“Kami Hantar Dia Hidup, Dapat Kembali Dah Sejuk…,” Ini Luahan Adik Zulfarhan Boleh Buat Sesiapa Yang Baca Sebak!

Share

Ramai yang meluahkan rasa syukur saat mahkamah memerintahkan 18 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) untuk membela diri dalam kematian Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain pada 31 Julai lalu.

Dalam pada itu, Adik ketiga Zulfarhan, Zulfaiqah Lyana turut berkongsi di laman twitternya bagaimana ibunya dahulu pernah berat hati untuk melepaskan Allahyarham pergi belajar di situ.

“Korang tahu tak, arwah abang saya pernah bermasam muka dengan ibu saya sebab tidak diberi kebenaran untuk masuk UPNM tapi dia tetap berdegil.

“Tapi seperti yang korang lihat, kami hantar dia hidup, tapi kami dapat dah sejuk dan dibunuh dengan kejam,” tulisnya.

Susulan itu, perkongsian Lyana itu mendapat perhatian warga Twitter dan ramai diantara mereka yang memberikan kata-kata semangat buatnya.

Sebelum ini, Hakim Datuk Azman Abdullah memerintahkan 18 penuntut UPNM untuk membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Published by
Khaleeda