Korang pernah dengar mySalam? Jarang-jarang atau tak nak ambil tahu sebab tak ada kaitan.

Hokay, kalau ada pemikiran begitu, buka minda dan hati besar-besar ya sebab mySalam ini merupakan  sebuah inisiatif skim takaful PERLINDUNGAN KESIHATAN PERCUMA terutama  yang memberikan perlindungan takaful kepada individu di dalam kumpulan berpendapatan rendah B40 melalui Tabung Amanah mySalam. Ia boleh dimanfaatkan oleh seramai 3.68 juta penerima berusia dari 18-55 tahun serta pasangan mereka.

Mulai 1 Januari lalu, mana-mana mereka yang tersenarai dalam B40 dan jika terkena 36 jenis penyakit kritikal ini, bolehlah datang menuntut RM8000 dengan syarat rawatan penyakit itu dilakukan di hospital kerajaan ya. Ia dikendalikan oleh syarikat insuran Great Eastern Takaful Berhad dan disahkan patuh Syariah.

Bukan saja dapat wang tunai yang akan dikreditkan ke akaun penerima secara terus tapi penerima juga akan mendapat manfaat pendapatan harian sebanyak RM50 sehari (maksimum 14 hari) sekiranya sedang menjalani rawatan di hospital.

Kalau Kena 36 Penyakit Kritikal Ini, Boleh Tuntut RM8000 Tunai Dari Kerajaan

IKLAN

Bagaimana nak buat tuntutan?

Senang saja. Tapi lebih senang kalau anak-anak yang tolong mak ayah mohon jika mak ayah kita ada penerima Bantuan Sara Hidup B40.

Cara pertama perlu buat adalah :-

IKLAN

Layari portal rasmi mysalam.com.my dan login menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang dihantar melalui SMS

  1. Klik “Download Form” dan muat turun borang “Critical Illness – Doctor’s Statement form”
  2. Serahkan borang tersebut kepada doktor untuk diisi dengan lengkap
  3. Kemudian login semula ke portal mySalam dan pilih Claims > Claims Submission > CI Claims
  4. Isi maklumat yang diperlukan dan muat naik beberapa dokumen diperlukan seperti surat pengesahan doktor dan kad pengenalan
  5. Klik “Submit” untuk hantar tuntutan.

Sekiranya berjaya, wang akan dikreditkan terus ke akaun penerima seperti yang didaftarkan di bawah skim BSH 2019.

Apa 36 jenis penyakit kritikal tu?

IKLAN
  • Penyakit Alzheimer/Gangguan Kemerosotan Otak Organik Tidak Boleh Pulih
  • Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain Untuk Penyakit Arteri Koronari Utama
  • Meningitis Bakteria
  • Tumor Otak Benigna
  • Buta/Hilang Penglihatan Sepenuhnya
  • Pembedahan Otak
  • Kanser
  • Kardiomiopati Teruk
  • Anemia Aplasia Kronik
  • Koma
  • Pembedahan Pintasan bagi Penyakit Arteri Koronari
  • Kepekakan/Hilang Pendengaran Menyeluruh dan Tidak Boleh Pulih
  • Ensefalitis/encephalitis
  • Kegagalan Hati Tahap Akhir
  • Penyakit Paru-Paru
  • AIDS Peringkat Teruk
  • Hepatitis Virus Fulminan
  • Serangan Jantung
  • Pembedahan Injap Jantung
  • HIV Akibat Transfusi Darah
  • Kegagalan Buah Pinggang – Dialisis atau pemindahan buah pinggang
  • Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
  • Hilang Pertuturan
  • Trauma Kepala Utama
  • Pemindahan Organ Utama/ Sum
  • Penyakit Neuron Motor
  • Sklerosis Berbilang
  • Distrofi Otot
  • Kelumpuhan / Paraplegia
  • Penyakit Parkinson
  • Hipertensi Arteri Pulmonari Primer
  • Penyakit Arteri Koronari Lain Yang Serius
  • Strok
  • Pembedahan Aorta
  • Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE)
  • Pelecuran Tahap Ketiga

Untuk senarai hospital di bawah skim ini, anda boleh rujuk https://www.mysalam.com.my/b40/info/.

Manakala untuk maklumat lanjut tentang Skim Perlindungan Nasional B40 ini, anda boleh menghubungi careline mySalam di 1-300-888-938 atau emel ke mysalam@greateasterntakaful.com.

So kalau mak-mak ayah kita diuji dengan 36 jenis penyakit ini dan mereka penerima BSH bawah 40, jangan lupa mohon ya. At least duit tub oleh juga guna untuk keperluan lain yang mendesak.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI