Jika korang masih ingat kemunculan filem pertama dalam trilogi siri To All The Boys I’ve Loved Before pada tahun 2018, babak pertama filem tersebut menampakkan seorang gadis Korea-Amerika bernama Lara Jean (Lana Conrad) yang menjalani kehidupan yang ringkas dan menyimpan perasaan mendalam terhadap lelaki dari sekolah menengahnya.
Namun, memasuki fasa terakhir siri ini, filem terbaru To All The Boys: Always And Forever yang bakal menemui penonton Netflix pada bulan Februari ini jelas menunjukkan betapa pantas masa telah berlalu dan bagaimana ia telah mempengaruhi diri Lara Jean dan teman lelakinya, Peter Kavinsky (Noah Centineo) untuk bersiap sedia berdepan dunia ‘orang dewasa’ selepas ini.
Menariknya, walaupun 3 tahun telah berlalu, mereka berdua masih tidak bosan untuk berada di samping sesama sendiri dan beranggapan hubungan kawan yang terhasil di antara Lana dan Neoh adalah sesuatu yang cukup istimewa.
Kata Noah, dia menyifatkan mereka berdua ibarat pasangan yang telah berkahwin. “Kami amat familiar sesama sendiri dan selesa untuk berada bersama. Saya sudah mudah menangkap hint dan mengetahui apa yang ingin diperkatakan oleh Lana tanpanya perlu berkata apa-apa.
“Saya merasa bertuah dapat mengenali dia dan untuk kami saling mempercayai sepanjang kami berkenalan.”
“Memandangkan ini adalah filem terakhir dalam trilogi ini, saya merasakan ia adalah pengalaman yang bittersweet.
“Namun, saya gembira apabila kami dapat menamatkan siri ini dengan skrip dan jalan cerita sebaik ini. No regrets. Saya juga berharap peminat siri ini akan menikmatinya kerana kami gembira menjayakannya untuk mereka,” katanya yang bakal terbabit dalam sebuah projek bersama Dwayne Johnson tak lama lagi.
Lana turut berkongsi perasaan yang sama dan berpendapat mereka bertuah dapat digandingkan.
Ads
“Kami selalu bercakap tentang bagaimana kami masih berkawan baik walaupun setelah bertahun-tahun bersama di set. Cuba bayangkan jika kami tidak sukakan diri masing-masing! (ketawa)
“Saya rasakan kami sudah sebati dengan diri masing-masing. We speak the same language, we feel the same way. Saya selesa untuk berada di sampingnya dan itu adalah ‘ultimate goal’ apabila kita cuba mencari keserasian. Semuanya bertambah natural buat kami.” Jelas, Lana akan merindui produksi To All The Boys.
Filem ketiga ini juga cukup istimewa (atau mencabar, bergantung kepada cara korang melihat situasi ini) apabila ia dilangsungkan semasa musim pandemik COVID-19.
Noah sendiri tidak begitu pasti jika mereka boleh meneruskan penggambaran.
“Kami berjaya juga menyiapkan filem ini, malah terlibat pula dengan photoshoot pada musim panas lepas. Pendemik membuatkan pengalaman ‘shooting’ di seluruh dunia berbeza, but we did it.”
Malah, produksi To All The Boys: Always And Forever juga ‘berani’ untuk memilih terbang ke Seoul, Korea Selatan bagi menjalani penggambaran di kampung halaman Lara Jean dalam filem tersebut.
Ia adalah keputusan yang amat penting bagi mereka demi menunjukkan sisi Lara Jean yang kian matang dan menghargai salasilah keluarganya.
Ads
“Saya rasakan bahawa Lara Jean dalam filem pertama dulu akan berbangga dengan Lara Jean yang kita tonton dalam filem ketiga ini.
“Lara Jean akhirnya melangkah ke dunia sebenar dan membuat keputusan penting bagi dirinya. Dia dahulunya tidak tahu pun cara untuk berkawan, dia hanya menghabiskan masa bersama bukunya. Lara Jean yang lebih matang ini lebih bersedia untuk menerima cabaran.
“Babak kami di Korea misalnya menunjukkan salasilah ibunya yang pernah menjadi seorang remaja perempuan seusianya dengannya and that is so beautiful. Ia mirip kisah hidup saya sendiri apabila saya sekeluarga pernah ke Vietnam untuk kali pertama bagi mendapat tahu lebih mengenai ibu bapa kandung saya,” kongsinya.
Untuk pengetahuan korang, Lana Condor merupakan anak angkat yang dipelihara oleh pasangan dari Amerika Syarikat sejak usia setahun namun asalnya dilahirkan di Vietnam pada tahun 1997.
*
*
Ads
To All the Boys Ubah Hidup Mereka
Satu poin penting yang ingin penulis fokuskan setelah tamat menonton ketiga-tiga filem tersebut (yes I went on a marathon) adalah bagaimana Noah dan Lana sendiri perlahan-lahan mulai menguasai bakat seni lakonan mereka.
Noah sendiri masih belum pernah membaca mana-mana novel karya Jenny Han itu! Namun dia semakin mahir untuk membawakan sesuatu karakter seperti Peter hanya bersandarkan kepada skrip yang diberikan.
“Saya, pengarah dan Lana sama-sama membentuk karakter Peter. Contohnya dalam babak di kedai bakeri, Peter yang pada mulanya riang semasa trip kelas di New York bertukar muram apabila mendapat tahu Lara Jean tidak diterima masuk ke Universiti Stanford. Itu adalah impian mereka berdua. Saya cuba memahami emosinya bila babak seperti ini muncul. Dari situ, saya bina karakternya.”
Lana Condor bersama penulis novel, Jenny Han.
Bagi Lara pula, dia percayai siri To All The Boys telah mengubah hidupnya, for the better.
“Saya merupakan peminat tegar ketiga-tiga filem ini dan saya peminat karakter Lara Jean. Saya percayakan ceritanya.
“Pengalaman terlibat dalam trilogi ini telah mengubah hidup saya. Apa yang belajar daripada Lara Jean adalah untuk menikmati hidup kita dan jangan cuba untuk membesar lebih pantas daripada masanya.
“Saya nampak bagaimana remaja sekarang cuba untuk ‘berlari’ ke arah alam dewasa. Mungkin disebabkan pengaruh media sosial, remaja kini terbawa-bawa dengan pendekatan orang dewasa. Dan Lara Jean bukannya seperti itu, dia gemar to take things slowly and go day by day. And that is what I like about her.”
To All The Boys: Always And Forever akan menemui korang di platform Netflix pada 12 Februari ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon, pengacara dan DJ radio terkenal, Sharifah Shahirah baru-baru ini menyatakan bahawa dia sentiasa mengawasi pemakaian anak-anaknya susulan gaya mereka sering mendapat reaksi kurang senang dari pengikutnya di media sosial.
Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera berkata, dia turut tidak akan teragak-agak menegur anak-anaknya sekiranya pakaian itu keterlaluan atau mencolok mata.
“Saya artis dan bukan dilahirkan dalam keluarga bertudung labuh tetapi sebagai ibu, saya akan kawal cara pemakaian anak-anak saya. Melainkan kalau mereka keluar tanpa pengetahuan saya, itu cerita lain…”
Shiera yang ditemui media Mstar berkata, dia juga mempunyai cara tersendiri dalam mendidik keenam-enam anaknya yang sudah pasti berbeza daripada cara didikan orang lain.
Jelasnya, dia juga tegas dan berterus terang dalam menegur anak-anak jika mereka melakukan sebarang kesilapan.
“Saya jenis akan berterus terang dengan anak-anak dan sebab itu saya tak boleh jadi ‘kawan’ mereka. Sebenarnya bukan mudah nak menjaga anak-anak yang meningkat remaja tapi saya ada cara tersendiri untuk rapat dengan mereka”
Selain itu, Sheira menyatakan bahawa kecaman dilemparkan juga sebenarnya bukan datang daripada pengikutnya sebaliknya masyarakat yang kurang senang melihat kebahagiaan keluarganya.
Namun sebagai seorang ibu, pelakon itu lebih memilih untuk enggan melatah sebaliknya menjaga lidah dengan apa diperkatakan kerana bimbang ianya akan berbalik kepadanya keluarganya.
“Kalau betul ada salah, saya minta maaf. Saya paling takut nak menghakimi anak-anak orang sebab kita tak tahu pengakhiran keluarga kita pula macam mana”
Sekadar info, Shiera mendirikan rumah tangga bersama pelakon Ijoy Azhari pada 2003 dan miliki lima orang cahaya mata bersama.
Sebelumnya, dia pernah berkahwin dengan penyanyi Jatt Ali pada tahun 1993 namun bercerai pada tahun 1999 dan dikurniakan seorang cahaya mata, iaitu penyanyi Allisya Tahir.
Sumber: Mstar
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahun lalu seramai 586,863 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen sehingga 31 Januari 2017. Ketua Eksekutif Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), Wan Ahmad Wan Yusoff dalam laporannya berkata, perkara itu melibatkan jumlah pinjaman bernilai RM11.6 bilion.
Wow, bukan calang-calangkan jumlahnya. Ternyata ada peminjam yang sangat tegar dan berdegil untuk membayar balik hutang yang telah mereka pinjam dengan pelbagai alasan. Mungkin sudah tiada pilihan dan ini jalan terakhir, senarai nama peminjam tegar ini telah disenarai hitamkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
Bila nama telah disenarai hitam oleh JIM, ini bernakna secara automatiknya, peminjam tidak boleh keluar negara langsung. Mungkin terkesan dengan tindakan ini, ternyata peminjam-peminjam tegar ini boleh pula membuat bayaran.
Sebanyak 60 peratus peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah membayar balik pinjaman mereka melibatkan sejumlah RM1.84 bilion sehingga Februari tahun ini.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching berkata jumlah itu dapat menampung kira-kira 76,000 pelajar sehingga mereka tamat pengajian.
“Ini merupakan kesan positif daripada tindakan menyenarai hitam peminjam yang lalai membayar pinjaman. Ia jelas menunjukkan tindakan tersebut bukan untuk menindas tetapi mendidik peminjam supaya mereka lebih berintegriti dan bertanggungjawab membayar hutang,” katanya menjawab soalan Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (PAS-Kuala Nerus) di Dewan Rakyat semalam.
Mohd Khairuddin bertanya tentang prosedur menyenaraihitamkan individu yang gagal membuat pembayaran semula pinjaman PTPTN setelah menamatkan pelajaran.
Yap berkata tindakan menyenarai hitam merupakan langkah terakhir PTPTN setelah notis bayaran balik dan peringatan dihantar kepada peminjam.
Dalam pada itu, beliau berkata PTPTN menyediakan pelbagai kemudahan kepada peminjam antaranya program #BolehBincang yang membuka ruang kepada peminjam untuk berunding dengan perbadanan itu.
Katanya, kaedah bayaran balik yang ditawarkan dalam program itu adalah sama ada untuk mengurangkan ansuran bulanan melalui penstrukturan semula pinjaman mengikut kemampuan sehingga peminjam berumur 60 tahun, atau membuat penangguhan bayaran balik sehingga 24 bulan, sekiranya peminjam masih belum mendapat pekerjaan. – BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya individu berkaca mata saja yang faham macam mana rasanya jika cermin mata mereka mula dipenuhi kabus.
Kabus pada kacamata memang menjengkelkan lagi-lagi bila kita pakai topeng muka atau facemask, namun nak tak nak memang kena la pakai sebagai langkah mengelak penularan wabak Covid-19 ketika ini.
Ia bukan sahaja membuatkan pandangan kabur malah cukup tidak selesa dan terpaksa membuka cermin mata dan mengelap wap berulang kali.
Namun baru-baru ini, menurut laporan reuters seorang artis Jepun Takahiro Shibata juga mengalami hal yang sama dan oleh kerana itu dia mendapat idea untuk mengubah hal yang menjengkelkan itu menjadi suatu seni jenaka.
Pada mulanya animator dan juga pereka seni ini mencuba untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh golongan pemakai cermin mata yang memakai pelitup muka sepanjang tempoh pandemik ini.
Namun, timbul idea facemask 3D apabila beliau teringat tentang ramen, dia mengambil keputusan untuk menjadikannya suatu perkara yang boleh ditertawakan bersama.
Mengunakan material fabrik serat dan juga tanah liat, mengandungi apa saja bahan yang biasa ditemui dalam semangkuk sup ramen. Facemask 3 dimensi ini memang betul-betul menyelerakan tambahan lagi wap pada kacamata itu.
Malangnya Shibata tidak menjual hasil seninya itu dan hanya sekadar mahu menceriakan masyarakat menerusi rekaannya.
Tapi ini kami kongsikan tip lain untuk hilangkan kabus pada facemask.
1. Celup cermin mata anda dalam syampu bayi atau air sabun
Sebelum memakai topeng muka, celup cermin mata dalam syampu bayi atau air sabun. Jangan bilas dengan air bersih.
Biarkan cerminnya kering sendiri sebelum memakainya. Cara ini sangat membantu kerana sabun mengurangkan tegangan pada permukaan sehingga menyebabkan molekul air (wap air dari nafas) tidak melekat pada permukaan itu.
2. Letak tisu dalam topeng muka
Tip ini paling mudah tetapi ia perlu dilakukan dengan betul bagi membolehkan ia berfungsi dengan baik. Lipat tisu bentuk horizontal dan letakkan di antara wajah (hidung) dan bahagian atas topeng wajah.
Tisu dapat membantu menyerap kelembapan yang dihasilkan oleh nafas kita sebelum menyentuh kaca mata.
3. Ubah cara ikat topeng wajah
Jika anda menggunakan topeng wajah yang diikat di belakang kepala, cuba ubah cara mengikatnya. Jika sebelum ini anda mengikat bahagian atas tepat di atas telinga, cuba mengikatnya ke bawah.
Manakala tali bawah pula disilangkan menjadi X. Cara ini dapat membuatkan udara yang dihembus lebih cepat dibebaskan daripada topeng wajah.
4. Tukar lensa kepada anti-kabus
Jika semua cara itu tidak memberi kesan – mungkin sudah tiba masanya anda menukar cermin mata baharu dengan lensa anti kabus seperti mana digunakan oleh perenang.
So selamat mencuba….
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...