Hiburan

“Kalau Saya Gemuk, Adakah Beri Kesan Kepada Anda?” -Kasih Iris Leona Selar Sikap Netizen

Share

Pempengaruh yang juga anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona, tampil menyelar sikap segelintir individu yang menghina bentuk badan sehingga melabelnya sebagai wanita gemuk, susulan video dimuat naiknya baru-baru ini.

Leona bagaimanapun bertegas tidak pernah menghiraukan segala komen warganet malah sentiasa berasa positif dengan semua dimilikinya hari ini termasuklah, bentuk badannya.

“Kalau saya gemuk, adakah perkara itu beri kesan kepada anda?

ARTIKEL BERKAITAN:

Kekal ‘Macho’ Walaupun Berusia, Rahsia Azhar Sulaiman Hanya Gunakan Sabun Dettol Untuk Tampak Lebih Muda

“Minta maaf kalau anda tidak berpuas hati dengan penampilan diri sendiri tetapi anda tidak perlu menunjukkan rasa ‘insecure’ apabila melihat saya.

“Saya okey dan gembira dengan penampilan diri sendiri. Itu sahaja paling penting,” ciapnya dalam aplikasi X.

Dalam pada itu, gadis berusia 21 tahun itu turut menyindir kenyataan beberapa individu yang menyamakan bentuk fizikalnya seperti wanita berstatus ibu yang memiliki lima orang anak.

“Ada yang cakap badan saya kelihatan seperti ibu kepada lima anak. Jadi, adakah ibu anda kelihatan seperti saya?” balasnya sinis.

Leona juga mempersoal mengapa terdapat individu gemar menulis komen negatif, sedangkan dia tidak pernah membaca komen yang ditujukan kepadanya selama ini.

“Sekiranya memantau hidup saya memberi kegembiran pada anda, teruskan kerana kehidupan anda sudah terlalu kusut dan saya kasihankan perkara itu.

“Jika boleh memberi keterujaan, saya tumpang bahagia. Hidup ini singkat dan jika anda mahu menjalani kehidupan begini, silakan tetapi perlu tahu bahawa kehidupan bukan semata-mata dalam media sosial.

“Letak telefon dan pergilah menjalani kehidupan dunia nyata di sekeliling anda. Saya mengatakan ini kerana ambil berat,” katanya lagi.

Terdahulu, video memaparkan personaliti media sosial itu menari bersama rakannya mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen kerana memakai pakaian mencolok mata selain bentuk badannya dihina.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Twitter Kasih Iris Leona

Published by
Fath