Kampung ‘Gongjin’ Diserbu, Lelaki Ini Kongsi Foto Di Lokasi Penggambaran Hometown Cha Cha Cha

Share

Drama lakonan Kim Seon Ho dan Shin Min Ah betul-betul mendapat sambutan luar biasa, mana tidaknya apabila rating Hometown Cha Cha Cha meningkat ke angka dua digit menerusi episod yang ditayangkan baru-baru ini.

Membawakan jalan cerita yang ringan dan bersahaja, kami pasti ia antara salah satu sebab yang menarik minat kebanyakan penonton. Ditambah pula dengan keserasian hero dan heroin berlesung pipit, membuatkan ramai yang ‘melekat’ di hadapan televisyen pada setiap malam hujung minggu.

Selain daripada telatah karakter utama dalam drama ini yang menjadi perhatian, lokasi penggambaran Hometown Cha Cha Cha juga turut tidak terlepas daripada perhatian orang ramai. Di dalam siri tersebut, ia dinamakan sebagai kampung Gongjin, tetapi sebenarnya ia adalah sebuah daerah yang dikenali sebagai Pohang.

Seorang warga Filipina yang sudah beberapa tahun menetap di Korea mengambil peluang ini untuk melawati lokasi penggambaran Hometown Cha Cha Cha dan dia turut berkongsi foto yang kebanyakannya dirakam dalam drama bersiri itu.

Dikenali sebagai Arinzana, lelaki ini berkongsi pengalaman perjalanannya dari Busan ke Pohang, semata-mata untuk melawat kawasan lokasi penggambaran Hometown Cha Cha Cha.

Jom kita lihat antara foto-foto yang telah dikongsi oleh peminat dari Filipina ini.

1. Kawasan sekeliling pasar ‘Gongjin’

Foto: tripzilla.ph

Tempat di mana terletaknya Bora Supermarket dan beberapa kedai lain yang dipaparkan dalam drama Korea itu.

2. Kedai kopi ‘Coffee in the Middle of the Day and Beer in the Moonlight’

Foto: tripzilla.ph

Arinzana menjelaskan bahawa kafe ini mungkin hanya di ‘custom-made’ untuk drama tersebut, korang tidak boleh menikmati kopi di premis ini.

3. Klinik gigi

Foto: tripzilla.ph

Antara lokasi utama klinik gigi Dr. Yoon Hye Jin.

4. Sabang Memorial Park

Foto: tripzilla.ph

Mesti korang familiar dengan kapal besar ni kan? Lokasi dimana Du Sik sering menghabiskan waktu disini.

5. Wolpo Beach

Foto: tripzilla.ph

Pantai ini merupakan lokasi pertama Du Sik bertemu dengan Hye Jin.

6. Ara Plaza

Foto: tripzilla.ph

Lokasi ini pula adalah tempat di mana penduduk kampung Gongjin meraikan Festival Lagu Rumah Api. Ingat lagi tak?

7. Rumah Du Sik

Foto: tripzilla.ph

Hong Banjang, are you home?

8. Rumah Nenek Gam-Ri

Foto: tripzilla.ph

Rumah nenek kesayangan Du Sik. Hiks!

9. Rumah Hye Jin dan Mi Seon

Foto: tripzilla.ph

Rumah doktor gigi yang tersergam indah di bandar Gongjin

Walau bagaimanapun, produksi Hometown Cha-Cha-Cha dalam satu kenyataan merayu supaya peminat berhenti ‘menyerbu’ lokasi penggambaran drama itu kerana mereka enggan privasi pemilik rumah berkenaan diganggu.

Rumah Hye Jin, Doo Shik, Gam Ri dan Cho Hee dalam drama itu sekadar disewa untuk tujuan penggambaran. Pemiliknya masih lagi menduduki rumah itu.

Betul juga, kalau kita didatangi individu yang tidak dikenali, kita pun tak selesa kan?

Haih, mujurlah rakyat Malaysia belum dibenarkan ke luar negara. Kalau tidak, kami pasti mesti ramai yang dah plan nak ke ‘Gongjin’ kan? Hiks!

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman