Bukankah sudah dimaklumkan oleh pihak pawagam setiap kali sebelum mana-mana filem ditayangkan, JANGAN RAKAM.
Namun begitulah tebalnya sifat ‘ignorant’ yang ada pada diri sesetengah individu.
Kali ini, pempengaruh terkenal Ameera Khan yang juga merupakan adik kepada selebriti, Noor Neelofa telah menjadi mangsa cercaan warganet setelah gadis berusia 20 tahun itu ‘terkantoi’ merakamkan babak filem House of Gucci yang baru mula ditayangkan di pawagam; lalu memuat naik klip tersebut di akaun media sosialnya.
Dalam keterujaan untuk menonton filem yang diminati, tangan pula gatal untuk merakam sesetengah babak filem tersebut.
Perbuatan ini sekaligus membuatkan ramai warganet bengang.
Bukan saja filem tersebut belum lagi ditayangkan secara rasmi di pawagam seluruh negara (pada waktu Ameera dijemput untuk menontonnya).
Sifat ‘ignorant’ atau tidak ambil peduli seperti ini juga adalah punca mengapa pihak pawagam terpaksa bertindak lebih tegas terhadap rakan media serta selebriti lain. Untuk pengetahuan korang, satu prosedur baharu yang dipraktikkan sekarang sewaktu rakan media dijemput untuk menonton tayangan perdana filem akan datang adalah untuk mneyerahkan telefon bimbit kepasa staf pawagam atau penganjur sebelum kami dibenarkan masuk ke pawagam.
Biarpun rakan media memahami relevan di sebalik prosedur ini agar tiada sesiapa merakam babak filem, ia sedikit sebanyak ‘meragut’ peluang kami untuk menerima sebarang talian kecemasan sewaktu berada di tempat duduk pawagam.
ARTIKEL BERKAITAN : House Of Gucci Bongkar Kisah Golongan Sosialit Pereka Fesyen Terkenal Antarabangsa – REMAJA
Anyway..
Menerusi hantaran oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Arsya Ridzuan, dia membuat aduan terbuka menerusi ciapan dan mempersoalkan sama ada pawagam Golden Screen Cinema (GSC) akan membenarkan perbuatan ini dilakukan.
“Hi @GSCinemas, mengapa (tingkah laku) ini dibenarkan di pawagam anda? Dan, mengapa perbuatan ini masih dilakukan? 2022,” catatnya yang tidak memahami mengapa masih wujud mindset penonton sedemikian walaupun kes seperti ini telah berulang kali ditularkan.
Nampaknya, pihak GSC tidak terus berdiam diri dan membalas semula dengan menulis, “Melakukan rakaman kandungan filem adalah dilarang sekeras-kerasnya. Kami mengambil serius mengenai insiden ini dan telah menghubungi serta melaporkannya kepada pemilik untuk tindakan lanjut. Terima kasih kerana memberi pencerahan!”
Wakil GSC turut menambah bahawa pihak pengedar filem House of Gucci iaitu United International Pictures telah sedia maklum mengenai perkara ini untuk sebarang tindakan lanjut daripada pihak mereka.
Bukan niat sesiapa untuk menjatuhkan kecaman terhadap Ameera saja. Kami pasti, ramai lagi penonton yang pernah merakamkan babak filem di pawagam sebelum memuat naiknya ke media sosial.
Namun Ameera (dan selebriti lain) harus sedar bahawa mereka membawa imej yang dijadikan ikutan ramai orang terutamanya dalam kalangan remaja. Sekiranya Ameera terlepas daripada sebarang tindakan hanya kerana popularitinya, nescaya lebih ramai lagi pihak yang akan terus berkelakuan tidak endah dengan peraturan serta amaran yang ditetapkan oleh pihak pawagam selepas ini.
BACA LAGI : SHE IS BACK! 6 Gaya LADY GAGA Dalam ‘House of Gucci’ Memang Wow – REMAJA
Kemas Kini : Jujurnya, kami pun musykil jika sebarang tindakan yang bakal dikenakan akan mengubah persepsi Ameera. Ini setelah dia memuat naik hantaran di Instagram Story (foto di bawah) seakan memberi mesej bahawa dia tidak kisah lagi dengan cercaan daripada mana-mana pihak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.