“Diharap selepas ini, tiada lagu anugerah akan diberikan kepada kami kerana kami masih baru dan tidak layak untuk menerimanya..”
Siapa sangka, itu adalah di antara mesej terakhir yang diberikan oleh Pavithra sebelum dia dan suami memadamkan kesemua video masakan mereka daripada akaun YouTube terkenal, Sugu Pavithra.
Well, allegedly.
Tiada siapa yang tahu apa yang berlaku ke atas akaun YouTube tersebut.
Apa yang kita tahu, kesemua 98 buah video masakan, reviu, ucapan dan segalanya yang pernah dimuat naik oleh mereka berdua sebelum ini telah hilang pada malam ini.
“This Channel Doesn’t Have Any Content”
Netizen mula membuat spekulasi kononnya Pavithra dan suaminya, Sugu enggan lagi terbabit dalam ‘dunia glamor’ dan enggan dibuai dengan populariti setelah isu yang melanda pasangan tersebut pada mnggu ini.
Untuk pengetahaun, Sugu telah didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh atas tuduhan mencederakan isterinya di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Selasa lepas.
ARTIKEL BERKAITAN: Pulak Dah..Sugu Didakwa Ada Senjata Sabit?
Sugu turut didakwa memiliki senjata berbahaya iaitu sabit yang kononnya digunakan untuk mendatangkan kecederaan. Kesemua pertuduhan ini tidak diakui oleh Sugu di hadapan Hakim.
Lantas, ramai merasakan bahawa Pavithra dan suaminya memutuskan untuk tidak lagi berada di bawah spotlight dan hanya ingin menumpukan perhatian kepada keluarga mereka. Tambahan pula apabila rakan media di Sinar Harian melaporkan bahawa Pavithra kononnya berpendapat bahawa tumpuan yang diberikan oleh pihak media kepada adalahh antara faktor yang mencetuskan kehidupan mereka sekeluarga bergolak.
Sebelum pasangan itu dianugerahkan dengan gelaran Ikon Bandaraya Ipoh oleh Datuk Bandar (yang mencetuskan perbalahan di antara mereka berdua), Sugu Pavithra terlebih dahulu telah menerima pengiktirafan oleh pihak YouTube atas populariti dan kadar tontonan memberansangkan di saluran YouTube mereka.
Ini adalah di antara reaksi netizen terhadap tindakan Sugu Pavithra tersebut:
Korang rasa, adakah Sugu Pavithra sengaja memadamkan semua video mereka?
Kami berharap yang video-video itu tidak dipadamkan terus oleh mereka, sebaliknya hanya di-‘hide’ untuk seketika waktu demi mententeramkan kembali hubungan keluarga mereka.
Sebelum ini, tindakan memadam dan meninggalkan media sosial pernah dilakukan oleh Raja Permaisuri Agong Malaysia sendiri setelah netizen semakin tidak beradab dengan komen-komen mereka di Twitter.
Netizen Sedih & Terkejut Tuanku Permaisuri Agong ‘Hilang’, Sebab Ada Perangai Busuk Hati