Berita

Kalahkan Pemain Nombor 1 Dunia, Sivasangari Cipta Sejarah Bergelar Juara London Classic

Share

Pemain Skuasy negara, S. Sivasangari mencatatkan detik terbaik dalam karier profesionalnya apabila bergelar juara dalam pertandingan London Classic dalam di arena Alexandra Palace pada Isnin.

Jalan menuju ke puncak itu bukanlah mudah kerana dia perlu berhadapan dengan pemain yang berada dalam ranking jauh lebih atas daripadanya. Namun hakikat itu bukanlah halangan baginya.

Anak kelahiran Sungai Petani kedah ini berjaya mengalahkan pemain nombor satu dunia, Nour El-Sherbini dari Mesir pada peringkat suku akhir dan pada peringkat separuh akhir pula dia mengalahkan pemain nombor empat dunia, Nele Gills dari Belgium.

Memasuki pusingan akhir, Sivasangari berjuang berhabis-habisan mengeheret lawannya sehingga lima set perlawanan mengalahkan pemain nombor dua dunia, Hania El Hammamy dari Mesir dengan mata 11-9, 5-11, 13-11, 12-14, 11-8.

Sumber foto: Instagram PSA World Tour

BACA JUGA:

Anak Jati Kedah & Bekas Pelajar SMK Sultanah Asma Raih Emas Sukan Asia Ke-19! Sivasangari Terus Cemerlang

“Tiada perkataan yang benar-benar sesuai untuk saya rangkumkan sebagai rumusan. Saya sangat gembira dengan cara saya mengendalikan diri saya minggu ini, menewaskan tiga daripada empat pemain terbaik.

“Ia adalah satu perjalanan yang sukar dipercayai selepas apa yang berlaku dua tahun lalu,” ujar gadis berusia 24 tahun ini kepada PSA World Tour sambil mengimbau kembali kemalangan yang menimpa dirinya sebelum ini.

London Classic merupakan gelaran pertamanya sejak memenangi Terbuka Kelab Bola Sepak Hong Kong peringkat gangsa pada November tahun lalu.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fiezreen