Tidak selamanya kita akan berasa bahagia, punya banyak duit, sentiasa penuh dengan kasih sayang dan faktor-faktor penenang jiwa lain. Ada masa manusia akan diuji dengan seribu kepayahan dan kesulitan hingga tidak nampak jalan keluar.
Namun sehebat mana pun kita diuji tetapi masih ada jalan keluar yang diajar oleh agama Islam. Salah satu etika yang dianjurkan ialah berdoa, apatah lagi ketika itu kita berada dalam kesusahan.
Dalam buku Kumpulan Doa Berdasarkan Alquran dan Sunah karya Sa'id Ali bin Wahf al-Qahthoni, terdapat doa yang dianjurkan baca ketika kita ditimpa kesulitan. Doa ini bersumber dari hadis Rasulullah SAW.
Hadis tersebut berbunyi: اَللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً
"Allahumma la sahla illa maa ja'altahu sahlan, wa anta taj'alul hazna idza syi'ta sahlan,".
Ertinya: "Ya Allah tidak ada kemudahan kecuali apa yang engkau mudahkan. Sedang yang susah boleh Engkau jadikan mudah, apabila Engkau menghendakiNya,".
Hadis ini merupakan hadis yang diriwayatkan Ibnu Hibban dalam kitab Shahih
-nya. Doa ini boleh dibaca oleh seorang muslim saat ditimpa kesusahan. Sentiasa ingat dan jangan rasa khuatir kerana Allah sentiasa bersama hamba-hamba yang meminta kepadaNya.Jika masih di dalam kesulitan ucapkanlah,
"La Ilaha Illallahul Azhimul Halim, La Ilaha Illallahu Rabbul Arsyil Azhim, La Ilaha Illallahu Rabbus Samawati wa Rabbul Ardhi wa Rabbul Arsyil Karim
Ertinya, Tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah Yang Maha Agung lagi Lemah-Lembut, Tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah Tuhan Pemilik Arsy yang agung, Tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah Tuhan pemilik langit dan bumi, dan pemilik Arsy yang mulia)."
Ingatlah, setiap kesusahan atau kesulitan ada jalan keluar dan mudah-mudahan ia membentuk peribadi kita untuk tunduk sebagai hambaNya, di dunia mahu pun di akhirat. Ingat, jangan mengadu pada manusia yang salah sebaliknya teruslah mengadu pada Allah SWT kerana dialah segala-galaNya yang mencipta langit dan bumi, gunung dan lautan.