Berita

Kampung Di Jepun Ini Penuh Dengan ‘Orang-Orang’, Ganti Populasi Remaja Yang Semakin Berkurangan

Share

Berikutan isu populasi yang semakin merosot di beberapa buah negara termasuklah di Jepun akibat kenaikan kos sara hidup, sebuah perkampungan negara matahari terbit itu dipenuhi dengan patung orang-orang dalam bermacam-macam bentuk dan gaya bagi mengelakkan suasana sunyi di situ.

Memetik laporan agensi berita France-Presse baru-baru ini, mereka mendalami sebuah perkampungan Jepun bernama Ichinono yang merupakan salah satu ‘perkampungan anak patung’ yang dipenuhi dengan orang-orang berskala 1:1.

Menurut penduduk di Ichinono yang rata-rata terdiri daripada warga emas, perbuatan mereka ini adalah untuk menghilangkan rasa sunyi di sana tanpa kelibat kelompok remaja serta kanak-kanak yang semakin terhapus dalam komuniti kampung itu.

Orang-orang itu dapat dilihat menunggang basikal di sisir jalan raya, sedang bermain buaian dan berdiri di atas skuter di taman permainan.

Tidak ketinggalan, ada juga yang sedang berehat di kawasan beranda di kediaman penduduk di situ.

BACA: 1 Daripada 4 Warga Jepun Berkahwin Dengan Kenalan Di ‘Dating Apps’, Semakin Ramai Percaya Jodoh Digital – REMAJA

 

Cara Banteras Rasa Sunyi

Dalam kalangan rakyat Jepun sendiri, alternatif meletakkan orang-orang bagi menggantikan manusia sebenar ini secara tidak langsung telah mewujudkan spekulasi mengenai kisah seram di kampung sedemikian.

Namun dari aspek realitinya, ia adalah cerminan terhadap penurunan kadar kelahiran di negara Jepun. Tahun lalu sahaja, Jepun mencatatkan rekod kelahiran bayi terendah dalam sejarah.

Lalu dengan tren warga emas Jepun berusia 65 tahun yang rata-rata memilih untuk menghabiskan sisa hidup mereka di kawasan luar bandar, tentunya mereka dihambat rasa sunyi tanpa adanya generasi muda di tempat tinggal mereka.

Sebagai info, Ichinono dahulunya tidaklah sebegini. Ia dikatakan begitu meriah dengan kelibat anak-anak kecil yang sedang membesar.

Namun, apabila generasi muda di situ memilih meninggalkan perkampungan mereka untuk memasuki universiti atau mencari peluang pekerjaan yang lebih lumayan di kawasan bandar, maka ini adalah alternatif terbaik warga emas untuk menceriakan semula Ichinono seperti dahulu kala.

BACA; Sediakan Khidmat “Peneman” Sepenuh Masa, Lelaki Jepun Ini Raih RM300,000 Setahun – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ