Namun, bagi mereka yang menetap mahupun pernah ke Perlis, pastinya korang tahu bahawa Kampung Sahabat adalah sebuah penempatan yang terletak di negeri itu.
Indah dengan panorama sawah padi hijau, langit membiru dan pergunungan sebagai latar belakang – seperti yang sinonim dengan negeri Perlis.
Apabila remaja dan jurugambar sambilan, Dinny Aiman memuat naik foto pemandangan indah yang diambil di Kampung Sahabat ke akaun Instagramnya, dia sama sekali tidak menjangkakan foto tersebut akan menarik perhatian syarikat teknologi gergasi Amerika Syarikat, Apple.
*
Foto tersebut yang diambil dengan kamera iPhone 7 Plus telah dimuat naik semula oleh Apple di akaun Instagram mereka berserta caption berbunyi, “Humanity turns a photo into a story” dan mempunyai hashtag #malaysia di situ.
Dinny, 20 berkata kepada rakan media di Sinar Harian bahawa foto tersebut sedikit sebanyak memberikan impak kepada kerjayanya sebagai seorang jurugambar.
“Saya hanya mengambil gambar di negeri kelahiran saya itu pada bulan Mei lepas dan hanya untuk berkongsi tentang keindahan pemandangan di Perlis,” katanya.
Menerusi posting tersebut, ramai yang memuji akan kualiti foto dan pemandangan di Perlis.
@moej__ berkata, “Ia tidak kelihatan seperti foto pun, ia kelihatan mirip lukisan.”
@zarnizar pula berkata, “Omg congrats Dinny, tak sia-sia gigih pagi-pagi pi sini.”
Tahniah Dinny Aiman kerana telah berjaya memperkenalkan Malaysia ke mata dunia. Siapa kata negara kita tidak mempunyai lokasi menarik untuk dilawati?
Kalau korang lebih menggemari kawasan pulau dan pantai, ini adalah 5 lokasi yang kami cadangkan.