Kalau Nak Tangguh Bayaran Semula PTPTN, Kamu Kena Buat Ini Sebelum 25 Julai 2018

Share

 

Antara manifesto yang dikeluarkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-14 Mei lalu adalah untuk menangguhkan bayaran PTPTN peminjam sekiranya mereka kini dibayar gaji di bawah RM4,000.

 

Jika korang adalah salah seorang peminjam yang berniat untuk menangguh pembayaran semula PTPTN, apa yang perlu dilakukan adalah untuk memperbaharui maklumat peribadi masing-masing berkenaan pekerjaan, gaji semasa, nombor telefon dan emel sebelum 25 Julai 2018

ini.

Menurut Pengerusi PTPTN iaitu Wan Saiful Wan Jan, “Selepas maklumat dikemas kini, pihak PTPTN akan mengaudit maklumat yang diterima.

 

Wan Saifulruddin Wan Jan

 

“Sekiranya tiada perubahan atau proses kemas kini tidak dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan, kami akan menganggap peminjam tidak berniat untuk menangguh pembayaran semula pinjaman dan mereka tidak akan disenaraikan ke dalam polisi baru ini,” tambah beliau lagi

 

Cara Melakukannya

Bagi peminjam PTPTN bergaji di bawah RM4,000, korang boleh ke laman web www.ptptn.gov.my dan klik pada ‘Pengemaskinian Maklumat Pendapat’. Senang kan.

Pada Jun lalu, Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik memohon agar masa diberi kepada beliau dan pegawai untuk memenuhi manifesto ini disebabkan keadaan hutang semasa negara yang teruk.

 

 

Beliau bagaimanapun menegaskan kerajaan tidak akan mengendahkan manifesto tersebut demi nasib pelajar. Cuma apa yang diminta adalah untuk menangguhnya sehinggalah ke hari ini. Alhamdulillah.

BACA: “PTPTN Tetap Tanggungjawab Kita Untuk Dibayar.” Majoriti Remaja Sependapat

So, korang jangan terlepas peluang untuk mengemaskini maklumat peribadi okay!

Published by
FZ