Kamera Berjaya Tangkap Reaksi Billie Eilish & Lizzo Harapkan Penyanyi Lain Menang Grammys!

Share

Anugerah Grammys yang berlangsung semalam masih menjadi topik perbualan sedunia.

 

Ia merupakan malam kemenangan bermakna untuk penghibur perempuan apabila 2 daripada pemenang utama di anugerah Grammys tahun ini ialah perempuan.

Billie Eilish dan Lizzo masing-masing ‘menang besar’ dalam kategori utama.

Billie terutamanya mencipta sejarah apabila membolot 4 kategori utama Grammys seperti Artis Baru Terbaik, Album Tahunan Terbaik, Lagu Tahunan Terbaik dan Rekod Tahunan Terbaik.

ARTIKEL BERKAITAN: Billie Eilish Kalahkan Taylor Swift, Ini 5 Fakta Tentang Remaja 18 Tahun Ini

Lizzo juga membanggakan peminatnya apabila memenangi kategori Persembahan Pop Solo Terbaik menerusi lagu popular Truth Hurts, Album Urban Kontemporari terbaik dan Persembahan R&B Tradisional.

Menariknya, kamera yang merakamkan anugerah Grammys semalam berjaya ‘menangkap’ reaksi #GirlPower oleh Billie dan Lizzo sewaktu pemenang kategori masing-masing diumumkan.

Dalam klip di bawah, korang boleh membaca bibir Billie yang berkata, “Please don’t be me, please don’t be me.” (“Janganlah biar saya menang, janganlah biar saya menang.”)

 

Billie jelas mengharapkan kemenangan kategori Album Tahunan Terbaik itu berpihak kepada Ariana Grande semasa memberikan ucapan.

 

“Saya rasakan Ariana layak untuk memperoleh kemenangan ini. Thank You, Next banyak membantu saya semasa susah hati dan saya rasa ia (album) layak.”

Netizen pantas melihat momen itu sebagai momen yang cukup bermakna untuk calon-calon wanita kerana mereka saling menyokong karier muzik masing-masing.

*
Lizzo turut ‘ditangkap’ oleh kamera apabila dia mengharapkan Beyonce untuk membawa pulang kategori Persembahan Pop Solo Terbaik.

“Beyonce..Beyonce..Beyonce..”

Kebetulan, Lizzo dan Beyonce berasal dari Houston Texas.

#GirlPower!


.

Published by
FZ