nuklear oleh Kesatuan Soviet dan memaksa puluhan kru membatalkan operasi mereka dan meninggalkan kapal.
Namun, anak kapal kembali mengoperasikan K-8 setelah operasi menyelamat dijalankan. Namun, kapal itu karam ketika dalam perjalanan dari perairan Teluk Biscay dan mengorbankan 52 anak kapal.
4. Nuklir K-19
Tragedi ini juga diabadikan dalam sebuah filem berjudul K-19: The Widowmaker pada tahun 2002. K-19 merupakan salah satu dari dua kapal selam berteknologi peluru berpandu nuklear yang dimiliki oleh Soviet Union ketika itu. Bagaimanapun, Nuklir K-19 sering mengalami gangguang teknikal walaupun semasa pelayaran pertamanya pada 4 Julai 1961.
Ketika K-19 beroperasi di perairan Greenland, mesin pendingin reaktor kapal tidak berjalan dengan baik. Sebilangan juruteknik kapal mengorbankan nyawa mereka untuk menghidupkan enjin dan menyejukkan reaktor. Kira-kira 20 anak kapal dari jumlah keseluruhan 139 mati akibat pendedahan radiasi.
Manakala 117 anak kapal lain menderita penyakit akibat pendedahan kepada tahap radiasi yang tinggi.
5. Scorpion
Pada bulan Mei 1968, kapal selam Scorpion berkuasa nuklear milik Amerika Syarikat hilang di Lautan Atlantik. Kapal itu membawa 99 anak kapal.
Bangkai kapal itu ditemui lima bulan kemudian kira-kira 644 kilometer di barat daya Pulau Azores pada kedalaman 3,050 meter di bawah laut.
Beberapa kesimpulan dibuat seperti kesalahan teknikal ketika melepaskan torpedo yang menghantam Scorpion sekali lagi, letupan yang disebabkan oleh bateri peluru berpandu, dan perlanggaran dengan kapal Kesatuan Soviet, juga muncul untuk menjelaskan tragedi tersebut.
6. Ming
Pada 2003, China kehilangan 70 pegawai dan tentera lautnya selepas berlaku kemalangan membabitkan kapal selam, Ming-class ketika latihan di bahagian timur pulau Neicchangsan.
Laporan mengatakan kapal selam itu mengalami kerosakan yang menyebabkan ia tenggelam ke dasar laut.
7. San Juan
pada 15 November 2017, San Juan kapal selam milik tentera Argentina hilang di perairan Atlantik selatan bersama 44 kru.
Satu letupan telah dikesan berdekatan dengan lokasi terakhir kapal selam San Juan namun pada 30 November 2017 operasi cari dan menyelamat telah dihentikan disebabkan krisis kewanan yang melandan Argentina pada ketika itu.
Setahun kemudian, bangkai kapal ditemui (2018) pada kedalaman 900 meter.
Mungkin korang tak pernah dengar kan? tapi ini lah risiko parajurit kita mempertaruhkan nyawa demi negera.
Sumber: CNN Indonesia, HM, BH
Hati-hati! Pelajar IPTS Rugi Lebih RM5K Akibat Sindiket ‘Old Money Collector’

Mesti korang selalu nampak komen-komen seperti “I am an old money collector, I buy syiling, cents and blabla…”. Ha, sounds familiar kan?
Hati-hati ye guys, baru-baru ini seorang pelajar di Damansara ditipu sindiket wang syiling lama ini sehingga menyebabkan beliau rugi sebanyak RM 5,250.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal melalui laporan Sinar Harian,
pelajar terbabit telah terpedaya selepas mendapat tawaran dari seorang lelaki warga asing yang kononnya berminat untuk membeli wang syiling lama.
Dia yang menuntut di institusi swasta pada mulanya menerima pesanan Instagram daripada suspek yang menawarkan RM80,000 bagi membeli lapan keping wang syiling lama.
Pelajar berusia 18 tahun itu menunjukkan syiling lama dimiliki olehnya sebelum suspek bersetuju untuk membeli. Mereka kemudianya berhubung melalui WhatsApp dengan suspek menggunakan nombor antarabangsa.
Nik Ezanee berkata, sejak berurusan dengan suspek, mangsa telah melakukan tujuh transaksi ke dalam akaun sama berjumlah RM5,250 dan mula menyedari dirinya ditipu selepas suspek masih sering meminta wang daripadanya.
Untuk rekod, ini bukanlah kejadian pertama melibatkan sindiket wang syiling lama. Mungkin modus operandi yang dikongsikan ini tidak sama sepenuhnya dengan taktik kotor scammer yang lain, tapi ini yang perlu korang sedar.
Jangan mudah terpedaya dan sekiranya berlaku seperti ini kepada korang, segeralah melaporkan kepada pihak polis.
Sumber : Sinar Harian.
Lelaki Ini Kongsi Tip Masuk Ke Indonesia, Wajib Kuarantin Di Hotel 10 Hari 9 Malam

Indonesia merupakan negara jiran yang sering menjadi tumpuan pelancong dari Malaysia. Selain daripada bentuk buminya yang indah untuk diterokai, kos perjalanan ke negara itu juga boleh dikatakan agak rendah dan mampu dijejaki oleh kebanyakan rakyat Malaysia.
Namun sudah lebih kurang dua tahun kita tidak lagi berpeluang ke sana sejak pandemik COVID-19 melanda. Tentunya ramai yang merindui untuk melancong ke Indonesia.

Bagi yang tertanya-tanya bagaimana agaknya proses perjalanan ke Indonesia semasa pandemik ini, salah seorang warga Backpackers Buddies Malaysia (BBM), Zaddam Zahir telah pun berkongsi pengalamannya berkunjung ke Jakarta atas urusan yang perlu disempurnakannya.

Lelaki ini turut berkongsi proses yang dilaluinya sewaktu selamat mendarat ke negara jiran itu. Jom ikuti kisahnya ini :
Saya selamat mendarat di Jakarta semalam dan sampai di hotel kuarantin pukul 8.00 malam waktu Indonesia setelah proses yang panjang. Berikut saya bagi tip pada sesiapa yang nak masuk Indonesia.
01 Perlu ada visa (boleh dibuat di kedutaan Indonesia), masuk atas visa kerja kerana tiada visa melancong atau wisata diberikan pada masa ini. Surat visa akan ditanya sewaktu check-in di airport. Syarikat penerbangan akan approve check-in jika ada visa.

2. Perlu lalui ujian PCR tiga hari sebelum berlepas. Jangan lupa bawa surat keputusan ujian PCR itu.
3. Surat medical check up (kerana ada tertulis pintu masuk screening di ketibaan lapangan terbang Jakarta bagi ketibaan antarabangsa) pada yang ada. Jika tidak ada, cukup sekadar sediakan surat ujian PCR.
4. Hotel kuarantin terdapatdi Jakarta. Sebelum beli tiket pesawat, pastikan korang sudah tempah hotel kuarantin. Susah nak dapat hotel kuarantin jika bertolak kurang daripada lima hari. Lebih baik tempah hotel dalam 10 hari sebelum mendarat di sana.

5. Setelah sampai, korang akan disaring oleh pasukan kesihatan bandar udara Sukarno Hatta. Ujian PCR juga akan dibuat sekali lagi.
Tunggu dua jam untuk menantikan keputusan PCR. Jika hasilnya negatif, korang akan dijemput oleh pengurus hotel kuarantin untuk ke hotel. Tempoh masa kuarantin adalah 10 hari 9 malam dan rata-rata pakej hotel kuarantin 10 hari 9 malam berharga lebih kurang RM3,000.
6. Semua penerbangan antarabangsa akan terlebih dahulu memasuki Jakarta. Tiada memasuki Indonesia menggunakan lapangan terbang antarabangsa lain. Setelah korang menjalani kuarantin 10 hari, korang boleh ke mana-mana destinasi pelancongan Indonesia.
7. Sewaktu pemeriksaan imigresen Indonesia, pihak Imigresen akan ingin melihat tiket pulang ke Malaysia. Sekiranya tiada tiket pulang, mereka akan menunggu pengunjung untuk membeli tiket pulang dan tunjukkan kepada mereka sebagai bukti korang di Indonesia untuk satu tempoh waktu saja.
Ini kerana mereka tidak mahu pengunjung untuk berada di Indonesia bagi satu tempoh yang lama ketika waktu pandemik WALAUPUN visa melawat selama 60 hari telah korang terima.
*
Boleh tahan rumit juga ya. Khabarnya, ini hanyalah khusus untuk mereka yang mempunyai urusan penting seperti pekerjaan dan perniagaan di Indonesia. Bagi tujuan pelancongan, Malaysia masih belum tergolong dalam senarai negara yang dibenarkan untuk melancong ke Indonesia.
Tidak mengapalah, kita cuti-cuti Malaysia dulu okay?
Sumber: (1)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.