Laporan media berkenaan seorang kanak-kanak berusia 7 tahun yang ditemui lemas di dalam sebuah tong air dekat rumahnya telah menjadi topik perbualan hangat di media sosial, hari ini.
Ini berikutan kronologi hidup kanak-kanak tersebut yang baru saja diserahkan oleh ibu angkatnya kepada pasangan ibu kandung serta ayah tiri, kira-kira 3 bulan lalu.
Siasatan awal kes kematian ini mendapati terdapat kesan lebam dan kecederaan pada badan Zubaidi Amir Qusyairi Abd Malek, 7. Mangsa dipercayai telah didera oleh kedua-dua ibu bapanya itu pada petang Jumaat. Lalu, satu siasatan telahpun dibuka di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana melakukan pembunuhan.
Hari ini, ibu angkat kepada mangsa iaitu Norlida Abu Hassan telah memberikan respon ke atas kejadian menyedihkan itu.
Katanya kepada rakan media di AWANI, “Saya rasa menyesal kerana tidak pertahankan dia. Kalau tahu jadi macam ini, saya tidak akan serahkan (kanak-kanak tersebut) kepada ibu kandung itu.
Ads
“Selepas ibu kandungnya mengambil semula ‘adik’ pada Oktober lalu, saya memang terlalu sedih memandangkan saya bela dia dengan penuh kasih sayang sejak dia berusia kira-kira dua bulan lagi.
“Walaupun perit (untuk serahkan), itu kenyataan yang perlu saya tempuh memandangkan saya cuma ibu angkat dan ibu kandungnya tetap mempunyai hak mutlak untuk mendapatkan hak jagaannya.
“Tapi saya kesal (dengan kejadian ini). Hampir tiga bulan saya berjaya pujuk hati hilangkan rindu, saya dapat berita yang cukup tak boleh diterima. Ibu kandung dan ayah tirinya juga tidak pernah tunjukkan sikap panas baran (sebelum ini).
Ads
“Saya hanya dimaklumkan tentang kejadian ini oleh jiran berhampiran rumah keluarganya petang semasa. Saya terus bergegas ke Melaka,” katanya yang turut menyifatkan mangsa sebagai seorang yang cerdik dan tidak pernah merengek meminat sesuatu.
Kongsi beliau lagi, usai usia muda itu, mangsa juga telah berjaya menghafal surah Al-Mulk setela diajar oleh kakak angkatnya.
Sebelum ini, kisah penyerahan semula kanak-kanak berusia 7 tahun ini telah mendapat perhatian warganet setelah video momen penyerahan sambil menangis teresak-resak tular di Facebook.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam, REMAJA telah melaporkan mengenai 71 orang pelajar yang disahkan positif COVID-19 di sekolah berasrama penuh, Sekolah Seri Puteri Cyberjaya.
Kes yang berpunca daripada seorang guru sekolah tersebut yang positif malangnya telah menjangkiti seorang guru lain dan para pelajar di sana. Bagaimanapun, keadaan disahkan stabil kini dengan para pelajar diletakkan di MAEPS bagi tujuan pemantauan.
Terbaru, sebuah lagi institusi pendidikan melaporkan jumlah kes positif COVID-19 yang ramai di Malaysia.
Kali ini, ia bertempat di Politeknik Sandakan, Sabah di mana seramai 24 orang pelajarnya disahkan positif sekaliguskan mencetuskan Kluster Sungai Batang di Sabah.
Kampus Politeknik Sandakan. Sumber Foto : Orang Sabah
Kata jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah iaitu Datuk Masidi Manjun, punca utama merebaknya wabak tersebut di sana adalah setelah seorang pelajar lelaki berusia 19 tahun mengalami gejala demam dan batuk. Bagaimanapun, dia telah berdepannya sejak 12 November lalu dan hanya baru-baru ini disahkan positif.
Datuk Masidi yang juga dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri berkata, jumlah kes harian COVID-19 yang tinggi itu telah memastikan’ jumlah kes di Sabah kekal pada tiga angka.
Saringan kontak rapat dilakukan terhadap 29 orang pelaJar dan dua kakitangannya. Lalu, 24 kes positif dilaporkan daripada kluster ini termasuklah 11 kes baharu dalam kalangan pelajar institusi tersebut.
Oleh itu, REMAJA sarankan agar korang semua kekal menjaga SOP sewaktu berada di kawasan khalayak ramai dan terus berada di rumah apabila tidak perlu ke mana-mana.
Mungkin ramai yang menganggap individu yang beragama Islam sukar menempa kejayaan di luar negara, terutamanya di negara yang didominasi oleh masyarakat bukan Islam.
Namun, sebenarnya tanggapan ini tidak benar kerana terdapat banyak pengiktirafan antarabangsa yang telah meraikan individu Muslim berpengaruh dengan mengambil kira imej positif yang ditonjolkan.
Baru-baru ini, seorang lagi wanita muslim diangkat martabatnya dan bakal melakar sejarah. Saima Mohsin seorang wanita muslim kelahiran Pakistan menjadi wanita muslim pertama yang menyandang jawatan sebagai peguam besar wilayah bagi negara Amerika Syarikat.
Walaupun Amerika Syarikat terkenal dengan ancaman Islamofobia yang bermaksud ‘takut, benci dan prejudis keatas agama Islam dan penganutnya’. Namun, ini tidak menjadi halangan buat wanita tersebut yang berusia 52 tahun itu.
Menurut laporan terbitan Geo News, Saima Mohsin bakal memulakan tugas beliau pada tarikh 2 Februari ini dengan menggantikan Matthew Schneider yang merupakan peguam semasa bagi daerah Detroit, Michigan.
Pengumuman tersebut telah dilakukan pada Khamis lalu bersama-sama dengan berita persaraan Matthew.
“Saya sangat komited untuk melengkapkan misi kami dalam penguatkuasaan undang-undang dan berlaku adil terhadap semua,” kata Saima sewaktu siaran akhbar.
Mengikut Perlembagaan Amerika Syarikat, peguam besar wilayah juga adalah ketua penguatkuasaan bagi undang-undang Persekutuan di kawasan mereka dan turut terbabit dalam proses litigasi yang membabitkan pemerintah negara itu.
Menurut sumber, Saima Mohsin telah memegang jawatan sebagai Pendakwa Raya Persekutuan selama lebih dari sedekad dan telah mula berkhidmat di Pejabat Peguam Amerika Syarikat sejak tahun 2002.
Tapi sebelum ini ada je wanita muslim yang berjaya dalam karier mereka di negara barat ini antaranya atlet lawan pedang AS Ibtihaj Muhammad, Halima Aden, model berhijab, G Willow Wilson yang merupakan seorang penulis komik, wartawan dan penulis yang pernah menghasilkan pelbagai novel grafik. Apapun kalau kita berusaha pasti Tuhan memudahkan kerja kita. InsyaAllah…
Aduh, orang lain buat squat untuk bersenam. Lain pula ceritanya apabila seorang pelajar sekolah menengah di Thailand meninggal Khamis minggu lalu akibat melakukan lompatan squat sebanyak 100 kali.
Hari ini, pakcik kepada mendiang yang baru berusia 13 tahun itu menjelaskan situasi sebenar di Facebook-nya. Dia mendakwa pihak sekolah yang telah mendenda pelajar itu setelah dia gagal menyerahkan kerja sekolah.
Pakcik mendiang, Pramot Eiamsuksai, berkata anak saudaranya itu telah merasakan tidak sedap badan sejak 31 Ogos (Isnin). Dia dibawa ke hospital pada hari Rabu sebelum kembali ke sekolah pada hari Khamis.
Walaupun gurunya tahu dia tidak sihat dan tidak ke sekolah (lalu tidak menyiapkan kerja sekolah), gurunya masih berkeras untuk mendenda pelajar itu.
Pada hari Jumaat (4 September), pelajar itu kembali jatuh sakit dan berehat. Malangnya, mendiang tidak sedarkan diri pada hari berikutnya.
Mengikut laporan doktor, dia mungkin meninggal sekitar jam 3 pagi akibat kerosakan kardiak.
Akhirnya kelmarin, pihak sekolah baru menghubungi keluarga pelajar itu untuk memohon maaf dan mengakui bertanggungjawab di atas tragedi itu.
Aduh, teringat pula kes cikgu denda pelajar di Malaysia sendiri
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.