Perkhabaran kemangkatan Ratu United Kingdom, Duli Yang Maha Mulia Ratu Elizabeth II pada hari ini bukan saja merupakan berita dukacita buat rakyat di sana. Malah, di Malaysia yang merupakan ahli negara Komanwel juga, masyarakat di sini turut bersedih apabila mendapat tahu mengenainya.
ARTIKEL BERKAITAN : London Bridge Has Fallen Down, Pewaris Ratu Elizabeth Gegas Ke Scotland – REMAJA
Sepanjang hayatnya selama 96 tahun, baginda pernah berkunjung ke Malaysia sebanyak tiga kali.
Kunjungan sulung baginda ke sini adalah pada dari 22 hingga 8 Mac 1972 sewaktu zaman pemerintahan Sultan Perak merangkap Yang di-Pertua Agong pada waktu itu, Al-Sultan Al-Mu’tassimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah; yang juga merupakan pemerintah kedua daripada kalangan monarki paling lama memerintah di dunia selepas Ratu Elizabeth II.
Pada waktu itu, baginda telah melawat ke Istana Negara dan juga melakukan pelbagai jenis aktiviti termasuklah menoreh getah.
17 tahun kemudian, baginda sekali lagi telah ke Malaysia pada 14 hingga 17 Oktover 1989 bersempena Mesyuarat Ketua Negara Komanwel yang ke-11. Pada waktu itu, Malaysia diketuai oleh Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah yang juga merupakan Sultan Perak.
Pada waktu itu, baginda telahpun menyarungkan gaun serba putih dalam sebuah majlis makan bersantap di Istana Negara bersama raja-raja Melayu dan Putera Philip. Pada kesempatan itu juga, baginda telah melawat ke Masjid negeri Selangor, Masjid Sultan Salahuddn Abdul Aziz Shah di Shah Alam yang baru dibuka kepada orang ramai setahun sebelumnya.
Menariknya pada waktu itu, baginda telah memilih busana fabrik songket labuh berserta sarung tangan hitam sebagai tanda menghormati pusat beribadah.
Kali terakhir Ratu Elizabeth II ke Malaysia adalah sempena temasya Sukan Komanwel ke-16 atau SUKOM 98 di Kuala Lumpur. Siapa boleh lupakan ketibaan baginda di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam persalinan serba merah pada acara penutup.
Di sana, baginda telah memberikan ucapan sekaligus menutup temasya dengan memalu gong gergasi sebagai tanda simbolik.
Terdahulu, Ratu Elizabeth II telah menyerahkan baton Sukan Komanwel berbentuk gobek (sejenis alat menumbuk buah pinang yang selalu didapati di rumah kampung Melayu) dan bunga raya di Istana Buckingham di London kira-kira lima bulan sebelum temasya berlangsung.
Sewaktu berada di Kuala Lumpur pada tahun 1998 juga, baginda sempat dibawa melawat ke Suria KLCC dan menaiki tren pengangkutan awam, LRT.
*
Menerusi hantaran di media sosial, akaun Istana Negara mewakili Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Seri Paduka Baginda The Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj telah merakamkan ucapan takziah kepada keluarga diraja Britain di atas kemangkatan Ratu Elizabeth II.
Pada 13 Disember 2019, pasangan diraja Malaysia tersebut telahpun menghadiri majis santapan tengah hari bersama Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham sambil disambut oleh Putera Edward.
BACA LAGI : London Bridge Is Down, Pewaris Ratu Elizabeth II Gegas Ke Scotland Selepas Baginda Mangkat – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.