Bila dengar kisah orang disengat tebuan, mesti kita terus merasa seram. Semua sedia maklum bahawa sengatan terbuan boleh membawa maut, lebih-lebih lagi jenis tebuan tanah yang sangat berbahaya.
Ini yang berlaku kepada pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2017, Harris Annuar. Menerusi muat naik di Instagram hari ini, jelas wajahnya bengkak teruk setelah disengat tebuan tanah.
Kejadian berlaku ketika Harris bangun pagi untuk mandi. Sewaktu sedang mencuci muka, ada seekor tebuan yang hinggap di tualanya.
“Pada waktu itu Harris tidak perasan ada tebuan pada tuala. Lalu, Harris pun menekap tuala pada muka, tebuan itu pun terperangkap dan terus menyengat muka Harris,” jelasnya.
View this post on Instagram
Walaupun dalam keadaan muka bengkak, Harris masih lagi mampu ketawa ketika memuat naik video menjelaskan situasinya disengat tebuan. Pada mulanya, kami ingatkan Harris hanya bergurau menggunakan filter, tetapi setelah menjelaskan keadaan sebenar , Harris benar-benar disengat tebuan tanah. Syukurnya, kini dia berada dalam keadaan stabil.
View this post on Instagram
“Harris sekarang berada dalam stage 2 yang menyebabkan tekanan darah menjadi rendah.
“Oleh itu, Harris perlu ditahan di wad untuk menjalani rawatan susulan kerana doktor hendak monitor jantung. Doktor juga ada cakap tadi, kalau Harris lambat bertindak sengat ini boleh membawa maut.”
“Sekarang Harris masih berada di wad dan berharap agar korang semua boleh doakan kesihatan Harris,” jawabnya kepada REMAJA.
InsyaAllah esok Harris sudah boleh keluar dari wad. REMAJA turut mendoakan agar Harris cepat sembuh.