Gesaan yang dikemukan oleh Mufti Negeri Sembilan untuk mengharamkan permainan digital PUBG kerana unsur keganasan yang ada dalamnya telah menarik perhatian ramai orang sejak semalam.
Kata Datuk Mohd Yusof Ahmad, PUBG sewajarnya diharamkan kerana mendidik generasi muda ke arah aktiviti keganasan selain menghilangkan perasaan belas kasihan, terutamanya di kalangan remaja.
Ia bagaimanapun telah diterima baik secara positif dan sebaliknya.
Hari ini, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyatakan pendapat beliau mengapa gesaan pengharaman itu dilihat tidak mampu menangani isu keganasan seperti yang berlaku di Christchurch, New Zealand pada hujung minggu lalu.
“Di Malaysia saja, kita ada sejuta remaja dan orang dewasa yang bermain PUBG. Tetapi setakat ini, tiada yang cenderung dengan keganasan dan gangsterisma.
“Jika kita mengguna pakai prinsip mengharamkan sesebuah permainan kerana unsur keganasan yang dicetuskan oleh beberapa pihak, jadi kita perlu serius mengharamkan juga permainan seperti Counter Strike, Red Alert dan General Conquer: Zero Dark Hour.
“Saya berdoa jika saya bermain FIFA atau PES, satu hari nanti saya akan menjadi seorang pemain bola sepak bertaraf antarabangsa. Tetapi tidak, itu tak akan terjadi.
“Apa yang boleh kita lakukan adalah memastikan mereka ini tidak ketagih dengan permainan sedemikian rupa. Dan di bawah SKMM (Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia) sekalipun, kita ada Gore Score yang memantau tahap keganasan sesebuah game. Jika ia berada pada tahap membimbangkan, kita boleh klasifikasikannya kepada pemain 18 tahun ke atas,” tuntas Yang Berhormat itu pada sidang parlimen hari ini.
Bagi REMAJA sendiri, sudah terlalu banyak unsur negatif yang boleh diperolehi oleh remaja di internet sekiranya mereka memang berniat untuk mencarinya. There is just too much, dan pengharaman satu permainan digital popular seperti PUBG tidak akan mengubah situasi sedia ada.
Ya, ia mengandungi unsur menembak secara rambang tetapi adakah itu cukup untuk kita mengharamkannya. Bagaimana dengan filem aksi yang sering ditayangkan di pawagam dan televisyen? Bagaimana dengan penulisan novel berunsur sedemikian?
Punca bagi sesebuah isu datang dari pelbagai sudut. Asalkan kita tidak taksub dengan sesuatu pengaruh itu, bagi REMAJA itu sudah memadai. Disclaimer: Kami bukanlah pemain tegar PUBG dan kami tak dibayar pun untuk menyatakan pendapat ini. Apa pendapat korang?