Kalau Dah Positif COVID-19 Perlu Ambil Vaksin Lagi Ke? Doktor Ini Beri Penjelasan

Share

Masih ramai lagi masyarakat Malaysia yang sedang menunggu giliran untuk mengambil suntikan vaksin bagi mengatasi penularan wabak pandemik COVID-19. Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, seramai 17,064 orang telah menerima vaksin di seluruh Malaysia.

Namun begitu, sehingga 1 Mac 2021, hanya 6.1 peratus rakyat Malaysia atau lebih 1.46 juta orang mendaftar untuk menerima vaksin melalui aplikasi MySejahtera. Menurut Khairy, jumlah itu masih rendah jika mengambil kira sasaran 80 peratus rakyat Malaysia divaksin menjelang tahun hadapan.

Gambar hiasan

Namun begitu, mungkin ada yang tertanya-tanya adakah individu yang pernah dijangkiti COVID-19 juga perlu menerima suntikan vaksin ini?

Seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Suhazeli Abdullah telah pun membuat penjelasan tentang persoalan ini di laman Twitternya.

Menurut beliau, data kajian yang didapati sehingga kini masih terhad kerana virus COVID-19 dan vaksin adalah sesuatu yang baharu. Namun, beberapa laporan kajian sedang dalam proses penelitian klinikal mendapati:

1. Individu yang telah positif COVID-19 akan terbentuk antibodi. Jumlah antibodi yang dibentuk itu bergantung kepada keseriusan jangkitan yang mereka perolehi. Jika tahap jangkitan teruk tetapi beliau selamat, peratus antibodi adalah tinggi.

2. Jangkaan daripada kajian antibodi yang terbentuk boleh bertahan sehingga 8 bulan. Antibodi akan berkurangan mengikut garis masa.

3. Pakar menyarankan individu yang telah pun dijangkiti virus COVID-19 juga mengambil vaksin selepas 6 bulan.

Gambar hiasan

4. Kajian mendapati individu yang telah pun positif boleh dijangkiti semula oleh dijangkiti semula oleh COVID-19 Cuma gejala setelah dijangkiti semula adalah lebih ringan.

5. Pemberian vaksin akan memberi perlindungan melalui penghasilan antibody sehingga setahun. Antibodi hasil daripada vaksin juga akan menurun mengikut garis masa.

6. Wujud varian baru seperti di UK dan Afrika akan menyukarkan lagi perlindungan melalui vaksinasi. Namun kajian skala kecil dalam makmal mendapati vaksin Comirnaty dapat mencegah jangkitan varian baharu tersebut. kajian lebih ekstensif diperlukan lagi.

Gambar hiasan

Semoga penjelasan ini sedikit sebanyak dapat membantu memberikan pencerahan buat seluruh masyarakat di Malaysia. Bagi mereka yang belum lagi mendaftar, sila daftar segera terutamanya untuk ibu dan ayah korang.

BACA: Cara Paling Mudah Untuk Daftar Permohonan Vaksin Tanpa Aplikasi MySejahtera

Diharap dengan adanya vaksin ini dapat mengurangkan lagi penularan wabak pandemik ini.

Sumber: Dr Suhazeli Abdullah, Astro Awani

Published by
Noor Ain Norman