“Kami Rindukan Awak…” -BCL Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ashraf Sinclair Di Pusara

Share

Walaupun hampir empat tahun, namun pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair ini bukan hanya dirasai oleh Bunga Cinta Lestari (BCL) sekeluarga dan teman rapat mereka.

Malahan, para peminat mereka berdua baik dari Indonesia mahupun Malaysia masih merasai kehilangan tersebut.

BACA LAGI : 6 Bintang Malaysia Di Dalam Naskhah Indonesia

Terbaharu, penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari menyambut ulang tahun kelahiran arwah suaminya iaitu Ashraf Sinclair yang ke-44 tahun di pusara aktor tersebut.

Menerusi sebuah perkongsian di Instagram, penyanyi lagu popular Cinta Sejati itu dilihat menziarahi pusara Ashraf bersama anak lelakinya, Noah Aiden Sinclair dan beberapa ahli keluarga yang lain.

Selain itu, Bunga sempat menitipkan dedikasi istemewa buat arwah suaminya yang menginjak usia 44 tahun sekiranya masih hidup.

“Sayang, hari ini seharusnya ulang tahun kamu yang ke 44, tapi takdir berkata berbeza, kamu sudah pergi terlebih dahulu.

“Kami di sini semuanya baik-baik sahaja, kami hidup dengan selamat dan kami semua mencipta sebuah kenangan baharu tanpa melupakan awak, sentiasa akan ingat awak.

“Awak sentiasa ada dalam hati kami semua, kami sentiasa rindukan awak. Selamat ulang tahun di syurga, terima kasih untuk segalanya,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam perkongsian sama, Bunga turut berkongsi beberapa keping foto buat tatapan umum.

Terdahulu, dunia hiburan dikejutkan dengan pemergian pelakon itu pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung pada jam 3.40 pagi.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath