Senangnya dalam hati, Kalau beristeri dua ~
Haaa…sejak dua menjak ini selalu sangat berita selebriti atau figura awam menikah sekali lagi muncul di media sosial. Trend ke?
ARTIKEL BERKAITAN: “Sebenarnya Poligami Itu Indah Kalau..” Puteri Sarah Akui Suami Sudah ‘Unblock’ Nombornya
Pelakon dan penyanyi kumpulan Forteen, Izzue Islam yang baru-baru ini ditemui di acara Scentify berkesempatan berkongsi pendapatnya berkenaan isu hangat ini.
“Macam Izzue sendiri, saya hanya fokus kepada kerjaya dan isteri sahaja. Tiada fokus lain kerana bagi saya kalau kita mula fokus lain itu yang fikiran akan mula menyimpang.
“Tidak perlu ada istilah memberi ‘peneman’ kepada isteri. Hanya perlu fokus pada isteri sahaja, cukupkan keperluan apa yang sepatutnya dia terima dari seorang suami.
“Kasih sayang, cinta, kesetiaan, pakaian dan makanan. Haaa.. cukupkan dulu semua itu. Kalau rasa tak cukup, jangan berangan nak tambah dua,” jelasnya.
Izzue Islam, atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan turut merasakan bahawa dirinya ingin fokus kepada kerjaya dan membahagiakan insan tersayang sepenuhnya buat masa kini.
“Bagi Izzue, lebih baik kita fokus kepada kerjaya, fikir kalau aku takde kerja esok lusa apa aku nak bagi makan dekat isteri aku.
“Itu sahajalah keutamaan saya setakat ini, fokus pada kerjaya dan keluarga dan mungkin dengan cara itu sedikit sebanyak akan membantu fikiran kita dari menyimpang ke arah lain,” komennya.
Buat makluman, Izzue Islam selamat bergelar suami kepada gadis pilihan hatinya Awin Nurin yang juga merupakan pengurusnya pada bulan Jun, 2013.
BACA LAGI: Angkara Obses Dengan Jimin BTS, Pelakon Kanada Meninggal Dunia Selepas Jalani 12 Pembedahan
KREDIT FOTO: Instagram Izzue Islam
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.