Bila dengar syarikat penerbangan buat promosi tambang murah, semua mesti excited nak merancang jadual melancong bersama rakan-rakan. Malah, ramai juga yang sudah membeli tiket setahun lebih awal semata-mata untuk mendapatkan harga tiket jauh lebih murah.
Namun, bila hampir sampai hari yang ditunggu-tunggu, ada pula perkara yang berlaku dan menyebabkan korang terpaksa membatalkan rancangan untuk bercuti.
Okay guys, disini kami nak kongsikan dengan korang, mungkin ada yang belum tahu sekiranya ada yang nak batalkan trip ke Korea, sebenarnya korang boleh dapat refund sehingga 100% untuk tiket penerbangan Air Asia yang telah dibeli.
Diingatkan kembali, hanya untuk penerbangan ke Korea saja ya.
Menurut laman sesawang Air Asia, jika korang dalam perjalanan pergi atau balik dari Republik Korea dan ingin mendapatkan semula bayaran untuk tiket yang telah dibooking
, permintaan bayaran balik perlu dibuat melalui pusat panggilan atau menulis kepada mereka di laman web atau hantarkan e-mel melalui e-borang.Amaun bayaran balik adalah tertakluk kepada kriteria berikut:
• Lebih daripada 3 bulan dari tarikh berlepas -100% tambang tiket
• 2-3 bulan dari tarikh berlepas -90% tambang tiket
• 1-2 bulan dari tarikh berlepas -80% tambang tiket
• Kurang daripada 1 bulan dari tarikh berlepas- 70% tambang tiket
Ada juga pengguna di media sosial yang berkongsi pengalaman mereka selepas mendapat bayaran balik tiket pembatalan penerbangan mereka ke Korea.
Untunglah siapa yang tak jadi nak ke Korea tu boleh refund tiket. Jadi tak ada la tiket korang ‘hangus’ macam tu saja. Betul tak?
Kredit: Pemburu Tiket Murah