Pelakon baru dan personaliti media, Marc Sadique sebelum ini pernah berkongsi kisah bahawa dia pernah menolak tawaran untuk bergelar seorang pelakon di Malaysia dan beranggapan drama tempatan mempunyai jalan cerita yang terlalu sama dan membosankan.

“Sebenarnya semasa pengikut saya meminta saya untuk jadi pelakon saya tolak. Saya tak nak jadi pelakon di Malaysia. Saya menolak kerana kebanyakkan jalan cerita hampir sama malah ada juga pelakon yang kayu”

“Akan tetapi kadang perkara yang kita tak nak itulah yang dapat”, jelasnya lagi.

“Kalau Ada Bakat, Rupa Paras Akan Jadi Nombor Dua,” Marc Sadique Bersyukur Diberi Peluang Berlakon Bersama Pelakon ‘A-List’!

Marc atau Syed Umar Sadique Syed Ab Rahman (27) berkata kepada media mStar, di awal kerjayanya sebagai pelakon, bakatnya mula terlihat ketika dia sedang melakukan siaran langsung di aplikasi Tiktok dan pada ketika itu dua penerbit terkenal Malaysia telah menghubunginya.

Walau bagaimanapun, Marc mengaku bahawa wajah kacaknya yang menjadi tarikan utama penerbit sebelum diminta menghadiri uji bakat.

“Mereka awalnya bercakap mengenai rupa saya yang sesuai jadi pelakon tapi bila bertemu mereka cakap saya boleh berlakon”

“Tapi apabila saya mampu bawa sesuatu watak dengan baik, saya rasa rupa itu nombor dua”

@marc.sadique Jangan lupa tgk saya sebagai Corrie dalam drama tiktok ‘Jangan Tinggal Abang, Dek’. Di tiktok @Karyatvofficial #JTAD ♬ bunyi asal – juruhantar – جوروهانتر

Dalam pada itu, pelakon yang baru meningkat naik itu mengakui bahawa drama pertama lakonannya berjudul Jangan Tinggal Abang Dek arahan Erma Fatimah telah menemukan dirinya dengan pelakon hebat lain seperti Adi Putra, Nabila Huda, Elly Mazlein, Adira dan ramai lagi.

Dia juga bersyukur kerana melalui drama tersebut, Marc menerima pengalaman dan nasihat yang membantu membuatkan dia lebih bersemangat meneruskan karier seni walaupun awalnya dia gemuruh digandingkan bersama pelakon lain.

Selain itu, Marc Sadique juga sempat berkongsi beberapa fakta mengenai dirinya seperti mahir bertutur tujuh (7) bahasa seperti Jepun, Perancis, dan bahasa Arab, fasih bercakap dalam dialek Sabah, Sarawak, Kelantan, boleh menghasilkan seni kaligrafi dan rupanya Marc tidak boleh makan coklat kerana badannya akan kemerah-merahan!

Alamak kesian betul ya Marc tak boleh makan coklat~ Dah lah sedap!

Sumber: mStar

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI