“Kami Tidak Dihalang Hasilkan Lagu Sendiri”, FareedPF Kclique Lancar Single Terbaru Nadi Ku

Share

Nama Kclique bukan hanya dikenali sebagai sebuah kumpulan rap, malah mereka juga berjaya menghasilkan lagu single tersendiri dan berkolaborasi bersama penyanyi lain. Selain daripada MK, Tuju dan Noki, Kclique juga menampilkan FareedPF atau nama sebenarnya Fareed Sadhi yang tidak terkecuali untuk menghasilkan lagunya sendiri.

Selepas Over You dan Forya, Fareed kini tampil dengan sebuah single baharu yang merupakan kesinambungan dua single tersebut, Nadi Ku yang dimuatkan dalam kompilasi Dawn Di Wedgwood.

“Lagu ni mengisahkan tentang situasi di mana zaman remaja pre covid19 dahulu kan ada prom night event tiap sekolah/kolej/universiti. Nadi Ku adalah tema untuk menceriakan kerinduan era itu. Mengimbas kembali dengan mempelawa crush berdansa di dance studio floor,”

“Apa yang istimewanya, feels lagu ini sesuai untuk para peminat sempena Hari Kekasih dan selain itu, visualizer official Nadi Ku ini dihasilkan oleh dance mate Fareed bernama Ray Elemento yang berasal dari Filipina. Dia sendiri mengaku suka akan lagu Nadi Ku ini walaupun dalam 80% bahasa Melayu. Secara tidak langsung, bahasa kita dapat diterajui ke peringkat antarabangsa,”

“Setiap daripada anggota Kclique mempunyai kelebihan tersendiri, lebih-lebih lagi dalam menghasilkan muzik. Sejak mula lagi, Kclique memang berkarya secara bebas kerana seni itu adalah subjektif. Walaupun selepas pengiktirafan Kclique di mata dan telinga umum sebagai kumpulan Hip Hop Malaysia, ia tidak bermaksud setiap daripada kami dihalang untuk mengeluarkan lagu sendiri,”

“Rap/Hip Hop adalah major. Seperti Nadi Ku ini hanyalah minor project

di mana Fareed melakukan eksperimen versatility melalui muzik untuk para peminat,” jelas Fareed.

Nadi Ku sudah pun dilancarkan menerusi YouTube dan platform digital muzik seperti Spotify dan Joox sempena Hari Kekasih 14 Februari 2021.

Jom kita dengar single terbaru Nadi Ku daripada FareedPF ini.

Published by
Noor Ain Norman