Kalau korang masih ingat pada tahun 2018, kawasan pelancongan popular di ASEAN telah dikejutkan dengan penutupan pantai secara serta-merta.
Antara yang terlibat ialah Boracay, Filipina dan Koh Samui, Thailand untuk tempoh 10 bulan. Semuanya gara-gara isu pencemaran pantai yang kritikal dan mampu membunuh hidupan laut di sana.
To be honest, bukan pantai Boracay dan Koh Samui saja yang terjejas. Banyak lagi kawasan pantai ASEAN yang berdepan situasi ini termasuklah di dalam negara kita sendiri.
Mungkin untuk mengelakkan perkara itu terjadi, Bali Indonesia telah menetapkan cukai lebihan kepada para pelancong yang masuk ke pulau itu baru-baru ini.
Cukai pelancong sebanyak USD10 atau RM41 akan dikenakan kepada semua pelancong asing dan dana itu akan digunakan untuk pemuliharaan alam serta pembangunan budaya di Bali.
Untuk pengetahuan korang, Bali ingin mengurangkan penggunaan plastik sebanyak 70% dalam masa setahun kerana ia juga berdepan dengan masalah pencemaran di pantai. Malah, sejak bulan Disember lagi, Bali telah mengharamkan penggunaan straw minuman dan styrofoam.
Baguslah tu, demi kecantikan alam semulajadi Bali juga. Barulah anak cucu kita boleh nikmati Bali yang sekarang ini pada 30-40 tahun akan datang.