Trend selebriti wanita popular berkahwin secara ‘mengejut’ nampaknya diteruskan lagi. Kali ini, tiba giliran penyanyi yang bermula sebagai personaliti berbakat YouTube, Elizabeth Tan.
Biarpun empunya badan masih belum mengesahkan perkara tersebut dan dilihat masih berteka-teki dengan peminat menerusi hantaran Instagram Story pada pagi ini, foto perkahwinan Elizabeth yang mesra dengan panggilan Lizzy telahpun bertebaran di media sosial sehingga menjadi bualan warganet pada pagi ini.
Foto-foto tersebut menyaksikan Lizzy dikahwinkan oleh bapanya, David Tan Suan Chew kepada lelaki pilihan berbangsa Cina yang kini dikenali sebagai Siew Jin.
Ads
Cantik dalam persalinan serba putih minimal, Lizzy dilihat girang dan tidak dapat menyembunyikan rasa gembira yang jelas terpancar pada wajahnya.
Ads
Dakwaan Lizzy telah menamatkan zaman bujang ini turut diperkuatkan oleh beberapa kenalan baik Lizzy seperti seorang pengguna Instagram yang dikenali sebagai @_esthygram_.
Ads
Terdahulu, Lizzy pernah menjayakan gimik berpakaian pengantin demi video klip terbaru berjudul Beku nyanyian bersama Hazama. Ramai yang ‘tertipu’ dengan gimik tersebut dan ia berjaya menjadi topik perbualan ramai warganet.
Apapun, kita nantikan sajalah perkembangan terbaru daripada Lizzy sekiranya benar dia telah berkahwin. Jika ya, congratulations sweetheart! *Berkecai lagi hati lelaki seMalaya.*
Setelah lebih tiga dekad beroperasi di Sri Pentas Bandar Utama, operasi berita rangkaian televisyen Media Prima Berhad bagi saluran TV3, 8TV, TV9 dan Didik TV akan beralih lokasi dan bersiaran sepenuhnya di Balai Berita, Bangsar mulai 21 Oktober ini.
Saluran TV9 semalam membuka tirai Balai Berita Bangsar menerusi program Buletin TV9 yang dikendalikan oleh penyampainya, Fahiz Ariff dan Saree Abdullah dan ia akan diikuti oleh saluran-saluran lain selepas ini.
Sri Pentas sememangnya sudah menjadi sinonim dengan rangkaian televisyen Media Prima Berhad terutamanya bagi penonton generasi Millenial dan Gen Z yang membesar dengan menonton saluran-saluran yang ditawarkan.
Dengan perpindahan membabitkan studio dan sistem peralatan baharu ini, ia akan duduk sebumbung dengan semua platform media The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) yang menempatkan jenama-jenama media di bawah Media Prima seperti Berita Harian, Harian Metro dan New Straits Times.
Jom imbas semula lima fakta menarik mengenai Sri Pentas, Bandar Utama yang begitu signifikan dalam dunia penyiaran tempatan.
01
Sebelum wujudnya Sri Pentas, saluran TV3 mula menerbitkan program berita sendiri pada Januari 1985 bertempat di Jalan Liku, Bangsar di mana Allahyarham Dato’ Mahadzir Dato’ Lokman diberikan kepercayaan untuk menjadi pembaca berita pertamanya. Sebelum tahun 1985, hanya rangkaian Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang menerbitkan berita televisyen di Malaysia.
02
Sri Pentas atau lebih dikenali sebagai ‘The Stage’ dalam kalangan pelopor dunia media dan kewartawanan pada era 90-an dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 22 Oktober 1996. Sejak itu, Sri Pentas mula menjadi markas kepada semua saluran televisyen dan radio Media Prima.
03
Sri Pentas bukan sahaja dipaparkan dalam program berita dan temubual di Media Prima. Banyak sebenarnya pasukan produksi lain termasuklah drama dan filem terbitan Media Prima dan Grand Brilliance yang menggunakan Sri Pentas sebagai set penggambarannya. Kalau korang masih ingat pada tahun 2001, filem Lagi-Lagi Senario pernah menjalani penggambaran di sebuah gerai yang dibina berlatarbelakangkan Sri Pentas. Kini, kawasan gerai itu sudahpun berubah menjadi tempat parkir kenderaan.
04
Sri Pentas juga tidak terkecuali daripada menjadi lokasi ancaman pihak tidak bertanggungjawab. Pada 28 Ogos 2018 kira-kira jam 10.30 malam, Si Pentas terpaksa dikosongkan serta-merta oleh 200 kakitangannya selepas ia menerima panggilan ancaman bom oleh seseorang yang mengaku dirinya sebagai ‘Imam Mahdi’. Unit Pengesan Bom PDRM melaksanakan pemeriksaan selama dua jam dan tidak menemui sebarang alat atau objek mencurigakan.
05
Tarikh 17 Januari 2024 akan tersemat sebagai antara tarikh bersejarah buat Sri Pentas apabila Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli berangkat ke Sri Pentas bagi membaca berita menerusi slot khas Buletin Diraja untuk siaran Buletin Utama pada jam 8 malam itu.
Pasangan diraja berkenaan merakamkan segmen tersebut sewaktu lawatan dilakukan pada jam 10.30 pagi hari yang sama di mana baginda berdua disambut oleh barisan pengurusan kanan Media Prima Berhad, diberikan taklimat mengenai operasi radio, bilik berita dan Media Prima secara amnya.
Siapa sangka, filem yang kita semua pernah tonton di pawagam akan memenangi anugerah perfileman paling berprestij.
Filem bercorak adiwira atau superhero sering dipandang rendah malah dianak tirikan apabila tiba musim anugerah. Besar kemungkinan, pengkritik filem merasakan filem seperti ini tidak ‘deep enough’, tidak mempunyai inti pati yang boleh memberikan nilai moral atau tidak mempunyai mesej.
Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, filem superhero-lah yang menguasai carta ranking oleh Rotten Movies dan ImBD. Black Panther contohnya adalah antara filem yang paling dinanti-nantikan kerana 1) It is about time this film comes out, dan 2) Ia mempunyai nilai yang lengkap – dari segi jalan penceritaan, pelakon, sinematografi dan sebagainya.
Kecuali mendiang Heath Ledger yang memenangi anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Oscars menerusi Batman: The Dark Knight, jarang kita lihat filem superhero memenangi Oscars. Namun, mungkin itu akan berubah pada tahun hadapan.
Marvel Studios khabarnya telah mendaftarkan beberapa buah filemnya untuk bertanding bagi kategori Efek Visual, seperti Ant-Man and the Wasp, Aquaman, Avengers: Infinity War dan Black Panther.
Filem-filem tersebut juga akan bersaing dengan filem keluaran Warner’s Bros iaitu Fantastic Beasts: The Crimes of Gridelwald dan The Nutcracker and the Four Realms.
Kita hanya akan mengetahui 10 filem yang akan meloloskan diri untuk nominasi final pada akhir Disember ini.
Black Panther juga dikatakan mampu bertanding untuk kategori Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik.
Hhm, apa pendapat korang?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ya, kafe Starbucks Malaysia sememangnya terkenal dengan pelbagai jenis merchandise yang dijual di raknya.
Setiap satu mempunyai rekaan unik dan fungsi berbeza seperti cawan, botol air, cawan tinggi dan paket serbuk minuman.
Terbaru, Starbucks Malaysia telah memperkenalkan satu lagi merchandise baru untuk korang kumpul. Better yet, ia sesuai dihadiahkan kepada kawan yang suka membawa bekal pada setiap hari.
Ia adalah set sudu, garfu dan penyepit besi tahan karat (stainless steel) yang disimpan di dalam pouch linen.
Serius comel!
Menariknya ia tidak boleh dibeli begitu saja. Korang perlu berbelanja di Starbucks sebanyak RM80 dalam satu resit untuk memperolehinya. Pembelian RM80 itu bagaimanapun tidak sah dengan diskaun atau promosi lain.
***
Dalam pada itu, semalam Starbucks Malaysia juga merasmikan 3 jenis minuman baru bermula 26 Mac ini. Ia adalah bersempena kempen Springtime Favourites. Iyalah, satu duniakan sedang bersiap sedia untuk menyambut musim bunga.
Cuba jawab kuiz di bawah untuk mengetahui minuman jenis apa yang bersesuaian dengan selera korang.
Jom cuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...