Kalau nak travel tahun depan elak 5 negara ini!
Zaman sekarang, asal bijak dan tahu mengambil peluang kita boleh jalani hidup dengan lebih gembira. Ada bermacam kegembiraan. Perasaan ini berbeza setiap orang. Tapi rasanya ramai yang setuju kalau dikatakan travel luar negara adalah saat paling menyeronokkan. Ya tak?
Tapi baru-baru ini satu laman web yang menyediakan panduan pelancongan dan pengembaraan dunia, Fodor ada menyenaraikan beberapa lokasi dunia disebabkan faktor etika, alam sekitar dan politik.
Fodor tidak menggalakkan pelancong untuk melancong di Barcelona (Sepanyol), Angkor Wat (Kemboja), Amerika Syarikat, Big Sur (California), Bali (Indonesia) dan Hanoi (Vietnam) kerana kepadatan pelancong di sana telah menjejaskan alam sekitar serta penduduk tempatan.
Ekosistem dan habitat semula jadi seperti di Florida Keys National Marine Santuary (Amerika Syarikat), Parque Nacional Arrecifes de Cozumel (Mexico), Galapagos National Park (Ecuador) dan Pulau Komodo (Indonesia) turut tersenarai sebagai lokasi yang diancam kepupusannya.
Pelancong yang melancong ke negara Asia seperti Kemboja dan Thailand dinasihatkan agar tidak menunggang gajah kerana aktiviti tersebut menyebabkan gajah didera dan dipukul dengan kejam demi keuntungan hiburan pelancong.
Atas faktor keselamatan, pelancong tidak digalakkan untuk mendaki puncak Matterhorn (Switzerland) kerana pernah berlakunya tragedi meragut nyawa melibatkan lapan individu.
Di Mexico dan Amerika Tengah pula, pelancong dinasihatkan agar berhati-hati dalam pengambilan alkohol disebabkan kes maut akibat daripada keracunan methanol.
Harapnya keindahan tempat-tempat ini akan tetap terpelihara sampai bila-bila. So jom la kita plan pergi tempat lain yang tak sesak orang k!
Sumber: Fudor.com