Dengan hasrat untuk membawa pulang satu pingat emas dan satu pingat perak, skuad sukan tarian Malaysia memulakan perjuangan mereka di Phnom Penh, Kemboja.
Harapan tersebut terserah kepada kelibat tiga orang penari breakdance dari Malaysia.
Salah seorangnya ialah Lego Sam atau nama sebenarnya, Sam Jee Lek yang pernah memenangi pingat emas di Filipina pada edisi 2019 sewaktu kategori breakdance mula dipertandingkan.
Dua lagi peserta lain termasuklah pakar B-boy, Khenobu atau Mohammad Faridh Mohd Yasin dan pakar B-girl, Chong Yan Lin yang berada di ranking pertama di Asia Tenggara.
ARTIKEL BERKAITAN: “Harap Kerajaan Support Budak B-Boys Lepas Ini” – Pemenang Pingat Emas Sukan SEA – REMAJA
Menerusi sesi Instagram Live baru-baru ini, Khenobu berkata dirinya telah bertolak ke Kemboja pada 14 Mei lalu dan hanya akan bertanding bermula 16 Mei esok.
Kategori breakdance menurutnya akan bermula dengan pusingan ‘group battle’ sebelum mereka disenarai pendekkan lagi untuk pusingan seterusnya.
“Saya memang ready (untuk bertanding). Hari itu baru sahaja habis battle dan sekarang (sewaktu sesi live) tengah rest sekejap.
“Untuk pengetahuan, daripada para peserta yang akan bertanding nanti, hanya saya dan Lego Sam yang berada dalam kedudukan 100 terbaik untuk senarai Top 100 Breaking For Goals.
“Jadi, misi saya di Kemboja kali ini bukan hanya untuk membawa pulang pingat emas tetapi juga untuk push kedudukan saya ke sekurang-kurangnya tangga ke 48 terbaik demi melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024,” katanya.
Tambah Khenobu lagi, dia dan wakil Malaysia yang lain akan cuba melakukannya yang terbaik untuk negara.
“Saya yakin kita akan memdapat pingat di sana kerana kami telah berusaha keras untuk momen ini.”
Untuk pengetahuan korang, sukan tarian telahpun mula dipertandingkan sejak Sukan SEA edisi 2019. Namun sewaktu edisi 2021 di Filipina, penganjur telah menggugurkan kategori ‘breakdance’ dan hanya mempertandingkan kategori ‘Standard’ dan ‘Latin America’.
Manakala, Sukan Olimpik Paris 2024 pula bakal menjadi edisi sulung Olimpik yang akan menawarkan pingat bagi sukan tarian.
ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Dibenarkan Sertai Acara Renang Artistik Di Olimpik 2024, Sokong Peluang Sama Rata – REMAJA
All the best korang!