Senarai 100 atlet dengan bayaran tertinggi sepanjang tahun lalu sudah dikeluarkan – dengan Cristiano Ronaldo menduduki tangga teratas.
Penyerang Al-Nassr itu meraih pendapatan 175 juta pound (RM1.05 bilion) setahun bersama kelab Arab Saudi berkenaan, serta beberapa tajaan lumayan.
ARTIKEL BERKAITAN: Pecah Rekod! Ronaldo Dinobatkan Penjaring Terbanyak Dunia Pada Tahun 2023
Dalam senarai berkenaan, Ronaldo di tangga teratas dengan pendapatan 218 juta pound (RM1.31 bilion) termasuk tajaan bernilai 47 juta pound (RM282.02 juta) daripada Nike, Herbalife, Armani, Tag Heuer, DAZN, PokerStars dan jenamanya sendiri, CR7.
Ronaldo sudah menjadi atlet terkaya di dunia sebelum berpindah ke Arab Saudi dan gaji terkininya mengekalkan kedudukannya dalam senarai berkenaan.
Penyerang Portugal itu adalah seteru utama Lionel Messi sepanjang kariernya, tetapi walaupun tidak memenangi Ballon d’Or sebanyak pemain Argentina itu – yang turut mengatasinya dengan satu gelaran Piala Dunia – dia boleh berbangga dengan jumlah pendapatannya yang lebih tinggi.
Messi, yang kini bersama kelab Major League Soccer, Inter Miami, berada di tangga ketiga, di belakang pemain golf, John Rahm.
Bintang Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe berada di tangga kelima, di belakang bintang bola keranjang, LeBron James.
Pemain Brazil, Neymar di tangga keenam diikuti tiga pemain bola keranjang NBA dan seorang pemain bola Amerika (NFL) yang melengkapkan senarai 10 teratas.
Senarai 10 atlet terkaya 2023
1. Cristiano Ronaldo (bola sepak) – 218 juta pound
2. Jon Rahm (golf) – 61 juta pound
3. Lionel Messi (football) – 103 juta pound
4. LeBron James (NBA) – 99.8 juta pound
5. Kylian Mbappe (football) – 99.2 juta pound
6. Neymar (football) – 96 juta pound
7. Stephen Curry (NBA) – 78.5 juta pound
8. Giannis Antetokounmpo (NBA) – 70.2 juta pound
9. Kevin Durant (NBA) – 69m
10. Patrick Mahomes (NFL) – 66.9 juta pound
BACA LAGI: Datuk Nicol David Atlet Berpendidikan Tinggi, Rajin Timba Ilmu Walau Dah Bersara!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: BH