Kampung Youtube, Rata-Rata Penduduk Pilih Kerjaya Sebagai YouTuber

Share

Di zaman digital hari ini, tidak ada yang mengejutkan jika seseorang individu itu memperoleh pendapatan yang lumayan dengan hanya melibatkan diri dalam media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN : Hanya Buat Video Di TikTok, Tak Sangka Remaja 16 Tahun Mampu Raih Pendapatan Bersih RM16 Juta

Selain Instagram, TikTok, channel YouTube juga menjadi platform masa kini untuk mendapatkan pendapatan. Disebabkan itu ramai yang berlumba-lumba untuk menghasilkan video terbaik demi meraih jumlah viewer yang tinggi.

Hal ini turut dilakukan oleh penduduk di sebuah perkampungan di bandar Raipur di India. Mereka telah menjadi popular selepas hampir 1,000 penduduknya menjadi YouTuber sepenuh masa. Dengan jumlah penduduk seramai 3,000 orang, kampung itu mempunyai sekurang-kurangnya 40 saluran YouTube tersendiri.

Wah, bukan biashe-biashe ya!

Menerusi perkongsian SCMP, bukan hanya orang muda sibuk membuat akaun youtube dan menghasilkan konten malah penduduk seawal usia berumur 15 tahun dan nenek yang sudah mencapai 85 tahun juga ingin terlibat.

Rentetan itu, kampung tersebut sekelipa mata menjadi popular dan telah mendapat gelaran kampung YouTube.

Mereka juga sangat dedikasi untuk bergiat aktif pada setiap hari dalam pembikinan video supaya boleh disajikan kepada pengguna Youtube di luar sana. Selain kamera SLR, sebahagian daripada mereka turut menggunakan dron untuk mendapatkan rakaman yang lebih baik.

Berkerjasama Hasil Konten

Malah, ada sebilangan penduduk tampil sebagai pembantu teknikal atau pun menjadi pelakon untuk sesuatu konten yang dihasilkan. Video yang dihasilkan merangkumi pelbagai genre seperti komedi, program berasaskan lagu dan video perlumbaan.

Sebahagian besar penduduk kampung tersebut melakukan aktiviti itu secara sepenuh masa, manakala sebilangan yang lain mendakwa mampu memperoleh pendapatan dua atau tiga kali ganda lebih tinggi berbanding pekerjaan sebelumnya.

Jika ada usaha pasti ada ganjarannya kan, moga terus maju jaya dan dapat mengubah nasib penduduk kampung ini.

BACA : 6 YouTuber Paling Kaya Di Dunia, Ada Yang Dapat RM90 Juta Setahun

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana