
Isi Kandungan
ToggleIbu kepada pelakon jelita, Zahirah Macwilson, Maslinda Yusoff tidak melenting apabila anaknya disindir secara terbuka oleh pelakon Fathia Latiff baru-baru ini, sebaliknya memuji keperibadian anak tercintanya itu.
Maslinda dalam satu hantaran di laman Instagram berkata, isteri kepada aktor Aiman Hakim Ridza itu merupakan seorang yang memiliki keperibadian cantik luar dan dalam, termasuk menjadi seorang ibu.
Bahkan, ibunya turut menyifatkan pelakon naskhah hit Tiada Maaf Buatmu itu sebagai seorang anak yang bertanggungjawab.
“Kamu (Zahirah) cantik luar dan dalam. Anak, ibu dan isteri penyayang serta mengambil berat.
“Sayang kamu sangat, kak”
Sebelum ini, pelakon naskhah popular Ariana Rose, Fathia Latiff menyifatkan Zahirah Macwilson saling tidak tumpah seperti seorang bibik (pembantu rumah).
Dia berkata demikian ketika menjawab komen peminat dalam siaran langsung media sosial yang mengatakan bahawa Zahirah memiliki kecantikan semula jadi sebagai seorang wanita.
Dalam pada itu, dia turut bersyukur kerana tidak berkahwin dengan Aiman yang menurutnya tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Maslinda
10 Selebriti Popular Ini Pernah Hidup Susah Dan Dibesarkan Dalam Keluarga Miskin

Kehidupan para selebriti sebelum mengecapi populariti dan kemahsyuran sebenarnya sama seperti kita semua. Tidak semua perjalanan mereka semudah yang kita sangka.
Berikut merupakan antara 10 selebriti yang dibesarkan dalam keluarga susah.
Justin Bieber
Seperti yang ramai tahu, Justin Bieber berasal dari Kanada berasal dari keluarga yang miskin. Tinggal bersama ibunya, Pattie Mallette, Justin mengaku rumahnya sangat kotor sehingga terpaksa pasang banyak perangkap tikus.
“Rumah saya memang sangat kotor. Kami pasang banyak perangkap tikus di seluruh bahagian kerana banyak sangat tikus. Saya tidak ada katil, saya cuma tidur di sofa katol biru di bilik saya.”
Selena Gomez
Selena berkongsi ibunya mengandungkannya ketika berusia 16 tahun. Ketika itu, ibunya melakukan 3 pekerjaan dalam satu masa bagi menyara keluarga mereka. Memori yang masih segar dalam ingatannya adalah, ibunya membeli gas dan membeli makanan murah seperti Kraft Dinner.
Park Shin Hye
Selebriti ini mengambil keputusan untuk berhijrah ke Seoul dan turut mendapat sokongan ibu bapanya yang berkorban meninggalkan tempat asal mereka. Walaupun keluarganya mempunyai masalah kewangan, namun mereka tetap berkeras untuk sama-sama bersusah-payah dengan anak perempuannya menjalani kehidupan di bandar Seoul.
Han So Hee
Siapa sangka heroin drama ‘Nevertheless’ ini juga bergelut dengan kehidupan susah sebelum bergelar selebriti. Ketika Han So Hee berpindah ke Seoul untuk mencuba nasib dalam bidang lakonan, dia hanya mempunyai wang sebanyak 300,000 KRW (RM1,059). Dia bekerja di sebuah bar selama lebih dari setahun dan berjuang untuk mendapatkan apa yang dia perolehi sekarang.
IU
Diuji dengan kesusahan sejak zaman kanak-kanak lagi, keluarga IU ditimpa dengan hutang yang banyak sehinggakan dia dan adiknya terpaksa tinggal bersama nenek mereka. IU dan adiknya hidup dalam keadaan kemiskinan untuk beberapa ketika kerana kediaman mereka pernah dipenuhi oleh lipas.
Park Bo Gum
Selebriti Korea ini menghadapi kesukaran di saat bermulanya kerjaya sebagai anak seni kerana dia telah diisytihar muflis seawal usia 22 tahun. Ayahnya telah meminjam wang daripada pihak pinjaman dan mendaftarkan nama Park Bo Gum sebagai pejamin pada ketika itu.
Setelah debutnya, Park Bo Gum mula mendapat tuntutan untuk melunaskan hutang yang telah meningkat secara mendadak disebabkan oleh interest.
Rain (Jung Ji Hoon)
Sejak kecil lagi personaliti ini harus menanggung banyak kesulitan hidup. Dia pernah kelaparan selama beberapa hari disebabkan tiada makanan di rumah. Kesihatan ibu Rain semakin teruk pada ketika itu kerana keluarga tidak mampu untuk membeli ubat dan ibunya telah meninggal dunia pada tahun 2000 selepas beberapa tahun kemunculannya dalam industry hiburan.
Leonardo DiCaprio
Bintang utama filem “Titanic” ini pernah berkongsi kisah hidupnya iaitu membesar dalam keluarga dan persekitaran yang miskin. Disebabkan oleh faktor itu, dia berjanji untuk berusaha keras untuk mengubah nasib hidupnya.
Jadi itulah kisah kehidupan selebriti yang pernah hidup dalam kemiskinan. Yang penting usaha dan tekad untuk berubah membuatkan mereka berjaya sehingga sekarang.
Eminem
Eminem dibesarkan oleh ibunya secara bersendirian di Detroit. Kehidupan keluarganya yang huru hara menyebabkan dia berhenti sekolah. Walaupun berhenti sekolah pada usia yang muda, Eminem kini menjadi rapper yang terkenal sejak menandatangani kontrak dengan Dr. Dre pada tahun 1998.
Kumpulan Zero
Terdiri daripada tiga orang adik beradik iaitu Atu, Sharif dan Syaiful. Tiga beradik yang berasal dari Kudat, Sabah ini merupakan anak kepada seorang nelayan dan suri rumah. Mereka melalui kehidupan sebagai ‘anak laut’ sebelum bergelar artis. Nasib mereka mula berubah setelah menyertai Raja Lawak pada tahun 2012 dan kemudiannya menjuarai Maharaja Lawak Mega pada tahun 2014.
Mungkin selama ini kita sering melihat kehidupan dan gaya hidup selebriti popular yang mewah, namun tidak semua orang tahu disebalik kehidupan lampau mereka. Benarlah kata pepatah, usaha tangga kejayaan. Kalau tidak betul-betul berusaha masa kan seseorang itu boleh berjaya bukan?
“Handle With Care..” FIZO OMAR Pesan Dan Doakan Urusan Kamal Adli

Peminat dua selebriti popular, Kamal Adli dan Fizo Omar sejak awal pembabitan mereka dalam industri seni pasti tahu mengenai persahabatan yang terjalin di antara mereka sejak bergelar finalis pencarian Hero Remaja tahun 2007/2008.
Pada waktu itu, Kamal Adli telah menyandang gelaran juara manakala Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar memenangi tempat kedua.
Baru-baru ini setelah Kamal dan isterinya, Uqasha Senrose membuat pengumuman tergempar bagi menyatakan mereka sebenarnya telahpun mengikat tali perkahwinan sejak 5 November lalu dalam sebuah majlis tertutup, tentunya salah seorang insan paling gembira apabila mendapat tahu berita tersebut ialah Fizo Omar.
Menerusi satu hantaran di akaun Instagram-nya, Fizo menyampaikan ucapan istimewa buat pasangan pengantin baru itu yang sama cantik sama padan itu.
Memori Bersama
Mengimbas semula pengalamannya bersama Kamal sewaktu bersusah-payah membina nama dalam industri lakonan satu ketika dahulu, Fizo menyifatkan sahabatnya yang versatil itu sebagai seorang sahabat yang baik dan selalu ada dengannya sejak dahulu lagi.
ARTIKEL BERKAITAN : Norman Hakim, Fizo Omar & Kamal Adli Throwback Zaman Hero Remaja – REMAJA
Ketika di awal pembabitan mereka, Fizo mengakui bukan mudah untuk terus berjaya dalam industri seni apatah lagi untuk dirinya yang berasal dari kampung.
Dengan bantuan Kamal, mereka berdua saling membantu baik dari segi berkongsi makanan, pakaian dan terus saling berhubung setelah sama-sama berjaya.
*
Tahniah sahabat!
So happy for you both, lovely birds. Pandai korang cover line ek Kamal Adli & Uqasha Senrose.
Tahun 2007 sama-sama Abe Joe (dan) Kamal masuk industri ini melalui platform Pencarian Hero Remaja. Aku ingat lagi masa tu dua-dua tengah struggle. Aku pula baru habis belajar UiTM and continue main bola. Kamal tengah belajar lagi.
Dulu kitaorng tak ada duit beb! Nak beli baju untuk photoshoot memang tak ada la. So mix and match la apa yang ada. Aku pakai baju kau and kau pakai seluar aku. Haa macam itu la lebih kurang!
Hari ni kau dah berjaya jadi one the best actor in Malaysia and dah jadi suami orang dah. Aku tahu your life journey memang tough bro. Sekarang kau dah dapat reward in your carieer and dapat ‘mak cik’ cantik tu wehh. So proud of you. You deserve it bro.
Kene pula ‘mak cik’ cantik kau sekampung dengan aku. Lepas ini mu keno balik kelate la wehh, balik Bukit Abal selising.
Aku tahu Uqasha tu manja dia lain macam tahap kucing parsi tau. Hahhahaha, so all the best to you bro.
Pesanan dari sahabat kau ni,
HANDLE WITH CARE. ONCE BROKEN, KAU TIDUR LUAR!
*
Sebagai komen balas, Kamal sempat meninggalkan ucapan terima kasih kepada Fizo Omar yang selalu memahaminya. Dia juga berjanji akan menjadi suami yang baik untuk isteri tercinta dan sempat mendoakan agar sahabatnya itu terus bahagia di dunia dan akhirat.
Rata-rata warganet bangga dengan persahabatan dua pelakon ini.
Bromance goals!
Bukan hanya sama-sama sewaktu sudah berada di puncak, tetapi selalulah menghargai sahabat kita yang ada sewaktu kita masih di bawah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Terhibur Lihat Aksi Komedi Sandra Bullock & Channing Tatum Dalam Filem The Lost City!

Jika ingin mengisi masa lapang dengan melepaskan segala kepenatan harian, kami cadangkan untuk korang menonton filem The Lost City yang kini sudah pun ditayangkan diseluruh pawagam tanah air. Gandingan Sandra Bullock dan Channing Tatum dilihat begitu serasi dengan membawakan watak komedi dalam filem ini.
The Lost City mengisahkan tentang seorang novelis cinta bersama model muka depan novelnya terlibat dalam satu penculikan yang secara tidak sengaja membawa mereka masuk ke dalam hutan. Pengembaraan itu menyedarkan mereka bahawa kehidupan boleh menjadi pelik dan romantis daripada novel-novel fiksyen.
BACA: Muncul Dalam Siri Marvel, Jared Leto Bertukar Jadi ‘Vampire’ Dalam Morbius

Apa yang boleh kami katakan, filem ini merupakan naskhah ringan yang membawa penonton menggembara ke hutan belantara, namun diselitkan unsur humor dan bakal membuatkan korang terhibur bergelak ketawa.
Jalan cerita yang simple merupakan sebab utama mengapa kami katakan filem ini sesuai untuk ditonton bagi mereka yang ingin santai menghabiskan masa terluang. Korang tidak perlu berfikir secara mendalam untuk memahami jalan ceritanya kerana semua sudah digarap secara straight to the point.

Kemunculan istimewa bintang ternama seperti Daniel Racliffe dan Brad Pitt juga antara tarikan buat penonton sepanjang menonton filem penggembaraan ini. Secara keseluruhannya, The Lost City lakonan Sandra Bullock, Channing Tatum, Patti Harrison, Oscar Nunez dan Da’Vine Joy Randolph memang berbaloi untuk ditonton, lebih-lebih lagi bagi mereka yang gemarkan menonton filem aksi komedi.
BACA: Filem Ambulance Sarat Dengan Aksi Mendebarkan, Lakonan Mantap Jake Gyllenhaal

Jangan lepaskan peluang untuk menonton The Lost City di pawagam berhampiran sekarang. Selamat menonton!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.