“Kalau Anda Seorang Perokok, Berhentilah. Itu Perkara Pertama Yang Ditanya Doktor…,”- Alif Satar.

Share

Seperti yang kita semua sedia maklum, Alif Satar merupakan selebriti yang dijangkiti virus Covid-19 baru-baru ini. Disebabkan oleh perkara itubeberapa rancangan dan juga penggambaran yang pernah melibatkan selebriti tersebut ditangguhkan dan  rakan sekerja wajib melakukan ujian pengesanan Covid-19

Perkara tersebut adalah ketentuan tuhan yang mana tiada siapa dapat menyangka. Alif dilihat banyak memohon maaf kepada rakan-rakan disebabkan perkara ini.

Kelmarin dalam satu temubual bersama stesen radio koolfm, pelantun lagu Sesungguhnya 2019 itu ada berpesan kepada pendengar tentang kepentingan menjaga kesihatan.

Menurutnya dalam temubual tersebut, “SOP ketat macam mana pun tapi virus tu tetap di mana-mana. Jadi, kita kena terus jaga imun sistem kita, makan benda-benda yang sihat dan lagi satu bila kita sendiri dah lalui ni, Alif nak pesan.

Walaupun berat sangat nak bagitahu tapi kena bagitahu. Kepada perokok di luar sana tu boleh berhentilah sekarang sebab benda pertama sekali doktor tanya bila dijangkiti COVID-19 ni ‘you hisap rokok tak?’. Kalau hisap memang akan jadi satu benda berat di mana doktor akan sentiasa pantau. Mula saat sekarang ni, jagalah kesihatan baik-baik.”

Sekadar info, Alif disahkan dijangkiti virus tersebut setelah membuat ujian swab pada 21 November 2020. Ibu, bapa serta adiknya juga didiagnos positif covid-19 walaubagaimanapun isteri dan anak-anaknya disahkan negatif dan sedang menjalani tempoh kuarantin.

Semoga Alif cepat sembuh dan pulih seperti sedia kala.

Sumber: koolfm

 

 

 

Published by
Fiezreen