Pelakon berkaliber, Nabila Huda tampil berkongsi nasihat buat para pelakon terutama pendatang baharu dalam industri seni tanah air.
Anak kepada penyanyi rock terkenal, Amy Search itu mengingatkan sikap yang baik di set penggambaran akan menentukan jangka hayat perjalanan karier seseorang anak seni.
ARTIKEL BERKAITAN : Mahu Martabat Pakaian Tradisional, Nabila Huda ‘Angkut’ 30 Pasang Kebaya Ke New York
“Asas sebagai seorang pelakon ialah kita saling menghormati antara satu sama lain.
“Ada juga sebelum ini yang datang set penggambaran tapi tidak bertegur langsung, sibuk dengan telefon bimbit dan dunia sendiri.
“Tapi saya tidak boleh cakap lebih, kerana itu hak masing-masing.
Paling penting jika berperangai baik, jauhlah dia akan pergi. Jika tidak, tengoklah sampai mana dia nanti,” katanya kepada Remaja.Dalam perkembangan lain, Nabila Huda tampil dalam drama terbitan Astro Shaw iaitu Project: Exit yang mengangkat isu sosial di asrama pemulihan akhlak.
Drama enam episod berkenaan turut dibintangi barisan pelakon seperti Mierul Aiman,Naim Daniel, Shasha Abedul dan Kimberly Chuah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Nabila Huda