Meniti usia remaja bagaikan meniti satu dahan yang rapuh, mudah patah andai salah berpaut. Tidak dinafikan usia begini, gelora rasa membuatkan ramai yang mengambil keputusan tidak matang seiring usia yang muda.
Ada yang akhirnya terjerat di dalam cinta toksik, jadi mangsa deraan mental dan fizikal oleh sang kekasih dan ada pula yang terlanjur sehingga mengandung bawah umur. Tidak salah memiliki rasa saling menyukai, namun apa yang salah apabila membiarkan diri terjerumus ke dalam hubungan yang tidak sihat dan memudaratkan diri.
Pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Cinta Laura Kiehl ada berkongsi pandangan dan juga menitip pesan soal cinta yang harus dielakkan.
“Pertama kalau orang itu tidak membawa nilai dalam hidup anda dan tidak mebantu anda menjadi lebih baik, tidak ada guna anda berada di dalam hubungan itu. Kedua, kalau orang itu benar-benar cinta anda dia tidak akan pernah menyakiti anda. Kalau cinta sudah membuat kita sakit, itu bukan cinta tetapi lebih kepada membiarkan diri dikuasai oleh orang lain,” kongsi wanita anggun berusia 27 tahun ini.
Selain itu, ini adalah lapan tip penulis senaraikan sebagai indikasi kepada anda jika hubungan anda adalah toksik. Girls and boys take note ya!
***P/S – Bercinta tak salah, ada je kawan penulis yang bercinta dari zaman sekolah dan kekal sehingga ke jenjang pelamin. Cinta yang salah apabila berlandas nafsu semata-mata. Merosakkan diri dan memberi kesan terhadap kesihatan mental anda.