
Selepas trend bulu kening bersepah, muncul pula kening berombak. Macam-macam betul gaya solekan terkini yang digemari wanita ni ya.
Belum pun reda dengan fesyen pelik tu, kini ada pula teknik solekan rare yang diperkenalkan lagi iaitu lakaran bulu hidung yang panjang dijadikan sebagai trend baru.
Kreatif betul anak muda sekarang ni kan.
Nah, nak tahu macam mana teknik solekan ini? Nampak macam mudah je. Tapi ada yang berani nak cuba ke?
Ha macam mana, cukup confident tak nak buat?
Sumber: 9gag.com
Jelitawan Temasya Olimpik 2024, 7 Atlet Wanita Yang Dinanti!

Isi Kandungan
ToggleSelain bakat dan prestasi mereka, para atlet yang bertanding di Sukan Olimpik Paris 2024 sering kali menjadi perhatian kerana penampilan, wajah yang menarik.
Persis supermodel, atlet berkenaan bukan sahaja menjadi buruan lensa jurugambar, malah turut menarik perhatian penonton seluruh dunia yang menyaksikan acara pertandingan menerusi televisyen. Ini 8 gadis jelita yang dinanti!
Alica Schmidt

Jelitawan trek dan balapan Jerman, Alica Schmidt tidak dapat menahan air mata kegembiraan apabila mengetahui bahawa dia terpilih menyertai pentas berprestij Sukan Olimpik Paris 2024.
Atlet berusia 25 tahun itu akan mengambil bahagian dalam acara lari berganti-ganti campuran 4×400 meter (m) menyatakan peluang keemasan tersebut sebagai impian terbesar yang telah menjadi kenyataan.
Molly Caudery
Molly Caudery merupakan Juara Lompat Galah SPAR Indoor Athletics dan merupakan anggota termuda dari pasukan Sukan Komanwel 2018. Dilahirkan dan dibesarkan di London, beliau mula melompat galah pada usia 14 tahun, setelah sebelumnya menggeluti sukan gimnastik sejak usia empat tahun.
Prestasi terbaiknya adalah mencapai ketinggian 4.35 meter yang memberikannya pingat di Kejuaraan Eropah. Selain prestasi yang hebat, penampilannya juga tidak kurang mengagumkan, berikut potret beliau seperti yang dilaporkan dari akaun Instagramnya.
Alysha Newman
Atlet cantik Alysha Newman adalah atlet lompat galah wanita terbaik sepanjang masa. Dia telah memenangi dua pingat Olimpik dan menjadi pemegang rekod Kanada.
Selain menjadi atlet lompat galah, dia juga menceburi dunia peragaan, dan baru-baru ini menjadi seorang influencer. Dilahirkan dan dibesarkan di London, Ontario, Alysha lulus dengan Ijazah Sarjana Kinesiologi sebelum memulakan kerjaya atletik profesionalnya.
Memang, selain prestasinya yang mengagumkan, penampilan Alysha juga tidak kurang memukau. Tidak hairanlah, sebagai seorang model dia sering berkongsi penampilannya di akaun Instagram miliknya.
Lieke Klaver
Populariti atlet olahraga Belanda, Lieke Klaver melonjak tinggi sejak membuat kemunculan debut pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun sebelum ini hingga mencetus fenomena sensasi di laman media sosial ketika ini.
Kejelitaan rupa paras Klaver terus menjadi bualan hangat pelayar Internet khususnya di platform media sosial TikTok walaupun atlet berusia 23 tahun itu tidak mempunyai akaun peribadi untuk aplikasi tersebut.
Julia Efimova, berenang
Dia menjadi wanita pertama yang memenangi 200 meter kuak dada di Kejohanan Akuatik Dunia sebanyak tiga kali. Orang Rusia ini memenangi 109 pingat dalam kerjayanya.
Natalia Kaczmarek
Atlet Poland di Paris itu mahu mengulangi kejayaan seperti di Tokyo apabila memenangi pingat emas dan perak.
BACA LAGI : Riena Diana Pilihan Beauté Library, Korang Boleh Cuba Rawatan PicoSpot Sempena Lebaran!
Sumber : Walipop
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Upah RM300-RM500 Sehari Sebagai Jurukimpal, Korang Sanggup Tak Turun Ke Laut Dalam Macam Gadis Ini?

Memang rare kerjaya remaja perempuan ini. Kalau anak gadis biasa senang memilih kerja di pejabat berhawa dingin, tetapi Nurizzati Athira binti Mohamad Yusoff, 21 tahun memang berbeza kerjayanya.
Remaja berani ini merupakan seorang penyelam komersial dan jurukimpal di laut dalam (welding & cutting).
Remaja berkesempatan menemuramah gadis berani ini. Sejak setahun lalu, dia merupakan jurukimpal laut dalam wanita sekaligus diiktiraf sebagai wanita pertama yang melakukan kerja kimpalan di laut dalam.
Merupakan anak kelahiran Selama, Perak. Kata Izzati, dia dahulunya belajar di Kolej Vokasional Taiping sebelum ditawarkan oleh majikannya sekarang untuk melakukan kerja-kerja kimpalan di laut dalam.


Di bawah bimbingan syarikat Weldzone Training Centre Sdn Bhd, yang membuat pelaburan bagi pembelajarannya sebanyak RM50,000, dia patut berbangga kerana menjadi juru kimpal wanita pertama dalam negara terlibat dalam kerja berisiko tinggi ini selain memerlukan kepakaran yang cukup mendalam serta pengetahuan yang meluas.
“Awal-awal dahulu memang susah. Sama juga ketika di sekolah vokasional kerana saya satu-satunya pelajar kimpalan. Nak bergaul dengan lelaki pun kekok. Tapi saya tak pernah putus asa sehingga terpilih sebagai antara pelajar terbaik.
Seberapa dalam agaknya dia pernah buat ya?
Kata Izzati, dia pernah turun ke kedalaman 30 meter, lebih kurang 20 tingkat bangunan untuk melakukan kerja-kerja kimpalan dan pemotongan. Katanya lagi, biasanya kerja-kerja kimpalan ini dilakukan secara bergilir. Paling lama seorang penyelam atau jurukimpal boleh ada di dalam laut lebih kurang sejam lebih dan selebihnya mereka pernah naik ke atas bagi mengelak sebarang risiko tinggi. Korang berani ke nak lakukan?
Pernah kena electric shock tak?
Semua fahamkan, bila alatan elektrik basah, risiko untuk terkena renjatan elektrik lebih tinggikan. Tapi seperti kata Izzati, dia pernah kena tetapi rasanya taklah hampir tercabut nyawa tetapi hanya cubit-cubit manja seperti digigit semut sahaja kerana semua peralatan elektriknya sudah dilengkapi dengan alatan keselamatan yang cukup tinggi bagi memastikan nyawa jurukimpal selamat.
Berapa upah boleh dapat dalam sehari?
Biasa bagi jurukimpal seperti dirinya dan rakan-rakan, kalau di tahap profesional, gaji di antara RM300-RM500 sehari. Tetapi memandangkan dirinya masih baru masih banyak yang dipelajarinya.
Masa yang sama, dia ada gaji tetap dengan pihak Weldzone Training Center Sdn Bhd dengan purata gaji di antara RM2000- 3000 ke atas. Namun dia biasanya mendapat upah luar berdasarkan kerja dia lakukan. Terkini dia melakukan kerja-kerja memasang net di dasar laut untuk pihak TNB di Selama, Perak. “Kalau ada pihak luar panggil, upah dikira berlainan.
Pernah ditawar kerja luar negara ke?
Kata Izzati, ada pihak berminat tetapi dia memutuskan menjadi pembantu pengajar bidang kimpalan dalam air di syarikatnya sekarang yang terletak di Kawasan Perindustrian Seri Manjung bagi menambah ilmu.Menurutnya, dia bakal meneruskan kursus peningkatan kemahiran dalam bidang kimpalan dalam air di ibu pejabat ITDA di Sepanyol bagi meningkatkan lagi akreditasi tahap kemahirannya.
Apa petua nak jadi berani?
Nak jadi berani kena kuat berusaha, jangan mengalah, kena kuat mental dan fizikal. So baru usaha berbaloi, katanya anak kedua dari 4 beradik. Bagusnya sejak ada kerjaya yang baik, Izzati banyak membantu keluarganya yang sebelum ini hanya bekerja kampung. Kata orang inilah contoh anak yang baikkan, ada rezeki lebih beri pada keluarga juga.
Jovian Mandagie Berjaya Kutip Lebih RM200,000 Hasil Jualan Amal Face Mask Palestin

Tentera zionis Israel nampaknya masih lagi melakukan serangan terhadap Semenanjung Gaza dan semalam dilaporkan seramai 42 penduduk Palestin telah terkorban.
Sebagai rakyat Malaysia, selain daripada memberikan sokongan di media sosial, ramai telah bertindak untuk menyalurkan bantuan dengan memberi sumbangan kepada tabung amal Palestin.
Para selebriti juga tidak ketinggalan membuat amal dengan memberi bantuan kepada rakyat Palestin dan pereka fesyen terkenal negara, Jovian Mandagie mempunyai caranya sendiri bagi membantu mendapatkan dana bantuan Palestin.
Jovian telah melancarkan jualan pelitup muka eksklusif dengan dua rekaan istimewa bendera Palestin.

Dalam waktu 1 jam sahaja, ia berjaya memperoleh dana sebanyak RM65,720 dan jualan amal ini ditutup selepas 12 jam kerana mendapat permintaan yang tinggi sebanyak 4500 unit terjual dengan kutipan RM213,005.
Menurut Jovian di laman Instagramnya, jika diikutkan mereka boleh mengutip sebanyak RM1 juta kurang daripada satu minggu, tetapi oleh kerana mempunyai kekangan tenaga produksi, mereka tidak berani untuk mengambil tempahan yang banyak.
Katanya lagi, biarlah pihak mereka melangsaikan batch pertama ini dan membuka tempahan lain selepas ini.
Jualan pelitup muka eksklusif ini 100 peratus akan disumbangkan kepada Palestin dan menurut Jovian, pihaknya akan mengemaskini tabung bantuan mana yang akan disalurkan nanti.
Kami pasti dengan cara ini sedikit sebanyak dapat memberikan bantuan dan membuka peluang untuk rakyat Malaysia menyalurkan sumbangan wang kepada masyarakat di Palestin. Sama-samalah kita berdoa agar kemelut ini berakhir. InsyaAllah!
Sumber: (1)