Negeri Johor menjadi medan ‘uji kaji’ untuk mengenal pasti isi hati remaja berusia 18 tahun hingga 20 tahun apabila buat kali pertamanya, mereka layak untuk mengundi dalam Pilihan Raya.
Daripada keseluruhan bilangan pengundi Johor seramai 2,597,742 orang, golangan muda itu mewakili 173,177 orang ataupun 6.67 peratus daripada jumlah keseluruhan. Itu bermaksud, apa jua keputusan mereka untuk memilih parti serta calon yang mana satu akan membawa impak bermakna apabila keputusan penuh diumumkan pada malam ini.
Setakat jam 4.00 petang tadi, media dimaklumkan bahawa hanya 50 peratus sahaja jumlah pengundi yang keluar ke pusat mengundi.
Adakah ini bermakna golongan muda yang menetap di negeri luar Johor tidak pulang ke kampung halaman untuk mengundi? Ataupun sememangnya rakyat Johor masih bimbang dengan penularan COVID-19 lalu tidak yakin untuk keluar mengundi pada hari ini?
Bak kata Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad, mereka mendapati ramai pengundi dewasa yang tidak keluar mungkin atas sebab bimbang COVID-19.
Ads
Laporan statistik pengundi yang dijangka dikeluarkan tidak lama lagi akan menjawab persoalan tersebut.
Satu perkara yang REMAJA ingin tekankan adalah mengenai keinginan pengundi muda berusia 18 hingga 20 tahun pada kali ini. Ramai yang pernah menentang mengenai kelayakan seseorang sebegitu muda dalam Pilihan Raya di Malaysia. Bagaimanapun, suara rakyat seharusnya didengari bukan saja daripada golongan dewasa tetapi juga anak muda seperti mereka ini. Mereka juga berkepentingan; apatah lagi inilah harapan masa hadapan negeri Johor (dalam kes Pilihan Raya Negeri kali ini) dalam tempoh beberapa tahun dari sekarang.
Lagipun, setiap undi kan berharga kepada parti yang bertanding, ia boleh membezakan nasib calon pada malam ini.
Ads
Menurut kajian lapangan oleh Jabatan Sosiobudaya, Akademi Pengajian Melayu dari Universiti Malaya di 12 Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang dilakukan bersama dengan Astro Awani, ia mendapati bahawa Barisan Nasional (BN) telah mendapat sokongan tertinggi golongan itu.
Dengan peratusan sokongan 49.9 peratus, ia jauh meninggalkan parti MUDA yang mendapat sokongan 5.9 peratus walaupun MUDA sepatutnya rapat dengan hati anak muda itu sendiri.
Foto Hiasan : Facebook MUDA
Lain-lain parti bertanding memperolehi sokongan seperti berikut: 17.2 peratus untuk Perikatan Nasional manakala Pakatan Harapan pula hanya sebanyak 12.2 peratus.
Ads
Adakah kajian yang dilakukan ini tepat? Sama-samalah kita nanti keputusan penuh Pilihan Raya Negeri Johor pada malam ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Fenomena El Nino yang diramal berterusan sehingga Mei bukan setakat mengakibatkan gangguan bekalan air dan memberi kesan kepada industri penanaman.
Malah, fenomena yang menyebabkan suhu harian di kebanyakan tempat melebihi 35 darjah Celsius itu juga secara tidak langsung memberi kesan terhadap kesihatan manusia, terutama mudah mendapat strok haba.
Public Health Malaysia (PHM) menerusi hantaran di Facebook miliknya memaklumkan, terdapat beberapa tanda boleh dikesan sekiranya diserang strok haba antaranya muka merah, sakit kepala, tangan sejuk, pening dan muntah.
Tulisnya, tanda-tanda berkenaan perlu dicegah berikutan ia boleh mendatangkan bahaya kepada nyawa seseorang.
Selain itu, PHM turut mengingatkan orang ramai untuk sentiasa terhidrat, elak tinggal anak di kenderaan, berpakaian terang, ringan dan longgar, bermain di tempat teduh dan kekal di rumah.
Oleh itu, orang ramai diingatkan supaya sentiasa terhidrat dengan minum air dengan secukupnya bagi mengelakkan situasi tersebut berlaku.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Facebook Public Health Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Satu perkembangan positif dan mungkin sedikit mengejutkan bagi ramai orang apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa rakyat Malaysia mungkin sekali dibenarkan ke luar negara bagi tujuan melancong seawal Disember 2021!
Kenyataan tersebut dipetik daripada temuramah yang dilakukan beliau bersama akhbar Mingguan Malaysia hari ini apabila beliau menyentuh mengenai kelebihan yang akan dirasakan oleh rakyat Malaysia sebagai saja kadar vaksinasi menyeluruh bagi orang dewasa telah melebihi paras 90 peratus.
“Ya Disember. Mungkin juga lebih awal.”
Kakitangan di KLIA & KLIA 2 sudah bersedia untuk memberikan servis semula kepada pelancong yang akan menaiki penerbangan antarabangsa! Sumber Foto Hiasan : Facebook Malaysia Airports
“Kita juga akan membuka sempadan negeri untuk membolehkan orang ramai merentasnya. Perjalanan ke negara lain juga akan dibenarkan sebaik saja kita mencecah kadar vaksinasi sebanyak 90 peratus,” ulasnya apabila ditanya oleh rakan media.
Terdahulu pada 22 September, Perdana Menteri pernah mengumumkan keputusan kerajaan untuk membenarkan aktiviti rentas negeri dan aktiviti berkaitan industri pelancongan apabila 90 peratus warga dewasa tempatan cukup menerima suntikan vaksinasi COVID-10.
Akibat kurangnya penggunaan ruang lapangan terbang, KLIA telah ditukar sebagai Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) sementara bagi kakitangannya. Sumber Foto Hiasan : Facebook Malaysia Airports
Buat masa sekarang, mengikut laporan Kementeri Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 87.2 peratus warga dewasa Malaysia telah selamat divaksinasi sepenuhnya manakala sebanyak 94.3 peratus warga dewasa telah sekurang-kurangnya menerima satu suntikan dos.
Ini bermakna, hampir 63 peratus rakyat Malaysia secara menyeluruh tanpa mengira usia telah selamat divaksinasi sepenuhnya manakala jumlah rakyat yang telah menerima satu suntikan dos pula adalah sekitar 73 peratus.
Berkaitan dengan prosedur yang diletakkan sebagai syarat-syarat boleh ke luar negara bagi tujuan melancong pula, beliau tidak memberikan kenyataan sepenuhnya. Namun kongsi Perdana Menteri, rakyat tidak lagi perlu mendaftarkan diri untuk MyTravelPass bagi meninggalkan negara seperti yang pernah diminta dahulu. Cuma, syarat-syarat yang memerlukan mereka kuarantin sebaik pulang ke tanah air masih dikekalkan.
Wah, korang dah boleh rancang lah nak melancong ke mana bermula sekarang. Cuba kongsikan negara mana yang akan menjadi pilihan?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Musim-musim hujan ini mesti perut asyik lapar memanjang. Setiap saat rasa macam mulut nak mengunyah je walaupun dah makan nasi.
Hmm..apa kata kita try resepi baru mengunakan jagung iaitu cucur jagung.
Resepi ini dikongsikan oleh Ana Mariana Ismail, mesti sekali makan terus nak lagi!
RESIPI CUCUR JAGUNG
Bahan-bahannya :-
Jagung
Tepung Gandum (agak-agak dengan bahan lain)
Bawang besar
Udang (nak guna ikan bilis pun boleh)
serbuk kunyit
Garam
Gula
Serbuk ikan bilis (sikit je)
Cili kisar (nak guna cili kering tumbuk kasar pun boleh)
Telur sebiji
Air
Cara-caranya :-
Kupas bersih jagung, dan hiris isinya. Masukkan ke dalam bekas.
2. Dalam bekas isi jagung tadi, campurkan semua bahan sekali kecuali air. Kacau sebati.
3. Masukkan air sikit-sikit, agak-agak bancuh adunan jangan terlalu pekat atau cair. Kiranya sampai senang kita nak jemput guna tangan.
4. Dah siap, panaskan minyak masak dan mula menggoreng. Guna api sederhana sahaja, biar sampai agak garig baru alihkan bahagian bawah pula.
Dah garing, boleh diangkat. Jangan lupa cuba resipi ni!
Selamat mencuba dan menjamu selera.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perkhabaran yang menggemparkan dua pertandingan ratu cantik terbesar dunia, Miss Universe dan Miss World baru-baru ini melibatkan jelitawan dari Thailand, Opal Suchata Chuangsri nyata...