Mungkin ramai tidak tahu atau tak sengaja.
Setelah lama kita tidak dapat melawat pusara tersayang ekoran pandemik dan SOP Perintah Kawalan Pergerakan, mungkin kelonggaran baru-baru ini membuatkan orang ramai mula mengunjungi kawasan perkuburan.
Namun, setiap kali kita ke pusara atau kubur pasti akan dapat melihat pusara disiram air ketika seseorang menziarahi kubur selain membacakan Yassin di kubur ahli keluarganya. Hal menabur bunga dan menyiram air ini seolah-olah dilihat sebagai hal WAJIB sedangkan hakikatnya adakah benar hal ini wajib dilakukan?
Dengarkan penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus ketika memberikan ceramah agama berkaitan hal menyiram kubur dan meletakkan bunga ini. Adakah ianya wajib atau apa hukumnya? Jangan sampai kita terikut-ikut melakukan suatu perkara tanpa tahu hukumnya.
Apa tujuan siram air di atas kubur?
Ini jawapan daripada Ustaz Azhar Idrus menerusi laman ‘Youtube’nya berkata ulamak ada menyebut hukum jirus atau siram air atas kubur adalah harus tetapi dengan syarat tujuannya salah satu daripada tiga sebab iaitu:
- Kubur masih baru (jenazah baru ditanam) supaya tanahnya kemas
- Menghidupkan pokok-pokok dan bunga yang hidup di atas kubur tersebut
- Supaya tanah tidak berdebu
Sebaliknya jika ada individu yang percaya bahawa siram pada tanah kubur untuk menyejukkan jenazah atau dikatakan jenazah boleh minum air itu adalah khurafat.
Dalam penjelasan UAI ini, jika seseorang itu melakukan perkara ini tanpa tahu hukumnya ianya dilarang kerana melakukan kerja seperti ‘membabi buta’. Nasihatnya, buatlah sesuatu perkara itu dengan mengetahui hukum hakam yang jelas.
Jika bertujuan mengikut budaya orang bukan Islam meletak bunga maka ia adalah dilarang.
Apa yang kita hadiahkan kepada si mati seperti doa, sedekah dan lain-lain lagi adalah ‘min babil asbab’ semata-mata mengharapkan rahmat Allah swt.
Justeru, perbuatan menaburkan bunga sebagai menggantikan pelepah dan ranting basah adalah harus. Bagaimanapun, jika bunga itu dibeli dengan harga mahal semata-mata untuk melakukan perbuatan itu, dibimbangi ia akan jatuh kepada haram disebabkan membazir.”
Sumber: Ustaz Azhar Idrus