Jika korang masih ingat kemunculan filem pertama dalam trilogi siri To All The Boys I’ve Loved Before pada tahun 2018, babak pertama filem tersebut menampakkan seorang gadis Korea-Amerika bernama Lara Jean (Lana Conrad) yang menjalani kehidupan yang ringkas dan menyimpan perasaan mendalam terhadap lelaki dari sekolah menengahnya.
ARTIKEL BERKAITAN : [ EKSKLUSIF ] 5 Tip #RelationshipGoals Oleh Noah Centineo & Lana Condor Kepada REMAJA – REMAJA
Namun, memasuki fasa terakhir siri ini, filem terbaru To All The Boys: Always And Forever yang bakal menemui penonton Netflix pada bulan Februari ini jelas menunjukkan betapa pantas masa telah berlalu dan bagaimana ia telah mempengaruhi diri Lara Jean dan teman lelakinya, Peter Kavinsky (Noah Centineo) untuk bersiap sedia berdepan dunia ‘orang dewasa’ selepas ini.
Menariknya, walaupun 3 tahun telah berlalu, mereka berdua masih tidak bosan untuk berada di samping sesama sendiri dan beranggapan hubungan kawan yang terhasil di antara Lana dan Neoh adalah sesuatu yang cukup istimewa.
Kata Noah, dia menyifatkan mereka berdua ibarat pasangan yang telah berkahwin. “Kami amat familiar sesama sendiri dan selesa untuk berada bersama. Saya sudah mudah menangkap hint
dan mengetahui apa yang ingin diperkatakan oleh Lana tanpanya perlu berkata apa-apa.“Saya merasa bertuah dapat mengenali dia dan untuk kami saling mempercayai sepanjang kami berkenalan.”
“Memandangkan ini adalah filem terakhir dalam trilogi ini, saya merasakan ia adalah pengalaman yang bittersweet.
“Namun, saya gembira apabila kami dapat menamatkan siri ini dengan skrip dan jalan cerita sebaik ini. No regrets. Saya juga berharap peminat siri ini akan menikmatinya kerana kami gembira menjayakannya untuk mereka,” katanya yang bakal terbabit dalam sebuah projek bersama Dwayne Johnson tak lama lagi.
Lana turut berkongsi perasaan yang sama dan berpendapat mereka bertuah dapat digandingkan.
“Kami selalu bercakap tentang bagaimana kami masih berkawan baik walaupun setelah bertahun-tahun bersama di set. Cuba bayangkan jika kami tidak sukakan diri masing-masing! (ketawa)
“Saya rasakan kami sudah sebati dengan diri masing-masing. We speak the same language, we feel the same way. Saya selesa untuk berada di sampingnya dan itu adalah ‘ultimate goal’ apabila kita cuba mencari keserasian. Semuanya bertambah natural buat kami.” Jelas, Lana akan merindui produksi To All The Boys.
Filem ketiga ini juga cukup istimewa (atau mencabar, bergantung kepada cara korang melihat situasi ini) apabila ia dilangsungkan semasa musim pandemik COVID-19.
Noah sendiri tidak begitu pasti jika mereka boleh meneruskan penggambaran.
“Kami berjaya juga menyiapkan filem ini, malah terlibat pula dengan photoshoot pada musim panas lepas. Pendemik membuatkan pengalaman ‘shooting’ di seluruh dunia berbeza, but we did it.”
Malah, produksi To All The Boys: Always And Forever juga ‘berani’ untuk memilih terbang ke Seoul, Korea Selatan bagi menjalani penggambaran di kampung halaman Lara Jean dalam filem tersebut.
Ia adalah keputusan yang amat penting bagi mereka demi menunjukkan sisi Lara Jean yang kian matang dan menghargai salasilah keluarganya.
“Saya rasakan bahawa Lara Jean dalam filem pertama dulu akan berbangga dengan Lara Jean yang kita tonton dalam filem ketiga ini.
“Lara Jean akhirnya melangkah ke dunia sebenar dan membuat keputusan penting bagi dirinya. Dia dahulunya tidak tahu pun cara untuk berkawan, dia hanya menghabiskan masa bersama bukunya. Lara Jean yang lebih matang ini lebih bersedia untuk menerima cabaran.
“Babak kami di Korea misalnya menunjukkan salasilah ibunya yang pernah menjadi seorang remaja perempuan seusianya dengannya and that is so beautiful. Ia mirip kisah hidup saya sendiri apabila saya sekeluarga pernah ke Vietnam untuk kali pertama bagi mendapat tahu lebih mengenai ibu bapa kandung saya,” kongsinya.
Untuk pengetahuan korang, Lana Condor merupakan anak angkat yang dipelihara oleh pasangan dari Amerika Syarikat sejak usia setahun namun asalnya dilahirkan di Vietnam pada tahun 1997.
*
*
Satu poin penting yang ingin penulis fokuskan setelah tamat menonton ketiga-tiga filem tersebut (yes I went on a marathon) adalah bagaimana Noah dan Lana sendiri perlahan-lahan mulai menguasai bakat seni lakonan mereka.
Noah sendiri masih belum pernah membaca mana-mana novel karya Jenny Han itu! Namun dia semakin mahir untuk membawakan sesuatu karakter seperti Peter hanya bersandarkan kepada skrip yang diberikan.
“Saya, pengarah dan Lana sama-sama membentuk karakter Peter. Contohnya dalam babak di kedai bakeri, Peter yang pada mulanya riang semasa trip kelas di New York bertukar muram apabila mendapat tahu Lara Jean tidak diterima masuk ke Universiti Stanford. Itu adalah impian mereka berdua. Saya cuba memahami emosinya bila babak seperti ini muncul. Dari situ, saya bina karakternya.”
Bagi Lara pula, dia percayai siri To All The Boys telah mengubah hidupnya, for the better.
“Saya merupakan peminat tegar ketiga-tiga filem ini dan saya peminat karakter Lara Jean. Saya percayakan ceritanya.
“Pengalaman terlibat dalam trilogi ini telah mengubah hidup saya. Apa yang belajar daripada Lara Jean adalah untuk menikmati hidup kita dan jangan cuba untuk membesar lebih pantas daripada masanya.
“Saya nampak bagaimana remaja sekarang cuba untuk ‘berlari’ ke arah alam dewasa. Mungkin disebabkan pengaruh media sosial, remaja kini terbawa-bawa dengan pendekatan orang dewasa. Dan Lara Jean bukannya seperti itu, dia gemar to take things slowly and go day by day. And that is what I like about her.”
To All The Boys: Always And Forever akan menemui korang di platform Netflix pada 12 Februari ini.