Kalau Tak Mahu Bayar PTPTN Dengan Cara Potongan Gaji, Ikut 4 Cara Mudah Ini

Share

Kalau dah namanya pelajar, memang kebanyakannya tak boleh lari daripada isu PTPTN kerana boleh dikatakan ramai rakyat Malaysia yang menyambung pelajaran menggunakan pinjaman ini.

Bajet 2018 yang dibentangkan baru-baru ini juga telah menetapkan beberapa tahap diskaun bagi menggalakkan pembayaran semula peminjam.

• Diskaun 20% untuk penyelesaian penuh pinjaman

• Diskaun 10% untuk bayaran 50% daripada baki hutang sekali bayaran

• Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji

Grace period pembayaran balik dilanjutkan daripada enam kepada 12 bulan

Dengan kelonggaran yang diberikan, tidaklah anda berasa sesak atau terbeban dengan hutang yang ada.

Kalau tak mahu bayar melalui potongan gaji pula, anda boleh ikut empat cara mudah ini.

1. JomPay

– Tiada caj  transaksi (percuma)

– Boleh dibuat secara online

2. FPX di portal PTPTN

– Tiada caj transaksi (percuma)

– Pembayaran dengan memilih bayar melalui penolakan daripada akaun simpanan atau caj ke kad kredit

– Cara bayar guna kad kredit bahaya jika dah swipe tapi tak bayar balik (perlu jaga rekod pembayaran untuk CCRIS cantik)

– Boleh dibuat secara online

Cara tradisional:

3. Bayar di kaunter atau kiosk

– Tidak menerima tunai, hanya bayaran melalui kad (debit/kredit)

– Tiada caj transaksi (percuma)

4. Perbankan internet

– Ada caj transaksi bank

Kenapa perlu menggunakan cara ini sedangkan pembayaran melalui FPX dan JomPay adalah percuma?

Pembayaran melalui FPX akan mengemas kini terus baki hutang dan memaparkan amaun bayaran yang dilakukan.

Berikut  merupakan langkah-langkah yang perlu anda ikuti untuk melakukan pembayaran secara online:

FPX

1. Log masuk portal PTPTN (no. kad pengenalan dan password)

2. Pilih penyata baki

3. Scroll bawah sekali

4. Letakkan amaun yang nak dibayar dan klik bayar (pastikan amaun sama apa yang ada dalam jadual atau lebih, bayar kurang akan menyebabkan tunggakan dalam bayaran)

5. Pilih bayar melalui FPX atau kad kredit

6. Rujuk senarai bank pilihan jika membayar melalui FPX

7. Katakan memilih untuk bayar melalui Maybank2u

8. Letakkan email anda (mandatory)

9. Log masuk Maybank2u

10. Akan prompt ke FPX payment, teruskan hingga selesai

JomPay

1. Log masuk portal PTPTN (no. kad pengenalan dan password)

2. Pilih penyata baki

3. Scroll bawah untuk dapatkan Biller Code, Ref-1 dan Ref-2 tapi boleh juga buat semakan melalui http://semakanonline.ptptn.gov.my/jompay/JomPay.php

4. Log masuk Maybank2u

5. Pilih Bill Payments disebelah kiri

6. Pilih JomPay

7. Pilih Make a one-off payment tapi jika dah set favourite pilih favourite biller (jika dah tak perlu ulangi untuk masuk Biller Code, Ref-1 dan Ref-2)

8. Masukkan amaun yang nak dibayar dan klik bayar (pastikan amaun sama apa yang ada dalam jadual atau lebih, bayar kurang akan menyebabkan tunggakan dalam bayaran)

9. Teruskan sehingga selesai

Pembayaran biasa (Ada caj transaksi RM1)

Banyak juga langkah yang perlu dibuat seperti  guna cara JomPay atau FPX. Tapi, jika dah set kan sebagai favourite, ada beberapa langkah yang boleh di skip. Jadi lebih mudah untuk buat pembayaran.

Bezanya, cara ini memerlukan RM1 sebagai caj transaksi.

Semoga perkongsian yang dibuat oleh Muhammad Farid Bahrudin ini dapat memberi manfaat buat memudahkan urusan anda dalam membuat pembayaran PTPTN. Lepas ni dah tak ada alasan nak kata PTPTN ni menyusahkan kan?

Published by
Noor Ain Norman