“Kalau Ada Peluang, Why Not” Firdhaus Ingin Berduet Dengan Shila Amzah

Share

 

Populariti yang dikecapi oleh penyanyi muda berusia 22 tahun, Firdhaus di negara China dalam tempoh sebulan yang lalu baginya bukanlah satu pencapaian yang hadir secara drastik dalam satu malam.

Secara perlahan-lahan, lagu berjudul Gulf Of Alaska yang kini mencapai 200 juta tontonan di aplikasi TikTok China telah diminati peminat sejak ia dilancarkan pada tahun 2020. Menerusi temuramah ZOOM bersama REMAJA, penulis mendapatkan respon Firdhaus mengenai kejayaan ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Firdhaus Mula Viral Di China, Siapakah Sebenarnya Penyanyi ‘Gulf Of Alaska’ Ini? – REMAJA

“Pertamanya, saya amat bersyukur dan bertuah dengan sokongan mereka. Ia naik perlahan-lahan; dan sampai sekarang saya tak percaya ia telah memperolehi kejayaan seperti ini di China

“Saya amat berterima kasih kepada mereka yang menyokong saya sejak dulu. Dari zaman cover pada tahun 2017 sehinggalah sekarang apabila saya mempunyai album EP sendiri, saya bersyukur.

“Bagi yang baru nak mengenali lagu saya, saya berharap mereka enjoy. Sedikit sebanyak ada juga rasa tertekan sedikit untuk melakukan sesuatu yang lebih baik untuk projek seterusnya. Harapnya semua berjalan lancar,” katanya.

Sumber Foto: Ihsan Loolala Music

Satu persoalan popular yang hadir daripada followers Majalah Remaja menerusi kotak soalan yang dibuka di Instagram Story adalah sama ada Firdhaus bercita-cita untuk berduet bersama seorang lagi penyanyi yang telah melebarkan sayap kariernya di negara Tembok Besar itu iaitu Shila Amzah.

Komen Firdhaus, “Kalau ada peluang, memanglah saya nak (berduet). Buat masa sekarang, saya masih baru. Ada banyak lagi perkara yang perlu saya buktikan menerusi ciptaan lagu-lagu baru yang bagus.

“Sekarang saya ingin fokuskan kepada diri sendiri dahulu tapi siapa tahu, pada masa akan datang kami dapat berkerjasama.”

Sumber Foto: Instagram @shahilaamzah

Berkenaan perancangan sepanjang tahun 2021, Fidhaus ingin melancarkan beberapa single baharu bersama Loolala Music. Sekiranya situasi wabak Covid-19 bakal surut dan rakyat Malaysia berpeluang untuk ke luar negara, Firdhaus bercita-cita untuk ‘terbang’ ke China bagi menjayakan promosi EP A Letter serta melakukan persembahan.

Dia juga bersemangat untuk menulis lagu-lagu baharu untuk album seterusnya. “Buat masa ini, saya sudah ada material here and there. Kelak kita akan fikirkan apakah yang bersesuaian untuk album ini. Selain lagu berbahasa Inggeris dan bahasa Cina, saya juga ingin mengeluarkan lagu berbahasa Melayu.”

Untuk melihat temuramah penuh REMAJA bersama Firdhaus, klik video di bawah.

Published by
FZ