Kalau Kena Migrain Attack, Gadis Ini Kongsi Ubat Paling Mujarab Korang Boleh Cari Di Farmasi

Share

Migrain merupakan salah satu sebab sakit kepala yang berulang dan sesiapa yang terkena sudah tentu tahu macam mana azabnya bila diserang sehingga berhari-hari.

Menurut portal myhealth.gov.my, migrain mungkin berlaku lebih kerap jika adanya faktor-faktor pencetus yang disebabkan oleh makanan, persekitaran, psikologi, ubat-ubatan dan lain-lain.

Paracetamol dan ponstan pun tak boleh legakan sakit ini. Seperti apa yang pernah dikongsi oleh Nieta DotCo, kalau kena migrain attack ni telan paracetamol 1g pun tak lega juga. Rasa macam zombie korek-korek ota sekali dengan biji mata. Fuh, dashsyat sangat ni.

Sampailah dia terjumpa dengan satu ubat dari farmasi dan selepas telah dua biji, dalam dua hingga tiga jam sakit tu pun makin surut dan kepala tak berdenyut lagi.

Mesti ramai nak tahu ubat apa yang sesuai untuk hilangkan sakit migrain ni kan?

Korang boleh cari di farmasi, T.Naproxen Sodium 275mg PRN (jika perlu). Ubat ini telah pun dirujuk pada pakar dan pharmacist sebelum dibeli. Bukan dibeli sesuka hati, jadi ubat ini memang disarankan untuk korang yang sering kena migrain attack

.

Namun begitu, korang juga boleh berjumpa dengan doktor terlebih dahulu untuk mendapatkan nasihat perubatan kerana kesan dan faktor-faktor migrain mungkin tak sama bagi semua pesakit.

Sekiranya sakit masih berlarutan, cepat-cepat jumpa doktor okay?

Published by
Noor Ain Norman