Kemelut rumah tangga di antara kedua ibu bapa penyanyi terkenal Shila Amzah menjadi perhatian media massa apabila ibunya, Datin Fauziah Sarman memuat naik gambar seorang wanita yang dikatakan isteri baharu Datuk ND Lala.
Menjadikan konflik tersebut lebih rumit apabila dilaporkan bahawa wanita tersebut merupakan teman sekolah Shila sendiri dan pernah bertandang ke rumah keluarga mereka.
Kini, adik kepada Shila, Syada Amzah yang juga seorang penyanyi meluah perasaan di laman Instagram miliknya berkaitan hal tersebut. Menerusi hantaran tersebut, Syada menyatakan bahawa keputusannya membuat tindakan sebegitu disebabkan bapanya tidak dapat dihubungi.
“Wahai ayah, tiada lagi foto ayah bermula hari ini. Surat terbuka ini ditulis kerana tiada siapa mempunyai akses menghubungi ayah. Pertama sekali, selamat menyambut ulang tahun kelahiran ke-62. Terima kasih atas pengorbanan untuk membesarkan kami empat beradik,” ujarnya.
Dalam kenyataan itu lagi, gadis berusia 25 tahun itu turut berkongsi yang dia dan adik beradiknya yang lain sudah menghidu hubungan bapa mereka sebelum ini. Namun kini semuanya menjadi jelas.
Ads
Ads
“Bagi pihak adik-beradik, kakak, Syafiq, Syahir dan saya, kami terima hakikat dan reda apabila ayah memilih meninggalkan kami sekali lagi. Kami sudah lama tahu mengenai hubungan itu, tetapi baru kini segala-galanya terungkai dengan jelas. Semoga itu semoga ini dengan kehidupan yang ayah pilih. Selamat Hari Raya lebih awal,” kongsi Syada menoktahkan ucapan buat bapanya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika sebelum ini Bae Suzy dipuji kerana menggayakan hijab pemberian peminatnya, kini aktres Korea tersebut sekali lagi mendapat pujian netizen apabila dia memuat naik foto berhijab di laman instagramnya.
Khabarnya, Suzy memakai hijab kerana sedang menjalani penggambaran drama Vagabond di Morocco.
Foto yang mendapat lebih daripada 80 ribu komen dan hampir 1.5 juta tanda suka ini jelas menunjukkan bahawa ramai yang memuji kecantikan apabila gadis Korea ini berhijab.
Selepas FRIENDS mengesahkan bakal membuatkan comeback menerusi sebuah episod istimewa di saluran HBO MAX, kini tiba giliran Gossip Girl pula untuk melakukan reboot terhadap drama popular itu – di HBO MAX juga!
HBO Max baru-baru ini telahpun mengumumkan bahawa drama Gossip Girl akan dikembalikan tetapi dengan jalan cerita dan karakter baharu.
Jom lihat siapa yang akan menggantikan Selena, Blair, Chuck, Nate dan Dan.
01
EMILY ALYN LIND
Pelakon berusia 19 tahun ini adalah bintang pertama yang dinamakan sebagai pelakon utama untuk drama reboot Gossip Girl ini.
Emily bukanlah pelakon baru, malah pernah mempunyai pengalaman membintangi Revenge, The Babysitter dan Doctor Sleep.
Dia akan membawakan watak Audrey yang sudah bosan dengan hubungan long term dan teringin untuk merasakan pengalaman lebih daripada hubungan serius. Plus, dia juga pandai bermain gitar!
02
Whitney Peak
Peminat drama Chilling Adventures of Sabrina akan mengenali Whitney yang membawakan watak Judith Blackwood dalam beberapa episod drama Netflix tersebut.
Whitney, 17, dilahirkan di Uganda dan merupakan seorang penari berbakat.
03
Eli Brown
OMG, Dylan Walker daripada drama Pretty Little Liars: The Perfectionists ini akan menyertai team Gossip Girl!
Eli, 19, berasal dari Oregon Amerika Syarikat dan pernah berlakon untuk drama Spinning Out di Netflix juga. Dia juga mempunyai bakat sebagai seorang penyanyi dan penulis liri, mungkinkah Eli akan berduet dengan Emily?
04
Jason Gotay
Daripada 4 orang pelakon yang telah disahkan di atas, Jason adalah yang paling senior. Pada usia 30 tahun, bekas pelakon Broadway ini pernah menyertai produksi Bring It On dan Spider Man:Turn off the Dark di pentas teater.
05
Johnathan Fernandez
Johnathan sahaja yang berasal dari Brooklyn lalu memudahkan dirinya untuk membawakan watak dalam Gossip Girl yang mengambil tempat di New York.
Ada sesuatu mengenai Johnathan yang membuatkan dirinya begitu kena dengan Gossip Girl (selain berasal dari lokasi penggambaran tersebut), Dia meminati bidang lakonan, fesyen, fitness dan motosikal…
Hhm, mungkin sekali Blair Waldorf akan menyukai karakter Johnathan.
*
Tak sabar pula untuk kami menantikan update terbaru daripada reboot Gossip Girl ini.
X0X0
*
Bagi yang tak sabar menantikan episod istimewa FRIENDS juga di HBO Max, ini sesuatu yang mungkin korang tak tahu.
Penghormatan yang diberikan oleh pesilat negara senior ini sebagai salah seorang pembawa Jalur Gemilang semasa upacara pembukaan Sabtu lalu seakan-akan membuka mata pemerhati dan penonton dari kesemua 11 buah negara ASEAN.
Ramai yang tertanya-tanya, siapakah gerangan atlet lelaki yang mempunyai raut wajah macho dan kelakian ini.
Jom kenali Jufferi Jamari dengan lebih dekat lagi sebelum bermulanya acara yang disertainya pada Sukan SEA 2017 kali ini.
Bagaimana Jufferi sertai sukan silat?
Jufferi: Pada tahun 2007, saya telah menerima pelawaan untuk menyertai silat daripada ibu saudara saya. Sepanjang tahun 2007 dan 2008, saya hanya menjalani latihan saja tanpa menyertai pertandingan. Tak sangka, pada tahun 2009, saya telah dipanggil untuk mewakili skuad Pelapis Malaysia. Rasa takut tu memang ada kerana iyalah, saya kurang pengalaman tapi saya sahut juga cabaran itu dan cuba berikan yang terbaik.
Saya kemudiannya menyertai Sukan Asia Indoor Games di Vietnam dan berjaya meraih pingat emas. Itulah pingat emas pertama saya! Memasuki tahun 2010, saya diserap masuk mewakili pasukan Elit Malaysia dan bukan lagi Pelapis Malaysia.
Mengapa Jufferi menyertai silat dan bukannya sukan lain?
Jufferi: Dulu, saya melihat silat sebagai sukan yang tak terkenal sangat dan saya ingin mencabar diri saya untuk menaikkan nama sukan silat. Pada saya, silat mengajar saya untuk menjadi seorang yang lebih berdisplin. Tutur bahasa juga berubah menjadi sopan.
Bagaimanakah persedian untuk #KL2017?
Jufferi: Banyak juga pengorbanan yang perlu saya lakukan pada tahun ini kerana Malaysia bergelar tuan rumah. Saya terfikir sama ada saya mampu atau tidak untuk mempertahankan pingat emas pada kali ini, seperti yang pernah saya lakukan pada tahun 2015. Tertekan jugalah, sampai tidur pun kadang-kadang tak lena haha.
Seperti biasa, saya akan letakkan sepenuh tumpuan ketika menjalani latihan. Jurulatih saya juga selalu berpesan, “Ingat, orang yang nak kalahkan kita selalunya lebih bersemangat daripada kita.” Oleh itu, saya tak boleh berlatih sambil lewa.
Bagaimana Jufferi kekalkan stamina di dalam dan luar gelanggang?
Jufferi: Selain daripada latihan jurulatih, saya juga sukakan skipping! Selepas tamat latihan, saya akan lakukan skipping sebanyak seribu kali. Dengar macam penat tapi bila sudah terbiasa, saya seronok bila skipping.
Apakah nasihat kamu kepada REMAJA yang ingin menyertai sukan silat?
Jufferi: Jangan pernah berhenti untuk berlatih bersungguh-sungguh dan jangan terlalu obses mencari cara untuk menjadi atlet Malaysia. Tonjolkan bakat kamu terlebih dahulu dan biarkan PESAKA yang menilai bakat kamu. PESAKA sentiasa mencari bakat-bakat baru, jadi kamu tak perlu risau.
Jiwa perlu ada untuk sanggup berkorban segala-galanya demi negara. Paling penting, jangan pentingkan diri kamu jika mahu berjaya.
Candid With Jufferi Jamari
Mendapat sokongan penuh dari…
Tentunya ibu saya. Dalam apa jua situasi, dia akan sentiasa menyokong saya.
Kata-kata motivasi daripada emak
Bila saya rasa give up, emak akan cakap ‘Ingat dulu kenapa awak nak masuk silat. Jangan bila dah senang sikit, terus lupa semuanya.’
10 tahun akan datang, apa yang kamu mahu buktikan?
Saya mahu buktikan pada orang Malaysia yang sukan silat juga mampu menjadi sukan utama dalam setiap pertandingan sukan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!