Konsert Kaleidoscope kembali untuk penganjuran kali kedua, menjanjikan hiburan berkualiti dengan barisan artis terkenal dari industri hiburan tanah air.
Diketuai oleh Naib Juara Big Stage 2022, Danial Chuer, konsert ini akan menampilkan dirinya bersama pelajar tahun akhir dalam bidang Komposisi Muzik di Konservatori Muzik, Kolej Pengajian Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Konsert Kaleidoscope 2.0 bakal berlangsung pada 10 dan 11 Januari 2025, bertempat di Dewan Konsert Seri Budiman, UiTM Shah Alam, bermula jam 8.45 malam.
Menyusuli kejayaan penganjuran Kaleidoscope yang pertama pada awal tahun 2024, Kaleidoscope 2.0 akan mengetengahkan 11 hasil komposisi baharu serta 9 gubahan semula oleh pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Muzik (Komposisi) UiTM.
Ads
Konsert ini juga akan diserikan dengan penampilan artis terkenal seperti Aisha Retno, Elica Paujin, Daniesh Suffian, Sabrina Azman, Luqman Faiz, dan juga pengarah konsert itu sendiri, Danial Chuer.
Selain itu, konsert ini juga melibatkan kerjasama dua organisasi pelajar UiTM iaitu Persatuan Muzik Komposisi dan Persatuan Perniagaan Muzik. Para pelajar dari pelbagai program di UiTM seperti Ijazah Sarjana Muda Seni Muzik Persembahan, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni Muzik, Diploma Muzik serta Diploma Produksi Audio Digital turut mengambil bahagian dalam menjayakan konsert ini.
“Kaleidoscope merupakan satu platform untuk semua pelajar mempelajari, mendalami serta mempamerkan kebolehan dalam bidang komposisi muzik di samping mengembangkan bakat dalam persembahan.
“Proses pembelajaran ini bukan sahaja terhad kepada aspek permainan muzik tetapi juga merangkumi pengurusan serta pengendalian acara. Sebagai seorang yang aktif dalam industri, saya berasa bertanggungjawab untuk memberikan peluang serta pendedahan kepada seluruh pelajar tentang hal-hal berkaitan industri muzik.
Ads
Konsert ini adalah persediaan awal buat pelajar UiTM supaya mereka mampu bersaing serta memenuhi permintaan industri terutamanya dari sektor pekerjaan apabila melangkah ke dunia industri sebenar. Walaupun sumbangan ini kelihatan kecil, saya yakin ilmu dan pengalaman ini dapat membantu pelajar mengaplikasikan apa yang telah mereka pelajari sepanjang berada di UiTM,” kata Danial.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan hasil karya dan gubahan pelajar-pelajar berbakat ini yang bakal mencorakkan masa depan industri muzik tanah air.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mesti korang pernah dengar pepatah Inggeris, ‘If Travelling Was Free, You’d Never See Me Again’. Ramai yang share quotes ni di media sosial, mungkin kerana duit tak berapa nak berkepuk, jadi sekadar nak meluahkan bila makan hati melihat ramai kawan-kawan yang kerjanya asyik pergi holiday saja.
Relaks sis, bro!
Siapa kata nak pergi bercuti kena ada duit beribu-ribu dalam poket? Kalau pandai plan dan ambil peluang ketika promosi flight ticket, nescaya percutian korang tu masih dalam kategori ‘budget rendah’.
Ada yang berangan nak pergi bercuti di Sabah tak? Percaya tak kalau kami kata korang boleh melancong ke Sabah dengan budget bawah RM600?
Tak percaya?
Nah, tengok sendiri itinerary yang dikongsi oleh Shznieza Shmsdn sepanjang mereka berada di Sabah.
Detail perbelanjaan perjalanan
Flight ticket (return)
RM183.67/pax
Sewa kereta untuk 4 hari
RM440/4 (pax: RM110)
Minyak kereta untuk 4 hari
RM90/4 (pax: RM22.50)
Total: RM316.17
Detail perbelanjaan di Kundasang
Pine Resort Hotel Kundasang dari 14-15/9
RM130/4 (pax: RM32.50)
Breakfast Resort Kundasang
RM36/4 (pax: RM8)
Pekan Nabalu
Disini hanya terdapat pasar-pasar tetapi belakang tempat ni ada kawasan yang korang boleh view Gunung Kinabalu. Ini adalah tempat pertama yang korang akan sampai sepanjang lalu ke Kundasang.
National Kinabalu Park
Rm3/pax (tiket ini boleh dipakai untuk hotspring tapi kena pergi pada hari yang sama)
Ramai mengikut trend dengan memiliki kad kredit. Tanpa perlu membawa tunai di poket, hanya hulurkan kad plastik kepada kaunter bayaran, sudah boleh bawa pulang barangan disukai.
Namun statistik menggerunkan sejak lima tahun lalu menunjukkan seramai 64,632 rakyat Malaysia direkodkan muflis membabitkan usia semuda 25 tahun hingga 44 tahun. Malah laporan kajian Pantauan Ekonomi Malaysia pada Disember 2019 yang diterbitkan Bank Dunia menganggarkan 60 peratus golongan millenial daripada keseluruhan individu muflis di Malaysia adalah dari golongan muda, ekoran tabiat berbelanja melebihi pendapatan.
Bagi yang mempunyai hutang kad kredit dengan pihak bank khususnya di kalangan orang muda, jangan sesekali membiarkan menjadi tunggakan atau hutang lapuk kerana jumlah kena bayar nanti tak masuk dek akal.
Seorang peguam Hafidzah Hassan berkongsi cara terbaik berurusan dengan pihak bank mengenai hutang kad kredit ini. Memang baik untuk mereka yang berhutang kerana hutang kad kredit ini memang hutang jahat. Dari jumlah kecil akhirnya bayar jumlah beratus ribu. Jadi lebih tidak berbaloi.
Baca perkongsianya.
Hutang wajib dibayar itu semua orang pun tahu. Tak perlu nak perlekehkan orang yang bertanya tentang kegusaran mereka tentang hutang.
Persoalannya adalah bagaimana nak kendalikan hutang tu. Mari kita lihat salah satu cara untuk selesaikan hutang kredit kad. Tahukah anda hutang 3000 ada yg jadi 100,000?
1.Hutang tu 3000, jangan biarkan. Kalau dah guna paling pun bayar minimum. Bila anda biarkan interest, caj, faedah dan lain lain akan menjadi terlalu tinggi.
2. Jika disaman, jawab saman, dan masukkan persetujuan bayaran. Ia lebih baik daripada membiarkan hutang itu dikenakan faedah berlipat kali ganda.
3. Deal terus dgn bank. Katakan anda dlm situasi terdesak dan hutang itu telah menjadi terlalu banyak. Buat surat. Dua salinan. Satu diakui terima syarikat pinjaman dan anda simpan. Satu lagi untuk salinan mereka. Minta pengurangan untuk bayar harga pokok.
Bank sudah tentu akan meminta anda menambahkan sedikit caj-caj lain-lain. Namun ia akan menjimatkan kos anda dan mendapat diskaun yang berbaloi, senilai hutang yang benar-benar dibuat oleh anda sahaja beserta caj-caj yang munasabah.
4. Bila anda setuju, jangan dengan sengaja tidak membayar seperti yang dipersetujui mengikut masa yang ditetapkan. Hantar surat penyelesaian dalam keadaan anda mampu menyelesaikan hutang seperti yang anda cadangkan dan yang bakal dipersetujui pihak pemberi pinjaman
Jika ada tindakan tertentu dari institusi kewangan yang dibuat secara tidak betul, anda boleh melawan dan mengekalkan hak anda sebagai pengguna sama ada melalui pihak berwajib/ mahkamah. Namun jika ia adalah hutang yang benar-benar terakru dan kecil, penyelesaian adalah jalan terbaik. Jika pihak pemberi pinjaman enggan dan bersikap membuli, terus ke AKPK untuk penstrukturan semula.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bercuti ke pulau merupakan antara aktiviti percutian yang paling popular di kalangan remaja. Apatah lagi di negara kita sendiri terdapat banyak pulau-pulau cantik yang turut diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Dan bila bercakap tentang percutian ke pulau pastinya kita akan terus terbayang dengan pelbagai aktiviti sukan air seperti aktiviti selaman snorkeling, main jet ski dan pelbagai water sport lain.
Itulah merupakan antara aktiviti wajib dilakukan bila kita bercuti ke pulau. Tak sah rasanya kalau pergi ke pulau tanpa melakukan apa-apa aktiviti berkaitan dengan air. Paling tidak pun bermandi-manda di pantai berdekatan dengan hotel.
Untuk menyenangkan dan memberikan keselesaan pastinya pelbagai kelengkapan seperti hajet dan barang keperluan yang lain memmpunyai elemen atau sifat kalis air.
Jadi apakah barang kalis air yang perlu kamu ada? Jom ikuti perkongsian istimewa daripada Remaja kali ini.
Telefon Pintar
Pada masa sekarang sudah banyak jenama pengeluar telefon pintar memperkenalkan produk yang kali air. Sebagai contoh iPhone X yang terbaru mempunyai tahap waterresistant yang baik. Begitu juga dengan beberapa telefon pintar yang lain seperti Samsung S9, Google Pixel 2, LG G6 dan Huawei Mate 10 Pro.
Jam GPS
Selain telefon pintar, jam GPS juga merupakan antara peranti yang sangat penting untuk kamu bawa. Ini terutamanya bagi penggemar aktiviti larian. Dalam keadaan cuaca tropika di mana bila-bila masa sahaja boleh hujan, kamu memerlukan jam GPS yang mempunyai ketahanan air yang baik. Malah, untuk aktiviti sukan air juga kamu tidak perlu membukanya dari tangan.
Beg kering kalis air
Ini yang paling penting sekali. Beg ini memang betul-betul kalis air. Terdapat pelbagai jenis saiz yang boleh kamu dapatkan di pasaran. Bila melakukan aktiviti snorkeling contohnya kamu pasti mahu beg yang boleh menyimpan pelbagai barang peribadi dengan baik dan mengelaknya terkena air.
Kasut kalis air
Ia adalah antara keperluan yang bersifat optional. Jika tidak mahu kaki sentiasa basah, kamu bolehlah dapatkan kasut kalis air. Aktiviti dalam air yang kadangkala mengambil masa yang lama boleh membuatkan jari kaki menjadi kecut. Ia juga boleh elakkan kaki kamu cedera bila melakukan aktiviti di kawasan mempunyai terumbu karang.
Speaker mudah alih
Sambil bergembira mandi-manda boleh layan lagu-lagu favorite menerusi pembesar suara mudah alih ini! Antara produk terbaru yang kini mendapat tempat di hati penggemar aktiviti suka air ialah pembesar suara yang mempunyai connectionblutooth atau Wi-Fi. Terbaru, produk dari Ultimate Ears iaitu Waterboom telah diperkenalkan di Malaysia oleh Hot Gadgets Distribution. Mereka bertindak sebagai wakil jualan tunggal jenama Ultimate Ears di Malaysia.
Pada majlis pengenalan Hot Gadgets Distribution bersama media hari ini di Sunway Lagoon, mereka mengumumkan tiga jenama iaitu Ultimate Ears, Geneva dan A&S dibawakan eksklusif hanya menerusi pihaknya. Sebelum ini, Hot Gadkets turut menjadi pengedar tunggal bagi jenama audio multimedia antarabangsa seperti AKG, JBL dan Harman Kardon.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Platform pencarian Dewi Remaja sememangnya sudah terbukti melahirkan wanita berkeperibadian tinggi dengan semangat serta iltizam untuk berjaya dalam aliran masing-masing.Baik dalam bidang seni hiburan...