Semua tahu, perisa pandan adalah antara perisa yang cukup dekat di hati rakyat Malaysia.
Selagi boleh ditambah rasa pandan ke dalam juadah terutamanya melibatkan kuih-muih tradisional, kita tentu akan melakukannya. Hanya beberapa hari lalu, tular sebentar mengenai perisa pandan yang kononnya ada pada packaging jenama tertentu. Namun sedar-sedar, ia hanyalah roti biasa saja sehingga menimbulkan perkongsian kelakar di media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN : Ramai ‘Terkena’ Dengan Roti Baharu Perisa Pandan, Sekali Beli Rupa-Rupanya.. – REMAJA
Bagaimanapun kali ini berbeza. Pemanis mulut yang ingin REMAJA kongsikan ini benar-benar mempunyai rasa pandan dalamnya!
Khas sempena sambuna Bulan Kemerdekaan dan sambutan Hari Merdeka pada minggu hadapan, Cadbury Malaysia telah memperkenalkan pilihan Cadbury Dairy Milk baharu dalam perisa Pandan Kelapa. Ia menggabungkan keenakan unik coklat susu berkrim kegemaran korang dengan keharuman daun pandan dan kelapa.
Sekali buka kertas pembungkusnya saja, korang sudah dapat menghidu sesuatu yang berlainan pada keluaran coklat Cadbury kali ini.
Tambah menarik, Cadbury Malaysia ingin mengambil semangat perpaduan rakyat Malaysia dengan melancarkan satu inisiatif sempena keluaran Cadbury Dairy Milk Pandan Coconut kali ini. Mereka ingin membantu para pemilik perniagaan kecil terutamanya yang memiliki gerai kuih menerusi kempen #MYCadburyFlavours.
Apa yang rakyat Malaysia perlu lakukan adalah berkongsi gambar gerai kuih atau penjaja kuih kegemaran mereka di media sosial dan meletakkan tanda pagar #MYCadburyFlavours
dan tag-kan @Cadbury_MY. Sertakan sekali pin lokasi atau masukkan nama serta lokasi gerai tersebut ke dalam kapsyen foto.Secara tidak langsung, lebih ramai orang yang akan tahu tentang kewujudan gerai-gerai menarik yang boleh mereka kunjungi.
Apapun, jangan lepaskan peluang untuk mencuba Cadbury Dairy Milk Pandan Coconut ini ya!