Minggu lalu, satu ciapan daripada peminat laman penstriman atas talian, Netflix telahpun mengutarakan satu persoalan yang mungkin tidak terlalu difikirkan oleh pengguna Twitter lain selama ini.
Pengguna yang dikenali menerusi akaun @twt_bajet itu telah bertanyakan satu “soalan serius” dan ia berbunyi, “Kenapa Netflix negara lain boleh guna bahasa mereka tapi Netflix Malaysia masih dalam Bahasa Inggeris?”
Sebenarnya saya ada soalan serius.
Kenapa Netflix negara lain boleh guna bahasa mereka tapi @NetflixMY masih dengan bahasa inggeris?
Pengguna tersebut juga merujuk kepada beberapa akaun Twitter Netflix di seluruh benua Asia. Negara-negara seperti Jepun, Thailand dan Indonesia masing-masing jelas menggunakan bahasa kebangsaan negara masing-masing dalam status di bahagian bio.
Jadi mengapa Netflix Malaysia tidak boleh mengambil pendekatan yang sama?
Nampak macam perkara kecil je kan. Tapi ada benarnya pertanyaan tersebut. Mengapa tidak akaun kendalian Malaysia sendiri melakukan perkara yang sama untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Rata-rata warganet Netflix Malaysia menggunakan Bahasa Inggeris disebabkan oleh demografi penontonnya yang berasal dari kawasan bandar. Lalu, Bahasa Inggeris itu dilihat sebagai bahasa yang lebih dekat dengan penggunaan majoriti penonton di laman penstriman itu. Cuma rasanya, kita semua faham je maksud sama yang ingin disampaikan oleh Netflix sekiranya ia ditulis dalam bahasa kebangsaan.
Ads
Disebabkan itulah, inisiatif Netflix Malaysia untuk mula memuat naik ciapan dalam Bahasa Melayu bermula semalam diterma baik oleh pengikut akaun.
Menerusi ruangan bio Twitter mereka, tercatat status ‘Netflix, tapi rojak’ yang menandakan bahawa mereka kini akan mula memuat naik lebih banyak ciapan menggunakan Bahasa Melayu.
Tambah pentadbir akaun tersebut lagi, “Hi semua, kami mendengar anda. Niat kami semestinya untuk mencetuskan kegembiraan kepada semua – sama ada anda peminat Eleven ataupun Sebelas. (merujuk kepada karakter dalam siri Stranger Things).
“Mulai hari ini, kami akan menciap lagi kerap dalam Bahasa Malaysia. Jika anda lebih suka Bahasa Inggeris, jangan risau kami tetap adakan ciapan untuk anda juga,” catat mereka pada petang kelmarin.
Ads
Berikut merupakan beberapa lagi ciapan dalaa Bahasa Melayu oleh mereka.
*
*
Ads
Perkembangan ini diterima baik oleh pengikut akaun Twitter Netflix yang meluahkan rasa gembira. Dan ramai je yang memahami mesej yang ingin disampaikan menerusi ciapan-ciapan yang telah dimuat naik sepanjang dua hari ini.
Jangan risau , Bahasa Inggeris tidak dilupakan oleh mereka 100 peratus.
Remaja pun memahami ada ciapan yang lebih ‘sampai’ maksudnya dalam Bahasa Inggeris.
Apa yang penting, kesemua pengikut mereka di Twiitter berbangga dan gembira dengan perkembangan bahasa perantaraan ini.
Bukan mudah untuk seseorang maintain mendapatkan bentuk tubuh badan dan berat badan idaman.
Ramai berusaha diet dan berjaya melakukannya kerana kesungguhan ketika diet. Namun timbul persoalan, seberapa cepat berat badan kembali naik selepas sukses diet?
Bagi korang yang berjaya mencapai tahap berat badan, tentu ramai tertanya-tanya mengenai hal inikan. Sudahlah menurunkan berat badan itu susah tapi sebenarnya lagi susah untuk maintainkannya. Jadi jom kita ikut 15 peraturan Kendall Jenner ni.
Kendall makan banyak sayur dan nasi
Kendall menyukai ayam panggang dan nasi. Pilihannya adalah ayam tanpa lemak dan beras perang, sayur-sayuran pula sama ada yang mentah seperti salad dimakan bersama dip dan hummus.
Minum teh detoks setiap hari
Kendall bukan penggemar kopi tapi teh detoks adalah pilihannya. Kendall mulakan hari dengan secawan teh detoks (jenama Kusmi), kadangkala sampai 12 cawan sehari.
Suka frozen yogurt
“Saya obses dengan frozen yogurt. Saya boleh makannya setiap hari, tetapi saya tetapkan dua kali seminggu saja. Saya biasanya beli frozen yogurt perisa tart dari Go Greek.
Sarapan Kendall adalah avocado dan telur
Trainer Kendall memberitahu sarapan model VS biasanya terdiri daripada avocado dan telur, dan juga semangkuk besar oatmeal. Kemudian mengunyah badam dan minum jus sepanjang hari.
Sukakan pasta
Kendall jarang masak tetapi keistimewaannya resepi pasta yang serba ringkas tapi mengenyangkan. Ia terdiri daripada fettuccine, kacang peas, bawang putih dan parmesan parut – Kendall boleh makan setiap hari.
Jangan Makan Buah Selepas Makan
Makan buah sebelum makan makanan berat adalah lebih baik kerana dapat membantu mengurangkan berat badan dan membuat anda rasa lebih kenyang.
Cheat Day
Sama seperti wanita lain, bila tiba cheat day, Kendall banyak makan pizza dan ayam goreng serta makanan ringan seperti In-N-Out atau McDonalds.
Minum Air Yang Cukup
Minum air yang cukup setiap hari adalah penting bagi kelancaran sistem badan berfungsi. Setiap orang memerlukan air berbeza mengikut faktor berat badan, fizikal, aktiviti dan lain-lain. Secara umum, bagi orang dewasa memerlukan 8 gelas air atau 2-3 liter sehari.
Berlari
Tentulah dia juga mengamalkan senaman juga, berlari dan ab-workout merupakan rutin kegemaran Kendall.
Ini tip lengkap dari si supermodel ini.
Tapi, perkara paling menarik mengenai pelan diet Kendall Jenner adalah dia tidak obses untuk melihat perubahan berat badannya di atas penimbang skala. Jika tidak dia akan merasa stres.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi terkenal antarabangsa, Rihanna memilih pentas Superbowl Halftime Show 2023 untuk mengumumkan mengenai kehamilan cahaya mata keduanya yang kini menjadi bualan hangat di seluruh platform media sosial.
Kembali tampil dalam persembahan berskala besar setelah kali terakhir beraksi pada 2016, Rihanna bagaimanapun, tidak ‘memberitahu’ kepada umum secara terperinci mengenai perkara itu.
Ramai dalam kalangan peminat hanya meneka tentang kehamilannya menerusi busana yang dipakai penyanyi tersebut yang menampakkan bentuk perutnya seakan kelihatan ‘baby bump’.
Hanya setelah persembahan selesai, wakil publisiti Rihanna, tampil mengesahkan penyanyi lagu popular Pour It Up itu sedang hamil bayi kedua tanpa menyatakan usia kandungannya.
Menerusi makluman itu, penonton memuji bintang terkemuka tersebut yang kelihatan begitu energetik ketika membuat persembahan selama seiam di pentas Superbowl.
Sementara itu, persembahan di Superbowl itu menyaksikan Rihanna membawakan lagu hits seperti Where Have You Been, Only Girl (In the World), We Found Love, Rude Boy, Work, Wild Thoughts, Pour It Up, All of the Lights, Run This Town dan Umbrella.
Sebelum ini, pentas Superbowl Half Time Show pernah dimeriahkan dengan persembahan artis antaranya Michael Jackson, Prince, The Rolling Stones, Lady Gaga, Bruno Mars, Beyonce, Jennifer Lopez, Shakira, Eminem, Dr Dre, Snoop Dog dan Madonna.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Itulah serangkap lirik lagu Apa Khabar nyanyian Joe Flizzow yang dapat digambarkan buat penyanyi popular yang juga anggota kumpulan K-Pop BigBang, T.O.P pada masa ini, apabila bakal menyertai perjalanan ke angkasa lepas pada tahun hadapan bersama SpaceX, syarikat aeroangkasa milik individu kedua terkaya dunia, Elon Musk.
Menerusi satu perkongsian di Instagram dearMoon, T.O.P menzahirkan keterujaannya apabila dipilih menjadi salah seorang penumpang bertuah.
“Sebagai seorang artis Korea, saya berharap projek dearMoon akan memberi inspirasi kepada dunia. Saya mahu memberi harapan kepada orang ramai dan membuat mereka yang mempunyai impian berfikir bahawa tiada apa yang mustahil.”
“Saya amat berbesar hati kerana dapat menjadi sebahagian daripada projek dearMoon. Saya sentiasa berfantasi mengenai angkasa lepas dan bulan sejak kecil lagi.
“Apabila dimaklumkan saya terpilih sebaga salah seorang kru, saya amat teruja. Saya mahu kembali ke Bumi sebagai artis dengan inspirasi baharu. Saya tidak takut untuk mengembara ke bulan dan tidak gentar dengan pengalaman baharu ini,” katanya.
Selain itu, perjalanan ke angkasa lepas berkenaan merupakan sebahagian daripada dearMoon iaitu projek pelancongan angkasa lepas dan seni yang dirancang oleh Yusaku Maezawa, bilionair serta pengasas pusat beli-belah atas talian terbesar Jepun, ZozoTown.
Starship yang dibina oleh SpaceX dilaporkan bakal melakukan perjalanan mengelilingi bulan selama enam hari sebelum kembali ke Bumi. Bagaimanapun belum ada pengumuman bilakah projek dearMoon ini bakal dilaksanakan memandangkan prototaip Starship yang dibangunkan oleh SpaceX untuk menerokai bulan dan planet Marikh mash belum berjaya terbang ke orbit.
Selain T.O.P, tujuh lagi artis yang tersenarai adalah penerbit dan DJ terkenal Amerika Steve Aoki, personaliti YouTube Tim Todd, pereka tari Czechia Yemi Ad, jurufoto Ireland Rhiannon Adam, jurufoto Britain Karim Ilya, pembikin filem Amerika Brendan Hall serta aktres India Dev Joshi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sepasang sudah anak Song Joong Ki pasangannya Katy Louise Saunders.Katy Louise Saunders selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah pusat perubatan di Rom, Itali...