Kalau Betul Sayangkan Boyfriend, Ini Perkara Korang Patut Buat, Insya Allah Hubungan Kekal

Share

Ramai pasangan kekasih ada berbagai cara untuk menunjukkan kebahagiaan dalam perhubungan mereka. Keluar tengok wayang, membeli baju sedondon, keluar makan, berbelanja, bercuti antara perkara yang dilihat agak normal dilakukan oleh pasangan kekasih.

Ada masanya lelaki dan perempuan berkongsi kewangan kerana beranggapan segalanya perlu dikongsi. Namun artikel yang ditulis oleh perunding kewangan ini, Amir Syahir di fbnya memang banyak manfaatnya. Baca, ada semoga hubungan korang kekal ke mahligai perkahwinan.

Lelaki ni kalau dah sayang dia sanggup buat apa saja untuk makwe dia. Beli itu ini. Nak tunjukkan yang dia sayang sangat.

Apa kata mulai sekarang kau tolong pakwe kau. Bukan tolong habiskan duit dia tapi tolong dia menyimpan. Selalu bagi semangat dan ingatkan dia supaya menyimpan untuk duit belanja kahwin nanti.

Masa bercinta sama-sama nak bahagia. Bila nak kahwin semua beban kau hempuk atas bahu pakwe kau. Dah la gaji kecil, kena bayar PTPTN pula tu. Kena kumpul duit untuk belanja kahwin sorang-sorang. Masa bercinta kemain kau mintak itu ini. Pastu bising pakwe kau takde simpanan untuk kahwin. Terus nak cari lain. Cian pakwe kau.

Membuat simpanan adalah jaminan masa depan buat pasangan

 

Jadi, apa kata korang tolong pakwe korang supaya lebih banyak simpanannya. Antaranya;

  1. Daripada minta belikan hadiah mahal-mahal baik suruh dia simpan duit gaji dia dalam ASB ataupun Tabung Haji.
  2. Daripada minta dia belikan patung beruang besar atau minyak wangi, baik ingatkan dia menyimpan daripada berbelanja dengan boros.
  3. Daripada minta dia belikan baju sedondon, kasut jenama sama, baik suruh dia buat tabung berwarna hijau (RM5) ataupun oren (RM20).
  4. Daripada ajak dia pergi travel, baik kau suruh dia melabur dalam ASB, unit amanah ataupun instrumen pelaburan yang diyakini.
  5. Daripada paksa dia suruh beli kereta import mewah, baik kau kata bahagia guna pengangkutan awam bersama-sama.
  6. Daripada kau selalu merajuk pastu suruh pakwe belikan hadiah bunga atau coklat baik kau minta dia simpan RM100 ke dalam tabung kahwin korang.
  7. Daripada kau selalu ajak dia lepak dekat kedai kopi mahal lepas tu tengok wayang, baik kau ajak dia lepak dekat perpustakaan ke, pantai ke, taman bunga ke. Yang masuk percuma. Jimat duit dia.

***

Pasangan begini sukar dicari. Yang selalu ingatkan satu sama lain. Sama-sama menyimpan demi masa depan bersama.

Takde lah duit pakwe kau lesap je tiap kali gaji. Nak kahwin nanti ada dah simpanan. Tak perlu buat pembiayaan peribadi. Kau juga senang nanti. Keluarga korang tidak terbeban dengan hutang jahat. Janganlah tiap minggu duk lepak kedai hipster sambil up gambar dekat Insta. Tiap minggu habis beratus-ratus masa dating. Kah!

[ASY]

#AmirSyahir
#NotaKewanganASY

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros