Kalau Rindu Pasangan Long Distance, Lakukan 3 Teknik Priyanka-Nick Jonas Ni

Share

 

Comelnya!

 

Sejak mereka bertunang secara rasmi, Priyanka Chopra & Nick Jonas bertukar menjadi antara pasangan Hollywood kegemaran kami. (watch out Justin & Hailey!)

Tetapi masalahnya, Priyanka dan Nick masing-masing sibuk dengan kerjaya dan kehidupan di tempat berbeza sehingga terpaksa melakukan hubungan jarak jauh atau long distance relationship.

Kalau korang pun pernah melakukannya (dan masih bersama), mesti korang bersetuju dengan 3 rahsia mengekalkan rasa setia kepada pasangan ini.

 

 

Video Call

Nick nampaknya tak boleh berenggang daripada bakal isterinya itu. Dan dia bijak menggunakan teknologi untuk memanggil Priyanka melalui video call.

Nick dan Priyanka melalui panggilan video call.

Dalam foto yang kini viral di internet, Nick yang berada di Paris sedang berborak dengan Priyanka yang kini sedang sibuk berlakon untuk filem Bollywood “The Sky Is Pink” di Mumbai, India.

Priyankan nampaknya tak kisah pun dengan kulitnya tanpa mekap, walaupun sedang bercakap dengan tunangnya.

 

 

Jangan Lupakan Tarikh Penting

Walaupun korang tak selalu berjumpa, namun korang tak boleh sesekali melupakan pasangan dan tarikh-tarikh penting untuk kalian berdua.

Mereka menyambut hari jadi Priyanka ke 36 di Chilterne London

Bila tiba tarikh seperti hari jadi dan jadual persembahan konsert, Nick dan Priyanka sanggup terbang untuk bersama pasangan kerana bagi mereka, sokongan moral itu penting.

BACA: Nak Double Date? Tiru 5 Tip Daripada Priyanka & Nick Jonas

 

 

Jumpa Ibu Bapa

Obviously, Priyanka (36 tahun) jauh lebih berusia dan matang berbanding Nick (25 tahun). Perempuan yang lebih berusia selalu inginkan kepastian dalam hubungan, bukannya sekadar teman ketika terasa sunyi.

Nick dan ibu bapa baru tiba di Mumbai India.

Jadi Priyanka tak teragak-agak untuk membawa Nick berjumpa dengan ibu-bapanya kerana dia tahu, mereka akan berhadapan dengan masalah long distance relationship.

Setidak-tidaknya, mereka terus terasa komited terhadap pasangan walaupun tak berjumpa lama.

Majlis roka Priyanka dan Nick.

Pada 18 Ogos lalu, mereka mengadakan majlis roka di banglo Priyanka di Juhu India, iaitu seperti majlis bertunang dalam budaya masyarakat itu.

 

Published by
FZ