Kami Terima Tempias! Bapa Ulas Kontroversi Da’i Syed Dari Mesir

Share

Sejak semalam tular di media sosial dakwaan berkaitan salah laku seorang peserta program pendakwah realiti, Da’i iaitu Da’i Syed.

Ekoran dakwaan itu, Syed tampil membuat satu laporan polis bagi membersihkan nama dan maruah dirinya kerana pertuduhan menghancurkan masa hadapan anak dara orang itu cukup berat baginya.

Susulan laporan polis dibuat oleh Syed, seorang lelaki dikenali sebagai Seif Jamalulail yang memaklumkan dirinya adalah bapa kepada Syed dan kini menetap di Kaherah, Mesir telah meluahkan pendapatnya berkaitan kontroversi melibatkan anaknya ini menerusi Facebook.

Berikut merupakan antara teks luahan hati bapanya.

“Assalamualaikum wbt..

“Firman Allah; ‘Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai Fitnah/cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.’ (QS. Al-Anfaal)

“Semua sudah maklum DAI SYED adalah anak saya. Hari ini bertalu-talu mesej masuk ke inbox saya berserta SS yang dah viral. Masing-masing menunggu balasan dan respon saya. Saya nyatakan di sini utk tatapan semua yang bertanya.

“Segala didikan yang telah saya beri kepadanya sejak dari kecil adalah menurut yang agama sarankan dan tindakan untuk menegur serta nasihat kepadanya telah pun saya usahakan sebaiknya, namun tiada upaya lagi bila semua message saya itu diabaikan sudah 2 tahun tanpa reply sepatah pun.

“Hingga saya serahkan urusan menegur ini kepada Allah SWT untuk mengadilinya sekiranya benar dakwaan yang diviralkan dan mohon Allah mengembalikan anak saya ke jalan yang benar dan diredhoi sebelum ianya terlambat.

“Saya lebih rela dia diadili di dunia daripada dihadap di akhirat dihadapan Qadhi Rabbul Jalil.

“Sekarang saya hanya mampu beri nasihat kepada individu yang bermuamalah dengan dia supaya berhati-hati lah, terutama pada wanita.”

 

Adik beradik jadi mangsa sindiran

“Isu viral ni dah lama, hari ni makin jadi heboh pulak.. kami dah letih nak hadap isu semacam ini, apalagi adik-adiknya yang masih belajar, mereka tertekan dengan soalan-soalan sindiran dan ejekan dari teman-teman di sekolah.

“Bagi mereka yang pernah menghubungi untuk mengadu kepada saya (yang mengaku mangsa), pergilah lapor kepada pihak berkuasa untuk disiasat dan diambil tindakan sewajarnya. Saya memberi jaminan, saya tidak akan sama sekali mempertahankan atau menyebelahi anak saya, sekiranya dia memang melakukan kesalahan tersebut.

“Sabda hadis Nabi; ‘Demi Allah, sungguh jika Fatimah binti Muhammad mencuri, aku sendiri yang akan memotong tangannya.’

“Peringatan terbuka kepada Dai Syed : Jika benar kamu berakhlak buruk seperti yang didakwa/di-viral, janganlah kamu menggunakan agama sebagai topeng untuk menutup segala kebejatanmu kerana perbuatan itu lebih hina dari iblis. Tinggalkan dunia selebriti dan kembalilah ke jalan Allah dan jalan leluhurmu. Kami semua merinduimu Iqmal yang dahulu.

“Kami pihak keluarga hanya mampu berdoa supaya dijauhkan segala fitnah duniawi dan diberikan keberkatan dalam hidup dan mati. Sekian,” tuntas Seif Jamalullail sambil menyertakan tanda pagar #KamiKenaTempias.

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros