Inpirasi

“Kami Dapat Terbang Dengan Selesa!” IU Belanja Lebih 100 Orang Pekerja Tiket Penerbangan Kelas Bisnes!

Share

Penyanyi terkenal Korea Selatan, IU sekali lagi mencuri perhatian apabila kisah kebaikannya terhadap semua kakitangan yang bekerja dengannya tular baru-baru ini.

Menerusi platform media sosial dan komuniti dalam talian pada 4 Ogos lalu, IU dikatakan telah bermurah hati membelikan tiket penerbangan kelas bisnes untuk lebih daripada 100 orang yang bekerja bersamanya.

Dalam salah satu catatan yang tular berbunyi,

“Sangat FLEX! Dia menaja penerbangan kelas bisnes untuk semua kakitangan sebagai tanda terima kasih atas kerja keras mereka”

BACA: IU Konsisten Derma 100 Juta Won, Bakal Beraksi Di Kuala Lumpur Jun Ini!

Dalam pada itu, beberapa orang kakitangan yang bekerja rapat dengan IU atau nama sebenar Lee Ji Eun (31) juga merupakan antara bukti yang mengukuhkan khabar itu kerana mereka turut mengucapkan terima kasih atas ‘hadiah’ tiket penerbangan berkenaan.

“Terima kasih kepada Dewi IU, kami dapat terbang dengan selesa. Terima kasih!”

“Terima kasih kepada Ji-eun unnie, saya terbang balik ke Korea dengan selesa. IU unnie adalah yang terbaik. Terima kasih, Yo Ah-jung (nama gelaran IU dalam kalangan pekerja)” 

BACA: IU Pula Dipilih Gucci Sebagai Duta Global, Ikut Langkah Lee Jung-jae & Shin Min-a

Kredit: ZapZee

Sebelum ini, pelantun lagu Holssi ini juga pernah tular dengan kisah dia gemar menderma buka sahaja untuk orang yang memerlukan. Malah, wanita yang digelar Nation’s Little Sister ini juga terkenal sebagai seorang yang pemurah dan gemar memberi hadiah kepada para pekerja yang pernah bekerja dengannya.

Sekadar info, IU baru-baru ini telah menamatkan konsert jelajah dunia di Amerika Utara dan dijadualkan akan mengadakan konsert encore ‘HEREH’ di Stadium Piala Dunia Sangam, Seoul pada 21 dan 22 September ini.

Walau apa pun, IU adalah bukti lagi banyak kita bersedekah dan memberi pada seseorang, lebih banyak rezeki yang kita dapat!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE