Dua penyokong fanatik sukan badminton tanah air baru-baru ini mendapat perhatian apabila sanggup menempuh perjalanan jauh dan hadir ke Porte De La Chapelle Arena untuk memberikan sokongan padu kepada kem badminton negara di Sukan Olimpik Paris 2024.

Bukan sekadar memberi sokongan, malah mereka juga hadir dengan gaya dan penampilan unik apabila tampil mengenakan pakaian kreatif yang direka khas menggunakan bulu tangkis.

Menerusi satu video temubual bersama wartawan Astro Arena, dua penyokong fanatik memberitahu bahawa proses menyiapkan pakaian istimewa yang direka sendiri itu mengambil masa selama dua bulan untuk disiapkan.

“Kami Buat Sendiri!” Peminat Sukan Badminton Tanah Air Ambil Masa Dua Bulan Cipta Baju Bulu Tangkis
Kredit: Astro Arena

“Kalau dikira bermula dengan saya beli bulu tangkis, baju jaket dan seluar ini mengambil masa kira-kira dua bulan untuk disiapkan. Sebab kami mulakan dengan fikir tentang rekaan dahulu, nak potong bulu tangkis dan kemudian perlu dijahit”

“Semuanya saya buat sendiri bersama sahabat saya. Apa yang paling penting adalah tulisan Malaysia dibahagian belakang jaket!”

Ads

“Kami Buat Sendiri!” Peminat Sukan Badminton Tanah Air Ambil Masa Dua Bulan Cipta Baju Bulu Tangkis
Kredit: Astro Arena

Dalam pada itu, mereka juga meletakkan harapan kehadiran mereka di Paris dapat menyaksikan detik sejarah atlet Malaysia merangkul pingat emas pertama negara dalam temasya berprestij itu.

Ads
“Kami Buat Sendiri!” Peminat Sukan Badminton Tanah Air Ambil Masa Dua Bulan Cipta Baju Bulu Tangkis
Kredit: Astro Arena

“Kami berada di sini untuk beri sokongan pada Malaysia, Olimpik hanya empat tahun sekali dan saya sangat sukakan badminton. Saya harap Malaysia boleh merangkul pingat emas!”

Ads

Sekadar info, skuad badminton negara mencipta magis apabila mengekalkan momentum positif di temasya Sukan Olimpik 2024 Paris. Kemenangan dicipta apabila beregu wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah berjaya melayakkan peluang mereka ke suku akhir Sukan Olimpik 2024 selepas menumpaskan pasangan keenam dunia Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dari Jepun pada aksi Kumpulan A.

Sumber: Astro Arena

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI